English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 27, 2011

TRANSIT 32 JAM DI DOHA



Setelah lebih kurang 6 jam penerbangan dari Frankfurt maka saya pun tiba lah di Lapangan terbang Doha, Qatar. Saya pun terus menuju ke kaunter pertanyaan Qatar Airways untuk bertanyakan samada saya layak untuk mendapat penginapan percma untuk malam ini kerana jangkamasa transit melebihi 8 jam. Saya telah bertanyakan hal ini sewaktu mendaftar masuk Qatar Airways di Frankfurt, tetapi petugas itu memberitahu bahawa mereka tidak pasti. Lalu mencadangkan supaya saya bertanyakan ke kaunter pertanyaan Qatar Airways di Doha. Saya pun sabsar menunggu petugas tersebut memeriksa apa yang patu berkenaan pertanyaan saya itu. Malangnya, jawapannya adalah hampa kerana saya dimaklumkan bahawa tiket yang saya beli adalah sewaktu tawaran 'harga rendah'. Jadi, penginapan transit melebihi 8 jam tidak termasuk di situ. Walau bagaimanapun, saya layak menerima hidangan makan untuk makan malam tersebut, sarapan pagi esok, makan tengahari dan makan malam esok, sebab penerbangan saya akan berlepas pada jam 7.25 pm malam esok.... huhhh....

Makanan yang disediakan oleh Qatar Airways di Terminal transit

Mmmmm.... nampak gayanya kena tidur di terminal ni je lah saya malam nih...tanpa berlengah, saya pun terus menuju ke cafe yang maklumkan untuk mendapapatkan kupon makan untuk malam itu....makanannya pun kira ok la.... boleh terima lidah Melayu saya nih... Usai makan malam saya terus berlegar-legar di sekitar terminal untuk mencari tempat yang sesuai untuk tidur.... tetapi sebelum tuh... saya mengambil kesempatan untuk solat dulu sebab di terminal Doha ni surau turut disediakan untuk solat. Selepas solat saya meninjau tempat tidur yang disediakan di sebelah surau tu kalau-kalau ada ruang. Malangnya kedua-dua ruang tidur yang disediakan di situ sudah penuh dengan penumpang yang juga menunggu penerbangan masing-masing.

Gambar yang diambil mengelakkan kebosanan

Saya pun bergerak ke bucu hujung yang agak gelap sedikit dan mendapati ada satu bangku yang kosong lalu terus lepak kat situ... saya pun tak pasti tidur ke tak.... tapi rasa-rasa macam tidur....rasa-rasanya macam tak tidur...ntahlah... dalam keadaan berduduk di bangku besi tu dan cuaca yang agak sejuk.... saya pun tak pasti tidur ke tak!!! tidur-tidur ayam agaknya.... mata tidak jemu-jemu memandang jam apabila terjaga.... sehinggalah jam menunjukkan waktu subuh dan saya pun bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat subuh....

Terminal Terbang Doha, Qatar

Usai solat, saya menuju ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi.... selesai sarapan pagi saya mundar-mandir lagi menanti waktu dalam terminal tuh.... mengelakkan rasa bosan yang melampau, saya pun menggunakan kemudahan perkhidmatan internet yang disediakan secara percuma juga di dalam terminal tuh...tapi biasalah komputernya disediakan untuk berdiri sahaja dan tiada kerusi yang disediakan.... jadi kalau lama-lama lenguh juga nak berdiri kat situ.... lagi pun orang lain pn dah beratur kat belakang, jadi bagi lah peluang kat orang lain gak.... mmm... lepas tu mundar mandir lagi kat dalam terminal tu....bila dah agak tengahari terus ke cafe lagi untuk mendapatkan mekan tengahari pulak..... solat lagi.... pas tu menunggu lagiiii.... sehinggalah petang ke cafe lagi dan mendapatkan makan malam.... dan akhirnya..... setelah kira-kira 32 jam berada dalam terminal tu..... waktu yang dinanti pun tiba.... saya terus sahaja mendaftar masuk dan menunggu shuttle bas tiba untuk membawa penumpang ke pesawat dan akhirnya tepat jam 7.25 pm waktu Doha, penerbangan saya pun berlepas meninggalkan Doha, Qatar menuju ke KLIA...Walau apa pun, saya tetap merindui saat-saat kebosanan berada di terminal Lapangan terbang Doha, Qatar....pengalaman begitu tidak akan dapat dilalui tanpa keazaman untuk kembara dan harganya tidak ternilai bah kan tidak dapat dijual-beli....juga tidak diajar di mana-mana sekolah punnn...

Berlepas meninggalkan Doha

1 comment:

Azrol said...

Salam.... saya amat teruja membaca catatan harian Bro di Kembara Eropah... terasa macam berada bersama di kembara tersebut... memang seronok kalau dapat join sekali... :)