English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 28, 2011

KEMBARA EKOLOGI

MENUNGGANG GAJAH

13.7.11 (Rabu)

Kem Gajah Maewang

Waktu subuh di Chiang Mai ni lebih kurang sama je macam di Malaysia Cuma angka waktunya sahaja yang berbeza sebab lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. Saya pun bangun jam 5 pagi untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Usai urusan tuh, saya terus mengangkat beg galas kecil dan terus kelaur dari bilik dan turu ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi. Namun, sarapan pagi ni tidak termasuk sekali dalam bayaran hotel. Jadi saya perlu membayar lain untuk sarapan nih. Saya tak pasti menu apa yang disediakan kat sini dan tak pulak terfikir nak tanya. Jadi, saya pesan kopi secawan sahaja dan saya makan biskut yang saya beli kat 7 Eleven semalam untuk sarapan. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi dan masih awal lagi untuk melakukan lawatan hari nih sebab saya akan dijemput untuk acara lawatan pada jam 8.30 pagi nanti.

Sekawanan gajah sedang tiba untuk menyambut para tamunya

Bersedia nak naik ke atas gajah dari pelantar

Jadi, sambil menikmati kopi Siam dan biskut tuh, saya mengambil peluang untuk melyari ineternet. Lagi pun kat lobi ni ’connection’ nya laju sikit berbanding di dalam bilik. Kat dalam bilik tak boleh nak buat apa langsung, teralalu rendah dan perlahan. Agak lama juga saya menanti van yang akan menjemput saya untuk lawatan tuh. Sampai jam 8.30 pagi pun masih tak datang lagi. Saya pun dah mula gelisah dah... dalam hati mula meragui ejen pelancongan tempat saya mendapatkan tiket semalam. Tapi tak pe... sabar dulu....Insyaallaah datang la nanti tu...

Dah duduk atas gajah dah



Gajah dah bersedia untuk memulakan ekspedisi

Tunggu punya tunggu akhirnya jam 9.00 pagi baru van yang dinanti tiba. Terdapat beberapa pelancong lain lagi yang turut serta dengan saya dalam lawatan ini. Dua orang gadis dari China dan sekeluarga empat beranak dari Perancis, jadi jumlah kesemuanya seramai 7 orang dalam acara lawatan kami hari ini. Setelah semua ada, van bergerak meninggalkan Chiang Mai menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama iaitu aktiviti menunggang gajah di ’Maewang Elephant Camp’ yang letaknya kira-kira satu jam perjalanan van dari Chiang Mai. Jadi, kami tiba di sini pada jam 10.00 pagi. Tiba sahaja di sini, kami semua dibawa ke lokasi untuk menunggang gajah. Jadi, kat sini kalau nak naik gajah yang besar dan tinggi tu kena naik ke atas pelantar yang disediakan. Maknanya gajah tu tak payah duduk, dia perlu berdiri dan merapatkan tubuhnya ke pelantar yang disediakan dan penunggang pun terus je naik dan duduk kat atas gajah tu...

gajah dah mula masuk ke dalam hutan

Dah kat dalam hutan dah

Seumur hidup, ni lah kali pertama saya dapat menunggang gajah. Pada awalnya agak gementar gak nak duduk kat atas gajah tuh... tapi sebab setiap gajah tu dikawal oleh seorang pemandu yang duduk betul-betul di atas tengkuk gajah tu manakala pelancong puluk duduk di tempat duduk khas yang disediakan... lebih kurang macam raja-raja saman dulu la duduk atas gajah...

Gajah panjat bukit-bukau

Melalui lereng bukit di kawasan lembah yang berbukit-bukau

Sangat menarik aktiviti menunggang gajah nih sebab saya dibawa masuk ke dalam hutan siap naik turun bukit lagi selama lebih kurang 50 minit. Boleh tahan gak lamanya dan kira pass gak la saya menunggang gajah ari nih... di penghujun perjalanan tuh... pemandu gajah tu turun dari gajah dan menyuruh saya mengambil-alih tempat duduknya... agak gerun juga pada awalnya sebab naik gajah sorang-sorang nih.... mintak-mintak jangan la gajah nih buat hal plak....mmmmm... nahas dibuatnya.... sebab pemandunya tadi berjalan di hadapan sembail menjerit-jerit menggunakan bahasa yang difahami oleh gajah itu supaya gajah tuh terus bergerak mengikutinya.... sebab gajah ni kalau taka ada pemandu, dia akan bergerak ke lain untuk mencari makan...





Untuk memujuk gajah tu juga, di pertengahan jalan tadi memang dah sedia menunggu orang jual pisang yang katanya untuk bagi makan gajah. Gajah suka, katanya. Saya pun membeli lah sesikat pisang untuk diberi makan pada gajah tuh sewaktu menunggang. Gajah tu plak akan membengkokkan belalainya ke arah saya yang duduk ditengkuknya untuk meminta pisang. Saya pun memberikan pisang tu satu persatu. Sebabnya, pertama untuk menikmati sensasi memberi makan gajah sambil menunggang yang dialami buat pertama kalinya seumur hidup. Keduanya, supaya piasang tuh tak terus habis dimakan oleh gajah tu. Kalau dah tak ada pisang tu, gajah tu akan melilau-lilau mencari rumput atau pokok kecil yang boleh diragut sebab pemandunya dah tak ada. Saya sorang-sorang je sekarang yang menunggang gajah tuh... Mmmm....bijakkk-bijakkk...

Gabra gak bila menunggang solo nih

Singgah membeli pisang untuk diberi makan gajah

Seronok sangat menunggang gajah nih... dan akhirnya saya pun sampai lah semula ke pelantar di mana saya mula-mula naik gajah tadi. Saya lah orang terakhir tiba di situ sebab gajah tu lambat berjalan, asyik sibuk nak carik makan je....tapi best gak sebab saya dapat menikmatinya lebih lama daripada orang lain...mmmm....Alhamdulillah.. saya selamat sepanjang aktiviti menunggang gajah nih...mmm... tak tau la bila lagi nak dapat peluang macam nih....

Menunggang gajah secara solo

Menunggang gajah secara solo

KAMPUNT ETNIK KAREN

Perkampungan etnik Karen

Usai acara menungang gajah tu, kami menaiki van semula dan pemandu pelancong membawa kami ke lokasi berikutnya iaitu melawat ke kampung etnik Karen. Etnik Karen ni merupakan kelompok minoriti kat Utara Siam nih. Asal-usul mereka dikatakan dari Myanmar yang bersempadan dengan Chiang Mai. Bahasa pertuturan mereka juga berbeza dengan bahasa Thai. Malahan golongan tua kebanyakannya tidak boleh berbahasa Thai pun. Yang muda-muda tu boleh la sebab mereka dah pergi ke sekolah Siam dan mempelajari bahasa Thai. Etnik ni merupakan golongan yang relatifnya agak mundur la kat Siam nih dan tinggal di pondok-pondok kecil sambil mengusahakan kerja tangan terutamanya hasil tenunan.

Perkampungan etnik Karen

Menternak khinzir di bawah rumah

Jualan kain hasil tenunan tangan

Oleh sebab etnik ni turut dijadikan bahan pelancongan, maka hasil tenunan mereka juga turut dijual kepada pelancong yang datang melawat ke kampung mereka. Saya pulak tidak begitu berminat sangat nak membeli-belah nih jadi ambik gambar apa yang patut je lah. Lagi pun kami bukannya dibawa melawat ke seluruh kampung. Cuma singgah di kawasan yang terdapat dua, tiga buah ruamah kecil je. Penghuninya plak sedang bekerja menenun kain. Kat bawah rumah plak terdapat ternakan babi yang diikatkan pada tiang. Kawasannya agak relatif kurang bersih ditambah pula dengan hujan pada malam tadi. Jadi kawasannya berbecak-becak sedikit. Pemandu pelancong menerangkan serba sedikit berkenaan etnik tuh...apabila melihat kami tidak begitu teruja, kira-kira 10 minit berlalu, kami pun diajak naik ke van semula untuk dibawa ke destinasi yang berikutnya iaitu mandi di air terjun. Kami semua menaiki van dan terus bergerak ke Maewang Waterfall yang terletak tidak berapa jauh dari kampung etnik Karen tu gak...

Wanita Karen sedang menenun kain

Wanita Karen sedang menenun kain

Kraftangan etnik Karen dijual di bawah rumah

MAEWANG WATERFALL

Air Terjun Maewang


Kira-kira jam 12.00 pm van yang kami naiki pun tiba di Maewang waterfall (air terjun Maewang). Maewang ni sebenarnya nama tempat yang kami tuju tu la. Lawatannya di sekitar Maewang tu je...!!! Sebenarnya tiada apa sangatlah yang menariknya tentang air terjun ni... biasa sahaja seperti yang terdapat kat Malaysia gak....rasanya aktiviti ni sekadar ingin memenuhi jadual pakej sahaja kerana kami ke sini hanya untuk mandi-manda. Tiada sejarah menarik pun yang diceritakan tentang air terjun ini mahupun tentang keunikannya. Jadi, bagi saya yang datang dari daerah yang hampir sama, air terjun ini biasa sahaja dan tiada apa sangat yang menariknya.

