English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 24, 2012

SALAM PERPISAHAN... KAMPUNG BENG PROL!!!



Pemandangan yang indah dengan barisan pepohon menghijau di kampung Beng Prol, Pnom Pehn
24.7.11 (Ahad)
Alhamdulillah..... lena sangat tidur dalam kelambu di perkampungan yang permai ini. Pabila berkumandang je laungan azan subuh dari surau yang terletak di sebelah rumah tu, saya terus terjaga lalu tanpa berlengah terus sahaja bergegas bangun. Seluruh penghuni rumah juga nampaknya telah terjaga dan saya terus membuka pintu dan turun ke bawah rumah untuk mengambil wuduk. Oleh sebab masih gelap, tuan rumah memaklumkan saya untuk mengambil wuduk daripada tempayan besar berisi air yang terletak di bawah rumah. Jadi saya tidak perlu ke bilik air yang dikongsi bersama itu dan agak jauh dari rumah letaknya. Dengan bertemankan cahaya bulan, saya terus sahaja mengambil wuduk menggunakan air dari dalam tempayan itu. Sungguh dingin dan menyamankan apabila air itu menyentuh muka. Hilang terus rasa kantuk ku he he he.....Usai berwuduk, saya terus sahaja melangkah menuju ke surau dan bersama-sama jemaah yang lain kami menunaikan solat subuh berjemaah..... Alhamdulillah.... terasa indahnya pengalaman berjemaah di sini....
Pasar kampung Beng Prol

Usai solat subuh, saya bersalaman dengan para jemaah lalu meeminta diri untuk pulang ke rumah. tiba di rumah, saya terus sahaja mengenakan pakain tanpa perlu untuk mandi terlebih dahulu kerana menganggapkan situasi ini sebagai 'darurat' la... Lagi pun saya tidak mahu mengganggu penduduk lain yang ingin menggunakan bilik air yang dikongsi itu. Badan saya pun tak la kotor sangat rasanya sebab senja semalam sebelum Maghrib pun dah mandi dah....Tambahan pula, saya perlu keluar awal untuk mengejar bot menyeberangi sungai menuju ke Pnom Pehn hari ni. Usai berpakaian, saya dipelawa oleh tuan rumah untuk menjamah secawan teh terlebih dahulu. Kira-kira jam 6.30 pagi, saya bersalaman dengan tuan rumah dan semua yang hadir pada pagi itu untuk memohon berangkat. Saya dibawa oleh Qomri membonceng motosikalnya menuju ke pasar kampung Beng Prol di mana Romli telah berjanji untuk bertemu di sana.
Qomri, pemuda desa yang pernah belajar di Bangkok, Thailand

Lebih kurang 5 minit perjalanan bermotosikal itu, kami pun tiba di pasar kampung Beng Prol dan sementara menunggu Romli tiba, kami pun singgah di sebuah warung makan dan mendapatkan sarapan pagi terlebih dahulu. tidak lama kemudian, romli pun tiba dengan keretanya dan berhenti di hadapan warung lalu menyertai kami mendapatkan sarapan terlebih dahulu.
Sarapan pagi dengan bakso, kopi dan teh

Di pagi yang dingin ini, bau masakan yang disediakan di warung ni amat menyelerakan sekali... saya tanpa berlengah terus memesan bakso, kopi dan teh sebagai mengalas perut pagi ini. Memang amat menyelerakan sekali menikmati hidangan yang sederhana tetapi enak di kampung ni. Semua kami nampaknya memang mat berselera pagi ini menikmati sarapan yang menyelerakan ini. Sambil berbual-bual seketika, saya turut sibuk memerhatikan persekitaran pasar yang sederhana sahaja itu. Seronok rasanya berada di sini, segalanya serba sederhana dan tanpa berlebih-lebihan....
Laluan yang indah dengan barisan pepohon menghijau dari kampung Beng Prol menuju ke jeti

Usai menikmati sarapan itu, kami pun ingin berangkat pergi. Saya terus bersalaman dengan Qomri kerana beliau hanya menghantar saya samapi pasar tu sahaja. Sebab dari pasar ni, saya akan menaiki kereta bersama Romli terus ke Pnom Pehn. Sebab, laluan untuk kereta hanya sampai pasar ini sahaja sebab semalam dah cuba untuk menggunakan kereta tetapi tidak berjaya kerana laluannya tidak mengizinkan. Setelah mengucapkan selamat tinggal dengan Qomri, kami pun memasuki kereta dan bergerak menuju ke jeti sungai Mekong.
Kawasan jeti yang indah menghadap Sungai Mekong

