English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 24, 2012

TAMATNYA KEMBARA INDOCINA & LEMBAH MEKONG...SAMPAI JUMPA LAGI

Sarapan pagi terakhir di Pnom Pehn

25.7.11 (Isnin)
Usai solat subuh, sekitar jam 6.30 pagi saya terus keluar dari bilik untuk mendapatkan sarapan pagi. Malangnya, kedai makan banyak yang masih belum dibuka termasuklah kedai muslim di hadapan hotel Indocina tu...Saya pun bersiar-siar di waktu pagi tu sambil melihat-lihat mana-mana kedai makan yang sudah dibuka. Alhamdulillah... akhirnya saya bertemu dengan sebuah cafe yang menjual sarapan pagi ala-Barat. Tanpa membuang masa, saya pun terus singgah di cafe tersebut lalu memesan roti dan kapucino. Mmmmm.... enak juga rasanya....

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Lebih kurang satu jam gak la saya berada dalam cafe tu sambil minikmati kapucino di cafe yang menghadap sungai mekong itu. Sungguh nyaman rasanya bersantai-santai begini di pagi yang indah di Lembah Mekong... Setelah hari semakin meninggi, saya pun memutuskan untuk keluar dari cafe tu. Setelah membayar harga sarapan, saya terus melangkah keluar menelusuri pinggiran sungai mekong untuk menikmati pemandangan Pnom Pehn di waktu pagi.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Saya berjalan di sepanjang pinggiran sungai yang saya panggil 'waterfront' je yang jejerannya agak relatif panjang gak. Agak lama juga la saya berjalan-jalan tu sehingga terasa lah letih dan lenguh kaki nih. Sesampainya aje di penghujung 'waterfront tu, saya pun berpatah balik sehinggalah saya tiba di hotel semula kira-kira jam 10.30 pagi.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Saya memutuskan untuk terus masuk ke kamar sebab barangan saya sebahagiannya masih belum dikemaskan lagi. Sambil menghilangkan lenguh kaki di kamar tu, saya berkemas dan memsukkan beberapa barangan terakhir yang saya beli tadi ke dalam beg galas. Kemudaian saya berehat seketika sehinggalah jam menunjukkan pukul 11. 30 pagi.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Lalu, saya pun memutuskan untuk terus je mendaftar keluar pada waktu itu. Saya mengangkat semua barangan turun ke lobi dan membuat pendaftaran keluar serta membayar kadar penginapan untuk satu malam. Sekaligus juga, saya berpesan kepada petugas kaunter supaya mendapatkan sebuah teksi yang boleh membawa saya ke lapangan terbang pnom Pehn pada jam 1.00 pm nanti. Setelah, petugas tu berjaya melakukan pesanan perakidmatan teksi, saya meminta petugas tu untuk membuka stor simpanan barang sebab saya nak meninggalkan beg saya di situ sementara menunggu jam 1.00pm.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Bila dah simpan barang tu, saya terus keluar dan melihat-lihat kedai-kedai yang rata-ratanya telah mula beroperasi. Saya tidak membeli apa-apa barangan lagi, hanya sekadar melihat-lihat sahaja sehinggalah perut saya terasa ingin dimasukkan sesuatu...

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Akhirnya, saya singgah di restoran muslim berhadapan hotel tempat saya menginap tu untuk mendapatkan makan tengahari sebelum berangkat ke lapangan terbang nanti. Saya pun singgah di kedai makan tu berehat-rehat sambil makan tengahari....sehinggalah jam menunjukkan pukul 12.50 pm.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Setelah membayar harga makanan, saya terus sahaja melangkah menuju ke hotel Indocina yang terletak berhadpan restoran tu. Kemudian saya meminta petugas agar membuka stor simpanan barangan sebab saya nak ambil beg semula. Tak lama kemudian, tepat jam 1.00 pm, teksi yang telah ditempah tadi pun tiba dan saya memasukkan barangan saya ke dalam 'booth' teksi.

Bersiar-siar di waktu pagi sekitar Pnom Pehn

Kemudian saya sendiri masuk ke dalam teksi dan pemandu terus memandu membawa saya menuju ke lapangan terbang Pnom Pehn yang mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja dari hotel Indocina tu... tiba je di lapangan terbang tu, saya terus membayar harga teksi sebanyak USD10 sambil mengucapkan terima kasih kepada pemandu tu...

Tuk Tuk di Pnom Pehn, Kemboja

Saya terus menuju ke kaunter dan mendaftar masuk bagi penerbangan Pnom Pehn - LCCT...

Lapangan terbang Pnom Pehn, Kemboja

Lebih kurang satu jam menunggu di lapangan terbang tu, akhirnya semua penumpang penerbangan AirAsia Pnom Pehn-LCCT dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat. Saya pun melangkah menuju masuk ke pesawat dengan harapan menggunung agar diberi kesempatan lagi untuk mengunjungi bumi Lembah Mekong yang menawan ini....

Selamt tinggal Lembah Mekong... Selamat tinggal Indocina...

Selamat Tinggal Indocina.... Selamt tinggal Lembah Mekong...sampai jumpa lagi!!!...

SEPETANG DI WATERFRONT, PNOM PEHN KEMBOJA

Waterfront, Pnom Pehn

24.17.11 (Ahad)
Setibanya di hotel semula pada tengahari itu, saya terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar masuk semula di hotel yang sama di mana saya menginap pada sebelumnya. Usai urusan pendaftaran masuk itu, saya meminta kepada pembantu di situ untuk mendapatkan semula beg yang saya tinggalkan di dalam bilik simpanan tempohari. Kemudian, saya pun terus menuju ke bilik yang disediakan. Setelah meletakkan barangan, saya pun turun semula lalu menuju ke restoran di hadapan hotel untuk mendapatkan makan tengahari. Usai makan, saya masuk ke kamar hotel semula dan berehat seketika sehinggalah terlelap seketika.



Pasar Malam, Pnom Pehn

Terjaga dari tidur, saya pun menunaikan solat asar dan selepas itu terus keluar untuk bersiar-siar di bandar Pnom Pehn ini. Jalan punya jalan, saya pun terjumpa dengan sebuah pasar malam yang tidak jauh letaknya dari hotel itu. saya singgah di sini dan melihat-lihat kalau-kalau ada cenderahati yang boleh saya beli di sini. Lagi pun, esok saya dah nak balik ek Malaysia dah.... jadi, boleh la kalau nak membeli apa-apa yang patut di sini. Setelah berpusing dua, tiga kali dan membanding-bandingkan harga, akhirnya saya membeli juga beberapa barangan yang ringan dan mudah dimasukkan ke dalam beg sebagai cenderahati untuk dibawa pulang....Memang macam-macam gak barangan yang dijula di sini dan kebanyakannya barangan keluaran Kemboja sendiri terutamanya barangan kraf. Tetapi, pasar di sini tidaklah sehebat di Hanoi dan Saigon yang memang umpama syurga membeli-belah....


Waterfront, Pnom Pehn

Usai, membeli belah tu, saya pulang semula ke bilik hotel untuk menyimpan barangan yang dibeli di bilik terlebih dahulu. Kemudian saya turun semula dan bersiar-siar menikmati waktu petang di waterfront, Pnom Pehn.

Waterfront, Pnom Pehn

Memang indah pemandangan di waterfront ini dan saya menunggu sehingga waktu sengja dan dapat menyaksikan matahari terbenam yang menjadi latar indah sungai Mekong diwaktu senja.


Waterfront, Pnom Pehn

Kemudian terdapat juga bot-bot pelancongan yang hilir mudik di sungai Mekong menjadikan lanskap di sini amat indah sekali. Waktu senja di sini juga menyaksikan ramai pengunjung yang bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan termasuklah juga para pelncong. Sebabnya, kawsan di sekitar waterfront inilah yang menjadi nadi pelancongan di Pnom Pehn. Di sini jugalah terdapatnya deretan cafe-cafe, kedai-kedai jualan serta hotel-hotel untuk para pelancong menginap.


Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Di waktu senja itu juga, saya dapat menyaksikan aktiviti senamrobik yang dilakukan oleh sebahagian daripada para penduduk kota ini. Senamrobik ini adalah percuma dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuklah para pelancong. aktiviti sihat ini amat menari perhatian saya.....

Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Sewaktu keberadaan saya di situ, terdapat dua kelompok aktiviti senamrobik yang dilakukan. Kelompok pertama yang disertai oleh orang dewasa dan agak berusia manakala tidak jauh dari situ, kelompok senamrobiknya disertai oleh golongan mudan dan remaja.


Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Agak lama juga saya menyaksikan kedua-dua kelompok senamrobik itu beraksi dari petang sehinggalah ke malam hari.

Senamrobik di Waterfront, Pnom Pehn

Bila dah agak malam tu, saya pun dah tak tau nak ke mana lagi sebab di waterfront tu jelah yang happening kat sini.... Badan pun dah rasa penat jadi saya mengambil keputusan untuk balik ke hotel je... nak makan malam pun, tak lah kot... sebab perut pun masih kenyang lagi. jadi saya pun balik je ke hotel dan tidur....

SALAM PERPISAHAN... KAMPUNG BENG PROL!!!



Pemandangan yang indah dengan barisan pepohon menghijau di kampung Beng Prol, Pnom Pehn
24.7.11 (Ahad)
Alhamdulillah..... lena sangat tidur dalam kelambu di perkampungan yang permai ini. Pabila berkumandang je laungan azan subuh dari surau yang terletak di sebelah rumah tu, saya terus terjaga lalu tanpa berlengah terus sahaja bergegas bangun. Seluruh penghuni rumah juga nampaknya telah terjaga dan saya terus membuka pintu dan turun ke bawah rumah untuk mengambil wuduk. Oleh sebab masih gelap, tuan rumah memaklumkan saya untuk mengambil wuduk daripada tempayan besar berisi air yang terletak di bawah rumah. Jadi saya tidak perlu ke bilik air yang dikongsi bersama itu dan agak jauh dari rumah letaknya. Dengan bertemankan cahaya bulan, saya terus sahaja mengambil wuduk menggunakan air dari dalam tempayan itu. Sungguh dingin dan menyamankan apabila air itu menyentuh muka. Hilang terus rasa kantuk ku he he he.....Usai berwuduk, saya terus sahaja melangkah menuju ke surau dan bersama-sama jemaah yang lain kami menunaikan solat subuh berjemaah..... Alhamdulillah.... terasa indahnya pengalaman berjemaah di sini....
Pasar kampung Beng Prol

Usai solat subuh, saya bersalaman dengan para jemaah lalu meeminta diri untuk pulang ke rumah. tiba di rumah, saya terus sahaja mengenakan pakain tanpa perlu untuk mandi terlebih dahulu kerana menganggapkan situasi ini sebagai 'darurat' la... Lagi pun saya tidak mahu mengganggu penduduk lain yang ingin menggunakan bilik air yang dikongsi itu. Badan saya pun tak la kotor sangat rasanya sebab senja semalam sebelum Maghrib pun dah mandi dah....Tambahan pula, saya perlu keluar awal untuk mengejar bot menyeberangi sungai menuju ke Pnom Pehn hari ni. Usai berpakaian, saya dipelawa oleh tuan rumah untuk menjamah secawan teh terlebih dahulu. Kira-kira jam 6.30 pagi, saya bersalaman dengan tuan rumah dan semua yang hadir pada pagi itu untuk memohon berangkat. Saya dibawa oleh Qomri membonceng motosikalnya menuju ke pasar kampung Beng Prol di mana Romli telah berjanji untuk bertemu di sana.
Qomri, pemuda desa yang pernah belajar di Bangkok, Thailand

Lebih kurang 5 minit perjalanan bermotosikal itu, kami pun tiba di pasar kampung Beng Prol dan sementara menunggu Romli tiba, kami pun singgah di sebuah warung makan dan mendapatkan sarapan pagi terlebih dahulu. tidak lama kemudian, romli pun tiba dengan keretanya dan berhenti di hadapan warung lalu menyertai kami mendapatkan sarapan terlebih dahulu.
Sarapan pagi dengan bakso, kopi dan teh

Di pagi yang dingin ini, bau masakan yang disediakan di warung ni amat menyelerakan sekali... saya tanpa berlengah terus memesan bakso, kopi dan teh sebagai mengalas perut pagi ini. Memang amat menyelerakan sekali menikmati hidangan yang sederhana tetapi enak di kampung ni. Semua kami nampaknya memang mat berselera pagi ini menikmati sarapan yang menyelerakan ini. Sambil berbual-bual seketika, saya turut sibuk memerhatikan persekitaran pasar yang sederhana sahaja itu. Seronok rasanya berada di sini, segalanya serba sederhana dan tanpa berlebih-lebihan....
Laluan yang indah dengan barisan pepohon menghijau dari kampung Beng Prol menuju ke jeti

Usai menikmati sarapan itu, kami pun ingin berangkat pergi. Saya terus bersalaman dengan Qomri kerana beliau hanya menghantar saya samapi pasar tu sahaja. Sebab dari pasar ni, saya akan menaiki kereta bersama Romli terus ke Pnom Pehn. Sebab, laluan untuk kereta hanya sampai pasar ini sahaja sebab semalam dah cuba untuk menggunakan kereta tetapi tidak berjaya kerana laluannya tidak mengizinkan. Setelah mengucapkan selamat tinggal dengan Qomri, kami pun memasuki kereta dan bergerak menuju ke jeti sungai Mekong.
Kawasan jeti yang indah menghadap Sungai Mekong

