Gadis Muslim Chiang Mai sedang menebar roti pisang
Setelah berehat menghilangkan lelah, sekitar jam 6.00pm saya keluar dari kamar dan sekarang saya bercadang nak ke pasar malam pulak. Sebenarnya saya pun tak pasti sangat lokasi pasar malam nih. Jadi saya pun bertanyakan kepada petugas di kaunter hotel tuh di manakah lokasinya. Dia kata kat belakang hotel tu je sambil menunjukkan lokasinya pada peta yang saya pegang.
Gadis Muslim Chiang Mai penjual roti pisang
Selepas mengucapkan terima kasih, saya pun terus bergerak menuju ke arah yang ditunjukkan di atas peta tuh.... memang betul, lebih kurang 5 minit je jalan kaki dah pun sampai di lokasi pasar malam yang terkenal itu. Melalui jejeran pasar malam di gigi jalan itu, saya sudah terpandang gerai yang tertulis ’Banana Roti’ dan bertanda halal. Saya tengok kat situ ada dua orang gadis bertudung sedang menebar roti. Rasanya macam tebar roti canai kat Malaysia la. Mulanya saya bercadang nak beli tapi bila tengok orang beratur banyak sangat, lalu niat itu dibatalkan. Lagi pun saya bercadang nak makan nasi je malam nih sebab tadi makan nasi lauk sayur je untuk tengahari. Tak puas rasanya...Nak balas dendam la kirannya niii...
Pintu gerbang pasar Anusarn yang tekenal itu
Senarai papan tanda restoran halal dekat pintu gerbang pasar malam
Sebab apa, dalam hati saya berkata-kata, kalau kat sini dah ada makanan halal, pasti akan ada lagi di sekitar pasar yang besar ini kedai makanan halal yang lain. Saya pun meneruskan pencarian kedai makan halal tu. Sehingga akhirnya saya tiba di pintu gerbang pasar malam yang tertulis ’Anusarn Market’ yang di sisinya tertera papan tanda beberapa kedai makanan halal Muslim. Tanpa berlengah, saya pun terus menjelajah melalui pintu gerbang pasar itu dan mendapati memang ada banyak kedai makan halal di sini. Ada kedai halal India, Arab dan kedai Halal Siam sendiri. Gerai roti piasang macam kat tepi jalan tadi pun ada gak. Namanya ’Isa Roti’. Mmmmm... Alhamdulillah... dapat lah saya menjamu selera di sini malam ni nampaknya...
Ha... ni ha... gerai 'Isa Roti' yang jual roti pisang halal kat dalam pasar
Restoran Asma ni pun halal gak
Bila dah banyak pilihan tuh, saya pun mula lah tak tau nak pilih yang mana satu? Makanan Arab kah? Makanan India kah? Atau makanan Siamkah? Saya berputar-putar dua tiga kali melihat-lihat kesemua kedai makanan halal tuh dan akhirnya saya berhenti dan memilih untuk menikmati makanan Siam halal malam nih. Lagi pun, bila dah kat Siam nih, kena la makan makanan Siam. Selain daripada citarasanya lebih dekat dengan tekak Melayu, saya juga berfikiran bahawa makanan lain tuh boleh je didapati kemudian di lokasi kembara yang lain. Jadi saya pun singgah lah di ’Restoran Roummit’ yang dimiliki oleh orang Siam Muslim sendiri.
Deretan Restoran halal di sekitar pasar Anusarn
Deretan papan tanda restoran halal di sekitar pasar Anusarn
Oleh sebab terlalu lapar, saya pun memesan Tom Yam Ikan, Ayam goreng Madu separuh ekor (sebab kat restoran ni tak jual sikit-sikit. Kalau nak order samada satu ekor atau pun separuh ekor jer... Tak kira la berapa orang nak makan). Jadi, nak tak nak, saya pun pesan je la ayam goreng madu tuh beserta Nasi Campur Sayur. Bila dah dihidangkan tu, memang la segedabak sampainya kann...mmmm... tak pe makan pelan-pelan...lagi pun tak de apa yang nak dikejarkan pun... dari segi rasanya, relatif kurang la sikit citarasanya berbanding dengan masakan sebelah Selatan Siam. Pun begitu, dendam saya terlaksana untuk menikmati makanan Siam Halal.
Restoran India Muslim
Restoran Halal Roummit milik orang Chiang Mai muslim
Namun, walau apa pun, saya berpuashati sebab akhirnya dapat juga berjumpa dan menjamah makanan Siam halal kat Chiang Mai nih. Masa makan tuh, ramai juga saya tengok pelancong Malaysia yang turut bertandang makan di restoran nih...kira ngetop gak la restoran nih kat sini bagi kalangan pelancong Muslim dan bukan Muslim.... agak lama juga saya duduk di situ sambil menikmati hidangan malam dan memerhatikan gelagat pengunjung di pasar malam tuh... Usai makan, saya meneruskan melihat-lihat di pasar malam tuh sambil membeli sekadar yang patut je sebab malas nak bawak barang berat-berat. Kembara masih jauh lagi ni... Chiang Mai ni baru destinasi pertama....saya beli kemeja T untuk dipakai je sebab kembara kali ni saya tak awak banyak baju. Memang dah rancang nak beli baju di lokasi yang dituju dan terus pakai. Lebih mudah, tak la berat sangat beg nak bawak!!!
Restoran Halal Roummit milik orang Chiang Mai muslim
Haaa... i lah dia hidangan malamku di Chiang Mai
Menarik gak pasar malam ni dan harga barangannya pun relatif murah la jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kualitinya juga relatif bagus tetapi perlu pandai memilih dan menawar apa yang patut. Kalau kurang bijak tawar-menawar maka harga yang didapati sama je dengan harga di Malaysia ataupun lebih malang lagi bila harganya lebih mahal berbanding harga di Malaysia. Sehinggalah jam 9.00 malam saya berlegar-legar di pasr malam tu dan akhirnya memutuskan untuk balik semula ke hotel sebab dah agak letih dah jalan kaki nah....dari sejak sampai pagi tadi masih berjalan je... sampai melecet gak la tapak kaki kanan nih. Esok plak masih jauh lagi perjalanannya.....
Jelitawan transeksual yang membuat promosi di sekitar pasar malam untuk persembahan percuma mereka yang diadakan di pentas yang turut disediakan di sini
4 comments:
itu bukan "isa roti" la bro....itu "ROTI" dlm dialek thai.
Memang banyak pilihan makanan halal.
Salam, saya pun nak ke Chiang Mai ahad ni, tq atas info restoran halal di sini...
-Ust Mizul
15-18/01/2014 saya nak g chiang mai dan chiang rai tolong listkn nama restoran halal ..tq
Post a Comment