Pemandangan laluan dari pasar ke jeti ini memang indah dan mengasyikkan. Di kiri dan kanan lalun dibarisi dengan pepohonan yang sangant indah...dan dari kejauhan sudah terlihat kilauan yang terpancar dari permukaan sungai mekong yang disimbahai mentari pagi....
Penduduk kampung sedang menunggu feri tiba untuk menyeberangi sungai Mekong menuju ke pekan Kampong Cham

 Setibanya di gigi sungai yang juga merupakan jeti untuk persinggahan bot, saya pun keluar dari kereta dan sempat lah merakamkan keindahan di sini untuk kenangan. Lebih kurang 5 minit menunggu akhirnya bot yang ditunggu pun tiba. Kenderaan bermotor dan barangan yang dibawa akan memasuki bot terlebih dahulu. Saya memasuki bot itu setelah semua kenderan memasukinya. Kira-kira jam 7.00 pagi, bot pun bergerak menyeberangi sungai Mekong menuju ke jeti di seberang sungai yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Kawasan jeti yang indah menghadap Sungai Mekong

Di atas feri menuju ke seberang sungai


tiba di seberang sungai tu, Penumpang yang tidak membawa kenderaan bermotor keluar terlebih dahulu termasuklah saya. Kemudian barang-barang turut diangkut ke luar dan terakhir adalah kenderaan emapt roda termasuklah kereta. Pada hari itu, hanya sebuah kereta sahaja yang berada di dalam bot iaitu milik Romli.
Keluar meninggalkan feri setelah tiba di seberang sungai

Setelah semua penumpang keluar dari bot, penumpang lain pula mengambil alih untuk memasuk bot tersebut. Saya pula, terus sahaja masuk ke dalam kereta Romli dan kami terus bergerak menujuk ke pekan Kampung Chom dan tiba di sana kira-kira jam 8.00 pagi. Pun begitu, kami tindak singgah di pekan Kampung Chom. Saya hanya menikmati pekan ini dari dalam kertea sahaja. Kami terus bergerak menuju ke destinasi yang dituju iaitu kota Pnom Pehn.
Tuan punya Restoran Muk Min di R&R Skun

Di pertengahan jalan, seperti semalam kami singgah sekali lagi di R&R Skun untuk merehatkan diri sambil mendapatkan kopi bagi menghilangkan lelah. Sebenarnya tak la lelah mana pun, tapi saja je nak menikmati keberadaan di Kemboja ini. Kebetulan pulak pagi ni tuan punya restoran ni ada di situ. Jadi saya pun turut diperkenalkan kepada beliau. Namun, tak banyak lah yang dibualkan sebab kekangan dari segi bahasa komunikasi sebab En. Mukmin ni tidak mahir berbahasa Melayu. Oleh sebab rasa kopi di Kemboja di berlainan sikit dengan yang terdapat di Malaysia, jadi saya memesan kopi sekali lagi di R&R Mukmin nih. Secara relatifnya, mengikut lidah dan tekak saya kopi di sini sedap la.....
Singgah minum kopi di Restoran Muk Min di R&R Skun

Tak lah lama sanggat kami singgah di situ kira-kira 30 minit je... lepas tu bersalaman dengan En. Mukmin dan kami pun meneruskan menuju ke Pnom Pehn. Di kiri kanan jalan yang dilalui itu kelihatan banyak tanah lapang yang tidak diusahakan untuk pertanian....pemandangannya cantik sebab hutan telah ditebang rasanya kerana kawasannya lapang dan hanya ada beberapa petak kawasan tertentu sahaja yang ditanam dengan padi.... kawasan lain yang selebihnya masih kosong dan terbiar......mmmm........Akhirnya...kira-kira jam 11.00 pagi kami pun tiba di ibukota Pnom Pehn dan Romli pun terus menurunkan saya di hadapan hotel Indocina, tempat saya akan menginap untuk satu malam lagi. Saya pun mengucapkan berbanyak terima kasi kepadanya dan bersalaman sebagai tanda perpisahan.... dia pun ada kerja lain katanya dan akan terus memulangkan kereta yang dipandunya itu kepada abangnya semula....kami pun berpisah disitu dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah bersama-sama memungkinkan saya untuk menikmati pengalaman yang itndah di bumi Kemboja ini...

No comments: