English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 24, 2012

SEPETANG DI WATERFRONT, PNOM PEHN KEMBOJA

Waterfront, Pnom Pehn

24.17.11 (Ahad)
Setibanya di hotel semula pada tengahari itu, saya terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar masuk semula di hotel yang sama di mana saya menginap pada sebelumnya. Usai urusan pendaftaran masuk itu, saya meminta kepada pembantu di situ untuk mendapatkan semula beg yang saya tinggalkan di dalam bilik simpanan tempohari. Kemudian, saya pun terus menuju ke bilik yang disediakan. Setelah meletakkan barangan, saya pun turun semula lalu menuju ke restoran di hadapan hotel untuk mendapatkan makan tengahari. Usai makan, saya masuk ke kamar hotel semula dan berehat seketika sehinggalah terlelap seketika.



Pasar Malam, Pnom Pehn

Terjaga dari tidur, saya pun menunaikan solat asar dan selepas itu terus keluar untuk bersiar-siar di bandar Pnom Pehn ini. Jalan punya jalan, saya pun terjumpa dengan sebuah pasar malam yang tidak jauh letaknya dari hotel itu. saya singgah di sini dan melihat-lihat kalau-kalau ada cenderahati yang boleh saya beli di sini. Lagi pun, esok saya dah nak balik ek Malaysia dah.... jadi, boleh la kalau nak membeli apa-apa yang patut di sini. Setelah berpusing dua, tiga kali dan membanding-bandingkan harga, akhirnya saya membeli juga beberapa barangan yang ringan dan mudah dimasukkan ke dalam beg sebagai cenderahati untuk dibawa pulang....Memang macam-macam gak barangan yang dijula di sini dan kebanyakannya barangan keluaran Kemboja sendiri terutamanya barangan kraf. Tetapi, pasar di sini tidaklah sehebat di Hanoi dan Saigon yang memang umpama syurga membeli-belah....


Waterfront, Pnom Pehn

Usai, membeli belah tu, saya pulang semula ke bilik hotel untuk menyimpan barangan yang dibeli di bilik terlebih dahulu. Kemudian saya turun semula dan bersiar-siar menikmati waktu petang di waterfront, Pnom Pehn.

Waterfront, Pnom Pehn

Memang indah pemandangan di waterfront ini dan saya menunggu sehingga waktu sengja dan dapat menyaksikan matahari terbenam yang menjadi latar indah sungai Mekong diwaktu senja.


Waterfront, Pnom Pehn

Kemudian terdapat juga bot-bot pelancongan yang hilir mudik di sungai Mekong menjadikan lanskap di sini amat indah sekali. Waktu senja di sini juga menyaksikan ramai pengunjung yang bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan termasuklah juga para pelncong. Sebabnya, kawsan di sekitar waterfront inilah yang menjadi nadi pelancongan di Pnom Pehn. Di sini jugalah terdapatnya deretan cafe-cafe, kedai-kedai jualan serta hotel-hotel untuk para pelancong menginap.


Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Di waktu senja itu juga, saya dapat menyaksikan aktiviti senamrobik yang dilakukan oleh sebahagian daripada para penduduk kota ini. Senamrobik ini adalah percuma dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuklah para pelancong. aktiviti sihat ini amat menari perhatian saya.....

Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Sewaktu keberadaan saya di situ, terdapat dua kelompok aktiviti senamrobik yang dilakukan. Kelompok pertama yang disertai oleh orang dewasa dan agak berusia manakala tidak jauh dari situ, kelompok senamrobiknya disertai oleh golongan mudan dan remaja.


Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Agak lama juga saya menyaksikan kedua-dua kelompok senamrobik itu beraksi dari petang sehinggalah ke malam hari.

Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Bila dah agak malam tu, saya pun dah tak tau nak ke mana lagi sebab di waterfront tu jelah yang happening kat sini.... Badan pun dah rasa penat jadi saya mengambil keputusan untuk balik ke hotel je... nak makan malam pun, tak lah kot... sebab perut pun masih kenyang lagi. jadi saya pun balik je ke hotel dan tidur....

No comments: