English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 20, 2011

MENIKMATI KOTA BERLIN

YHA Berlin

9.4.11 (Sabtu)
Selepas berkemas-kemas, jam 9.00 pagi saya pun mendaftar keluar dari YHA berlin bersama-sama Kak Imah dan Kak Yati. Usai urusan tu, saya betanyakan kepada penyambut tetamu bagaimana dan di mana mahu membeli tiket pengangkutan awam untuk tempoh satu hari. Saya dimaklumkan bahawa hostel di sebelah yang menempatkan pelawat dewasa ada menjual tiket tersebut. Lalu kami pun bergerak ke hostel di sebelah yang tidak dapat menmpung penginapan kami semalam untuk membeli tiket tersebut.

Menanti sarapan pagi dihindangkan

Oleh sebab ramai tetamu di hostel ini yang ingin mendapatkan perkhidmatan staff du kaunter, maka kami pun terpaksa turut beratur bagi menapatkan giliran kami membeli tiket bas tu. Saya membeli tiket untuk satu hari secara berkumpulan (group ticket) sebab kami bertiga. Jadi kosnya pun lebih murah berbanding 'single ticket'. harga yang kami dapat adalah 15 Euro untuk tiga orang selama satu hari (24 Jam).

Ni ha! sarapan pagi di Berlin

Dah dapat tiket tu, kami terus bergerak ke stesen bas yang kami telah kunjuungi semalam untuk mendapatkan bas yang sama bagi membawa kami ke sentral stesen. Walaupun jaraknya relatif dekat keran boleh didatangi dengan berjalan kaki, namun kerana tiket dah ada, lebih jimat masa menggunakan bas je. Lebih cepat dan jimat tenaga sikit. Sebab semalam dah lenguh jalan kaki berbatu-batu.... ahaks...Tidak lam menunggu, bas bernombor 120 pun tiba lalu kami menaiki bas tersebut sehingga ke stesen sentral dan kami turun di situ.

Hidangan sarapan pagi di Berlin

Setibanya sahaja di stesen sentral tu, kami pun menuju ke dalam stesen untuk bertanyakan petugas di kaunter pertanyaan bagaimana cara untuk ke lokasi tembok berlin yang terkenal itu. Setelah maklum, saya meninggalkan kaunter pertanyaan dan menyertai Kak Imah dan Kak Yati. Kemudian kami memutuskan untuk mendapatkan sarapan pagi terlebih dahulu sebab perut pun dah keroncong.... kat stesen sentral ni agak susah nak daptatkan cafe Arab dan saya pun tak pasti ada ke tidak cafe Arab dalam stesen yang bertingkat-tingkat nih. Lupa nak citer, stesen sentral Berlin relatifnya agak besar berbanding yang saya temui di negara-negarayang saya lalui sebelum ni. Kalau tak silap tingginya empat tingkat...mmmmm....lebih kurang la...

Hidangan sarapan pagi di Berlin

Bila dah jenuh pusing-pusing tetapi masih tak jumpa cafe Arab... kami pun ternampak sebuah cafe yang menghidangkan makanan laut sebagai sarapan pagi. Kami pun terus meluru ke situ dan meminta menu daripada pramusaji cafe itu. Setelah meneliti menunya, saya pun memesan kopi dan ikan beserta chip. Kak Imah nampaknya memesan nasi berlauk ikan.... ni kira terus merangkap makan tengahari la ni.... Kak yati beli roti dan memesan kopi je kalau tak silap.....mmmmm... rasanya pun ok je la...boleh la... bergoreng-gorenga dengan tepung je semuanya.... ok la..

Menunggu bas tiba bersama Kak Yati

Selesai menikmati hidangan pagi itu, kami bergerak ke luar dari bangunan stesen sentral dan menuju ke perhentian bas yang terletak berhadapan bangunan stesen sentral untuk mendapatkan bas menuju ke lokasi utama kami hari ini.Oleh sebab kami dah ada tiket untuk satu hari, jadi kami tak perlu risau sangat pasal tersesat kerana boleh naik je bas pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi. Tak perlu bayar tambang lebih dah.... Tidak alam kemudian, bas tiba lalu kami menaikinya. Menghilangkan kerisauan tersalah bas apabila tertulis pada monitor lokasi yang dituju iaitu Potsdamer Platz. Selepas melalui lebih kurang tiga perhentian bas, saya pun menekan loceng untuk turun di perhentian Potsdamer Platz yang merupakan lokasi Tembok Berlin yang terkenal itu.

Menunggu bas tiba bersama Kak Imah

Tiba si sini, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di sisi runtuhan tembok tersebut. Lokasi bekas runtuhan tembok ini telah berubah wajah menjadi sebuah kota moden Berlin dengan senibina yang sangat berbeza sengan kota lama Berlin yang kami kunjungi semalam. Saya seakan tidak percaya dan perlu mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan diri saya sendiri bahawa ini adalah lokasi yang saya ingin kunjungi, iaitu sisa runtuhan tembok Berlin yang sering dibualkan orang itu. Hanya ringgal beberapa kepingan sisa runtuhan tembok sahaja lagi yang di biarkan di situ untuk dikunjungi oleh pelancong. Permukaan kepingan sisa runtuhan tembok itu juga sudah dipaliti dengan contengan seni grafiti.

Lokasi tinggalan Tembok Berlin di Potsdamer Platz

Garisan asal tembok pemisah German Timur dan Barat itu pula diganti dengan lingakaran jalan raya moden yang menghubungkan kedua-dua wilayah terpisah itu. Kami menghabiskan masa hampir 40 minit berada di sekitar lokasi itu sebelum menaiki bas semula untuk bersiar-siar mengelilingi kota Berlin ini dengan menaiki bas. Setelah hampir satu jam bersiar-siar itu, kami memutuskan untuk turun semula di lokasi sekitar tembok Berlin itu dan berjalan menuju ke muzium sains yang terletak tidak jauh dari situ.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Kami masuk ke dalam muzium sains untuk yang boleh dimasuki secara percuma itu untuk meninjau pameran yang sedang berlangsung di situ. Pamerannya lebih kepada sains interaktif dengan aplikasi teknologi digital dan 3D. Sempat la pulak posing kat dalam tu bersama dengan bahan pameran tu.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Lebih kurang 40 minit berada dalam muzium yang dibahagiakan kepada tiga tingkat itu, kami terus bergerak keluar dan berjalan menuju ke lokasi pemakaman Yahudi. Pemakaman Yahudi ni merupakan tempat bersemadinya etnik Yahudi yang menjadi mangsa penghapusan etnik sewaktu era Hitler. Mayat-mayat mereka dikebumikan secara beramai-ramai di dalam lubang besar yang digali. Kemudian, batu nesan peringatan didirikan di atasnya dalam bentuk kotak-kotak yang pelbagai saiz dan ketinggian. Jadilah seperti yang terdapat di dalam gambar di bawah tu.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Dari pemakaman yahudi tu, kami terus berjalan semula sehingga akhirnya tiba di lokasi yang dikenali sebagai Republic. Di lokasi ni terdapat ramai pelancong dan ia merupakan lokasai tumpuan pelancong. Sambil-bersiar-siar tu juga kami bertemu denga suatu demonstrasi aman oleh etnik Arab yang menunjukkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa perang di Timur Tengah.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Perjalanan diteruskan sehingga kami merasa letih sehingga akhirnya memutuskan untuk mendapatkan bas dan kembali semula ke sentral stesen, Berlin. Rasanya kami telah menjelajah ke beberapa lokasi penting di Berlin nih.... cukup la tu...tiba di stesen kami berehat seketika menghilangkan letih sambil menenti keretapi yang akan membawa kami ke Frankfurt. Jam 2.31 pm keretapi yang ditunggu telah tiba dan kami terus masuk ke dalamnya dan meninggalkan Berlin menuju ke Frankfurt....

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Jam 6.30 pm keretapi yang kami naiki pun tiba di Frankfurt. Dari stesen sentral, Kami terus menuju ke Tourist hotel dan saya mendaftar masuk di situ manakal Kak Imah dan Kak Yati tumpang meninggalkan beg di dalam bilik saya seketika. Kemudian kami terus ke perhentian tram untuk mengambil tram menuju ke Dome Romer pulak sebab Kak Imah dan Kak Yati nak shopping kali terakhir sebelum balik ke Malaysia.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Hari pun dah semakin gelap dan kedai pun dah banyak yang tutup sebab dah jam 9.00 malam. Selesai shopping, kami perlu kembali semula ke Touris Hotel sebab kak Imah dan Kak Yati perlu mengambil beg mereka semual. Dalam masa yang sama, kami ada temu janji deng prof. Muhammad Haji Salleh pada jam 9.30 pm untuk bertemu sebab ari tuh tak sempat jumpa di Leiden.

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Seperti dijanjikan, Prof Salleh dan Isterinya turun menemui kami dan kami menuju ke Cafe Arab berhampiran untuk menikmati teh Arab sambil berbual-bual sehinggalah jam menunjukkan jam 10 malam. Kami semu meminta diri untuk pulang ke kediaman masing-masing. Kak Imah dan Kak yati kembali semula ke rumah Kak Imah dan saya terus ke kamar di Hotel Tourist untuk berehat dan mendapatkan tidur....

Sisa runtuhan Tembok Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Postsdamer Platz, Berlin

Muzium Sains, Berlin
Muzium Sains, Berlin

Muzium Sains, Berlin

Muzium Sains, Berlin

Muzium Sains, Berlin

Pemakaman Yahudi sewaktu era Hitler
Pemakaman Yahudi sewaktu era Hitler

Pemakaman Yahudi sewaktu era Hitler

Pemakaman Yahudi sewaktu era Hitler

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Republic, Berlin

Stesen Sentral Belin

No comments: