English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 27, 2011

SEKITAR KEMBARA LEMBAH MEKONG & INDOCINA 2011 - MENUJU CHIANG MAI

Di Lembah Mekong berlatarbelakangkan sungai Mekong yang terkenal itu

12.7.11 (Selasa)
Jam 5.00 pagi saya mula bergerak menuju ke LCCT dengan tergesa-gesa sebab dah silap perkiraan. Penerbangan saya berlepas jam 7.00 pagi ke Chiang Mai dan saya sepatutnya bergerak lebih awal dan bukannya jam 5.00 pagi sebab perjalanan ke LCCT mengambil masa agak lama juga dengan menaiki kereta iaitu lebih dari satu jam. Sampai di LCCT dah jam 6.30 pagi dan saya terus berlari ke kaunter Air Asia untuk mendaftar masuk. Nasib baik boleh masukkan beg lagi dalam kargo. Sebab semalam tak sempat utkar duit Siam, saya terus berlari ke kiosk tukaran wang selesai mendaftar masuk tu. Kemudian saya terus berlari menuju ke gate T17 untuk boarding dan dalam pada itu juga nama saya telah dipanggil melalui pembesar suara dan diminta untuk boarding segera….kira kes lewat lah niii….walau bagaimanapun saya masih sempat lagi menepati waktu penerbangan sebenar dan masuk ke dalam pesawat AK761.

Masuk di dalam pesawat, saya terus menuju ke tempat duduk yang saya pilih sendiri iaitu D31 yang terletak di belakang sekali berhampiran tandas. Ingatkan tak de orang berminat nak duduk kat bahagian ni… rupanya penuh juga satu barisan di belakang tuh…ok la… penerbangan berlepas sejurus itu dan makanan pun dihidangkan dan saya mendapat hidangan pilihan saya sediri iaitu nasi beryani. Perut saya pun memang tengah lapar apabila dihidangkan dengan nasi beryani sebagai sarapan pagi nih…usai menikmati hidangan, saya memesan kopi berharga RM5 sebagai pemanis mulut selepas sarapan. Tak sangka, rasa sedap pulak kopi yang dihidangkan oleh Air Asia nih…mmmm….

Pada awalnya, saya tidak merancang untuk menaiki pesawat ke Chiang Mai nih sebaliknya berhajat menaiki keretapi dari Butterworth, P.Pinang ke Bangkok dan seterusnya mengambil keretapi dari Bangkok terus ke Chiang Mai. Pun begitu, hajat saya tidak kesampaian kerana melalui pertanyaan telefon yang saya panggil ke talian KTMB, saya dimaklumkan bahawa tempahan untuk pembelian tiket KTMB perlulah dilakukan sebulan lebih awal. Sewaktu panggilan dibuat, tempoh untuk saya bergerak adalah satu minggu sahaja lagi. Jadi saya tidak dapat membeli tiket KTMB ke Bangkok tu. Saya pun bertanyakan, tidak adakah alternatif lain untuk saya membeli tiket? Bagaimana kalau saya terus pergi ke kaunter tiket di stesen KTMB di Butterworth, adakah saya masih boleh membeli di sana? Tetapi malangnya, petugas yang menyambut panggilan saya menyatakan bahawa ‘tidak boleh’. Kerana sayaratnya mesti sebulan lebih awal dari tarikh perjalanan…saya pun meletakkan telefon selepas mendapat maklumat itu…

Sawng Thaew Merah

Dalam hati saya masih berfikir-fikir berkenan dengan syarat KTMB itu....!!!! macamana kalau seseorang ada kecemasan dan perlu menaiki keretapi ke Bangkok dari P.Pinang dalam tempoh segera dan tiada alternatif kenderaan lain.... bagaimana? Bagaimana pulak dengan pelancong yang tiba di Pulau Pinang dan bercadang untuk menaiki keretapi ke Bangkok dalam tempoh itu juga? Sebab biasanya pelancong ’backpacker’ jarang merancang sampai sebulan macam tu.... sebab lebih banyaknya melakukan improvisasi sahaja dalam jadual perjalanan mereka. Bagaimana? Tak tercapai la hajat mereka untuk menikmati pengalaman kembara berkeretapi dari P.Pinang ke Bangkok seperti mana yang saya juga idamkan....mmmmm....Pengalaman saya kembara di belahan dunia yang lain, perkara begini tidak pernah belaku sebab tiket boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja di kaunter stesen atau melalui ’travel agent’. Mmmm.....mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh pihak KTMB rasanya.....!!!??????

Oleh sebab pelan awal saya telah tidak tercapai, maka saya merancang alternatif lain iaitu dengan memandu kereta ke Lembah Kelang dan dari sana saya membeli tiket Air Asia dari LCCT ke Chiang Mai dan kembali dari Pnom Pehn ke LCCT kerana kembara saya akan berakhir di Pnom Pehn, Cambodia. Akhirnya.... naik Air Asia lah saya bagi menggantikan keretapi......

Lai Thai Guesthouse

Penerbangan Dari LCCT ke Chiang Mai ni mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit sahaja. Waktu Siam (dan waktu di negara lain yang saya lawati iaitu Laos, Vietnam & Kemboja) lewat satu jam dari waktu Malaysia, jadi bila pesawat mendarat di Chiang Mai, waktu tempatan adalah jam 8.30 pagi. Tiba di lapangan terbang dan usai melepasi imigresen, saya terus keluar dari terminal untuk mencari kenderaan ke pusat bandar. Saya tidak mahu mengambil teksi dari lapangan terbang kerana harganya relatif mahal(150B = RM15) dan tiket perlu dibeli di kaunter di dalam terminal itu sendiri. Jadi, untuk lebih mencabar dan relatif murah (kadar tambang 60B = RM6), saya bercadang untuk mengambil kenderaan yang namanya ’Sawng Thaew Merah’ yang bukan teksi dan bukan Tuk Tuk tetapi boleh memuatkan beberapa penumpang di tempat duduk belakang dan di sebelah pemandu serta berwarna merah.

Lai Thai Guesthouse

Sampai di pusat bandar, saya turun dari sawng thaew dan terus mundar-mandir untuk mencari sama ada guesthouse, hotel atau hostel yang bersesuaian dengan bajet dan berkenan di hati untuk bermalam. Akhirnya... langkah kaki membawa saya ke hotel Lai Thai dengan kadar RM84 untuk 2 malam termasuk 3% caj untuk penggunaan kad kredit sebagai mod bayaran. Ok la harga tu dan bersesuaian dengan biliknya.... sebab saya seorang sahaja jadi saya membayar jumlah tersebut sendirian. Kalau berdua, bayarannya akan dibahagi dua lah dan sudah tentu jadi relatif lebih murah sebab biliknya adalah untuk dihuni oleh dua orang. Usai urusan di kaunter penerimaan hotel, saya terus diiringi menuju ke kamar bernombor 613 di mana saya akan mengginap selama dua malam didalamnya.

1 comment:

azzad said...

kalau nak berdua senang jer. cari le mana-mana ayam yang ada. petik jari jer. berduyun datangnya wo...
apa2 hal pun dosa dan neraka tanggung sendiri ha..ha..ha..