Ni je lah haa air terjunnya

Pemandu pelancong tu kata, ’turun lah mandi...lepas mandi ni nanti kita boleh pergi makan’.... begitu katanya. Sebab jam waktu itu baru 12.00 tengahari dan mungkin makanan kami disediakan selepas waktu itu. Jadi, kami perlu memenuhi waktu yang senggang itu sebab makanan belum sedia lagi. Saya pun tak la teruja sangat nak mandi sebab pertamanya, saya tidak membawa persalinan untuk mandi mahupun tuala. Sebab selepas nih nak makan plak dan pas tuh nak ikuti aktiviti terakhir plak. Keduanya, sebab tak teruja sangat nak mandi. Jadi, untuk memenuhi masa dan tidak mahu menghampakan saranan pemandu pelancong tu, saya pun turun lah ke dalam air dan berendam sikit-sikit je...

Ni je lah haa air terjunnya

Kemudian datang pula kumpulan pelancong dari ejen yang lain turut menyertai kami di air terjun tuh...mat salleh tu semua agak teruja juga nak mandi sebab mungkin berbeza dengan persekitaran biasa mereka. Saya pun hanya sekadar memerhatikan sahaja sambil bermain di tepian tebing sungai tu je. Sehinggalah kami semua dipanggil untuk masuk ke dalam van semula untuk mendapatkan makanan tengahari yang turut temasuk dalam pakej lawatan nih.

Lepak di atas batu di air terjun Maewang

Selepas setengah jam la berendam dalam air tuh, kira-kira jam 12.30pm kami dibawa ke sebuah kampung di daerah Maewang ni juga dan tiba di sini jam 1.00 pm. Van yang saya naiki singgah di sebuah kedai runcit merangkap kedai makan yang terletak di tepi jalan. Kedai ni bersambung dengan rumah tuan punya kedai makan dan kedai runcit tersebut. Sewaktu saya tiba, meja untuk kumpulan kami telah tersedia untuk diduduki. Sementara ada beberapa meja lagi yang kosong dan ada yang sedang diduduki oleh kumpulan pelancong lain yang sedang menikmati makanan tengahari mereka. Maknanya, semua kumpulan pelancong akan singgah di sini untuk menikmati makan teangahari dan waktunya telah ditentukan mengikut giliran. Menu yang disediakan juga semuanya adalah sama iaitu nasi putih, sayur, gulai ayam bercampur kentang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut beserta air kosong.

Lepak di atas batu di air terjun Maewang

Jadi, yang dapat saya makan hanyalah sayur dan nasi serta buah-buahan sahaja dan saya tidak menjamah kuah gulai ayam bercampur kentang tuh kerana status halalnya diragui. Saya kira mereka akan menghidangkan lauk telor buat saya seperti yang dimaklumkan sewaktu saya membeli pakej ni. Tapi nampaknya tak ada lauk telor tuh...mmm.... tak apa lah. Makan nasik berlauk sayur pun dah kira ok lah tu.....

BERAKIT

Berakit sambil berdiri di atas rakit buluh. Kat belakang 2 orang tu pelancong dari China

Sekitar satu jam kami meluangkan masa untuk menikmati makan tengahari dan lepak-lepak seketika di kedai makan tuh, sebelum dipanggil semula oleh pemandu pelancong untuk msauk ke dalam van semula. Jadi, jam 2.00 pm kami semua dibawa bergerak menuju ke lokasi untuk aktiviti terakhir dalam pakej lawatan ni iaitu naik rakit buluh. Tak jauh sangat sebenanrnya lokasi sungai untuk kami berakit tuh sebab jam 2.15pm kami dah tiba di tebing sungai Maewang. Setibanya sahaja di tebing sungai tuh, kami semua dinasihati supaya meninggalkan semua barangan seperti kamera, jam tangan, telefon bimbit, wallet, kasut, beg galas atau apa-apa sahaja yang tidak boleh terkena air atau basah. Sebab dikhuatiri kemungkinan untuk jatuh ke dalam air adalah tinggi. Jadi barangan tersebut mungkin akan basah dan rosak. Kesemua barangan itu ditinggalkan di dalam van sebab pemandu akan membawa van tersebut ke point terakhir aktiviti berakit kami itu

Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Saya mengikuti sahaja saranan pemandu pelancong itu dan terus turun ke gigi air di mana di situ telah menanti rakit yang diperbuat daripada buluh bersama seorang pemandunya. Sangat teruja rasanya kerana inilah pertama kali seumur hidup menaiki rakit buluh dan menelurusi sungai. Hanya dua buah rakit sahaja yang digunakan dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah pelancong Perancis sekeluarga 4 orang dan saya bersama dengan dua orang lagi pelancong gadis China. Air sungai ni tak lah dalam sangat, sebab itu lah agaknya ia dipilih untuk aktiviti berakit nih. Lagi pulak, kami tidak disediakan pun dengan jaket keselamatan. Kalau tak pandai berenang, walau pun airnya surut rasanya boleh lemas jugak kalau lambat diselamatkan. Saya tak tau lah 2 orang gadis China tu boleh berenang ke tidak. Tak pulak sempat nak tanya. Anak-anak Perancis yang kecil 2 orang tu pun saya tak pasti boleh berenang ke tak. Ada banyak jeram juga yang dilalui, walaupun kecil je tapi banyak kali juga rakit yang saya naiki nak tenggelam sebab tersangkut batu-batu yang dilalui pada jeram tuh...apa lagi, menjerit-jerit la 2 orang gadis China tuh. Kekadang tuh, pemandu tu sengaja je main-main nak tenggelamkan rakit sebab teruja agaknya bila mendengar gadis-gadis China tu menjerit-jerit bila rakit nak tenggelam.

Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Kami semua dinasihatkan duduk je atas rakit tuh sebab lebih mudah rakit dikawal katanya. Tapi saya enggan duduk sebab pertamnya malas nak basahkan punggung sebab bila duduk tu maknanya duduk di atas air gak la sebab rakit buluh tu susunannya jarang-jarang je. Keduanya sebab nak menikmati sensasi berakit yang sebenar kerana bila berdiri lebih puas rasanya. Tetapi kalau dah berdiri tu kena la pandai mengawal keseimbangan badan agar rakit tu tak tenggelam. Kalau ada ranting kayu di hadapan laluan tu kena la hati-hati dan tundukkan kepala. Kalau tak nahas lah terantuk atau tersangkut. Tapi amat mengasyikkan menikmati pengalaman tuh...


Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Banyak juga benda-benda menarik yang dilalui tetapi tidak dapat dirakamkan melalui lensa kamera kerana sudah ditinggalkan di salam van tadi. Rasa macam mengkelan la gak tak dapat amik gambar. Ejen pelancongan ni pun memang pandai la nak buat duit kan, di pertengahan perakitan tuh, ada la jurugambar yang telah dilantik untuk mengambil gambar kami walaupun sekeping. Sebab nanti boleh la dijual. Tadi masa naik gajah pun ada gak amik gambar tapi saya tak beli sebab saya sediri dah amik gambar melalui kamera sendir. Jadi rasanya tak perlu lah...harganya 100B (RM10) siap dengan frame sekali. Framenya tu biasa je, diperbuat daripada kertas ’recycle’. Tapi ok gak la....

Gambar yang telah siap di 'frame' kan berharga 100B

Lebih kurang 40 minit gak la kami berakit tu, akhirnya tibalah di point terakhir dan kmi pun diturunkan di situ. Sebaik sahaja kami semua naik ke daratan, para pekerja pun sibuk menanggalkan semual rakit yang kami naiki tadi untuk dibawa semula ke point permulaan tadi dengan menggunakan lori. Oooo.... rupa-rupanya rakit ni boleh ditanggal-tanggalkan dan dipasang semula!!!! Bukannya struktur tetap (rigid)...!!! Kebetulan, setibanya sahaja di point terakhir tuh, hari pun hujan... Alhamdulilllah.... nasib baik dah lepas berakit dah....saya pun berlindung di bawah pondok yang terdapat di situ di mana van di pakir. Saya menggunakan tandas di situ untuk membersihkan diri dan terus masuk ke dalam van. Kemudian datang lah petugas di situ menunjukkan gambar saya yang diambil tadi siap dengan frame sekali. Oleh sebab saya tidak ada kenangan dalam bentuk gambar untuk aktiviti nih, maka saya pun membelinya dengan harga 100B. Pelanconga Perancis dan China tu pun beli gak.... Hujan semakin lebat nampaknya, dan semua sudah berada di dalam van. Lalu, jam 3.00 pm itu pemandu pun terus masuk ke dalam van dan memulakan perjalanan pulang ke hotel di Chiang Mai semula.

Oleh sebab keletihan, saya tertidur seketika sewaktu perjalanan pulang tuh. Di tambah lagi dengan suasana hujan, menambahkan lena dalam van tuh... bila terjaga je, dah nak sampai hotel dah...dan hujan pun dah reda. Jam 4.00pm saya tiba di Lai Thai Guesthouse tempat pengginapan di Chiang Mai. Saya turun dari van sambil mengucapkan selamt kepada rakan-rakan pelancong yang lain. Saya terus sahaja menuju ke kamar untuk membersihkan diri dan berehat seketika.....