Pemandangan laluan dari pasar ke jeti ini memang indah dan mengasyikkan. Di kiri dan kanan lalun dibarisi dengan pepohonan yang sangant indah...dan dari kejauhan sudah terlihat kilauan yang terpancar dari permukaan sungai mekong yang disimbahai mentari pagi....
Penduduk kampung sedang menunggu feri tiba untuk menyeberangi sungai Mekong menuju ke pekan Kampong Cham

 Setibanya di gigi sungai yang juga merupakan jeti untuk persinggahan bot, saya pun keluar dari kereta dan sempat lah merakamkan keindahan di sini untuk kenangan. Lebih kurang 5 minit menunggu akhirnya bot yang ditunggu pun tiba. Kenderaan bermotor dan barangan yang dibawa akan memasuki bot terlebih dahulu. Saya memasuki bot itu setelah semua kenderan memasukinya. Kira-kira jam 7.00 pagi, bot pun bergerak menyeberangi sungai Mekong menuju ke jeti di seberang sungai yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Kawasan jeti yang indah menghadap Sungai Mekong

Di atas feri menuju ke seberang sungai


tiba di seberang sungai tu, Penumpang yang tidak membawa kenderaan bermotor keluar terlebih dahulu termasuklah saya. Kemudian barang-barang turut diangkut ke luar dan terakhir adalah kenderaan emapt roda termasuklah kereta. Pada hari itu, hanya sebuah kereta sahaja yang berada di dalam bot iaitu milik Romli.
Keluar meninggalkan feri setelah tiba di seberang sungai

Setelah semua penumpang keluar dari bot, penumpang lain pula mengambil alih untuk memasuk bot tersebut. Saya pula, terus sahaja masuk ke dalam kereta Romli dan kami terus bergerak menujuk ke pekan Kampung Chom dan tiba di sana kira-kira jam 8.00 pagi. Pun begitu, kami tindak singgah di pekan Kampung Chom. Saya hanya menikmati pekan ini dari dalam kertea sahaja. Kami terus bergerak menuju ke destinasi yang dituju iaitu kota Pnom Pehn.
Tuan punya Restoran Muk Min di R&R Skun

Di pertengahan jalan, seperti semalam kami singgah sekali lagi di R&R Skun untuk merehatkan diri sambil mendapatkan kopi bagi menghilangkan lelah. Sebenarnya tak la lelah mana pun, tapi saja je nak menikmati keberadaan di Kemboja ini. Kebetulan pulak pagi ni tuan punya restoran ni ada di situ. Jadi saya pun turut diperkenalkan kepada beliau. Namun, tak banyak lah yang dibualkan sebab kekangan dari segi bahasa komunikasi sebab En. Mukmin ni tidak mahir berbahasa Melayu. Oleh sebab rasa kopi di Kemboja di berlainan sikit dengan yang terdapat di Malaysia, jadi saya memesan kopi sekali lagi di R&R Mukmin nih. Secara relatifnya, mengikut lidah dan tekak saya kopi di sini sedap la.....
Singgah minum kopi di Restoran Muk Min di R&R Skun

Tak lah lama sanggat kami singgah di situ kira-kira 30 minit je... lepas tu bersalaman dengan En. Mukmin dan kami pun meneruskan menuju ke Pnom Pehn. Di kiri kanan jalan yang dilalui itu kelihatan banyak tanah lapang yang tidak diusahakan untuk pertanian....pemandangannya cantik sebab hutan telah ditebang rasanya kerana kawasannya lapang dan hanya ada beberapa petak kawasan tertentu sahaja yang ditanam dengan padi.... kawasan lain yang selebihnya masih kosong dan terbiar......mmmm........Akhirnya...kira-kira jam 11.00 pagi kami pun tiba di ibukota Pnom Pehn dan Romli pun terus menurunkan saya di hadapan hotel Indocina, tempat saya akan menginap untuk satu malam lagi. Saya pun mengucapkan berbanyak terima kasi kepadanya dan bersalaman sebagai tanda perpisahan.... dia pun ada kerja lain katanya dan akan terus memulangkan kereta yang dipandunya itu kepada abangnya semula....kami pun berpisah disitu dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah bersama-sama memungkinkan saya untuk menikmati pengalaman yang itndah di bumi Kemboja ini...