Paraguay
9.6.10. (Rabu)
Oleh sebab teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Paraguay, maka saya meminta Ceasar membawa saya ke pekan yang terdekat dalam sempadan Paraguay dalam wilayah Alto Parana dan ibu kotanya bernama Ciudad del Este. Oleh sebab sudah biasa membawa pelancong ke situ dan keyakinan Ceasar yang agak tinggi, maka saya tambah teruja untuk ke sana walupun tanpa visa. Melalui sempadan Brazil-Paraguay ni sebenarnya tidak memerlukan pelancong menunjukkan pengenalan kerana tiada pegawai imigresen yang ditugaskan untuk melakukannya. Tetapi hanya pegawai keselamatan atau polis agaknya yang berada di laluan sempadan dan memeriksa kenderaan sekiranya perlu. Memandangkan muka saya (dan kebanyakkan muka orang Asia) ni dah hampir sama macam penduduk tempatan maka mereka tidak menahan teksi yang saya naiki. Ceasar hanya menegur dan mengangkat tangan sahaja kepada pegawai terlibat dan teksi terus diberikan laluan tanpa diperiksa. Alhamdulillah……
Paraguay
Menurut Ceaser, lazimnya pelancong Amerika yang akan dikenakan pemerhatian yang ketat oleh pihak keselamatan ekoran sentimen negara-negara Latin terhadap negara ‘polis’ dunia tersebut. Jadi, kalau muka Melayu ni Insyaallah….Suasana pekan di pinggiran kota Ciudad del Este yang terletak berhampiran sempadan Paraguay-Brazil ni sama macam golok la lebih kurang. Sangat sesak dan bermacam barangan tiruan terdapat di sini dan dijual secara runcit di tepi-jalan jalan mahupun dijual secara borong. Di wilayah ini juga kedapatan paling ramai komuniti Islam yang kebanyakkannya adalah migrasi dari Timur Tengah terutamanya dari Lubnan.
Paraguay
Ceasar meletakkan kenderaan di sebuah bangunan pasaraya dan saya pun mendapatkan makan tengahari di sebuah ‘food court’ di sini. Sebenarnya saya sentiasa ‘kecut perut’ sepanjang berada di Paraguay ni walaupun hanya untuk mendapatkan makan tengahari kerana saya masuk ni tanpa visa. Tetapi oleh sebab keinginan yang tinggi untuk merasa menjejakkan kaki di bumi Paraguay ni, maka saya gagahkan juga dan yakinkan diri. Selesai makan, saya melihat-lihat barangan di sekitar pasaraya tu tanpa ada keainginan untuk membeli kerana barangan yang dijual hampir sama dengan yang terdapat di mana-mana negara Asia ataupun di Asia Tenggara. Saya Cuma ingin membeli T-shirt yang ada cop Paraguay sebagai cenderahati kenangan namun malangnya tidak terjumpa. Puas juga Ceaser tolong membantu bertanyakan kepada penjual-penjual yang terdapat di sekitar pekan tu, namun jawabannya tiada…..Maka akhirnya saya tidak membeli apa-apa….
Paraguay
Setelah itu saya mengajak Ceaser untuk meninggalkan pekan tersebut bagi menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Iguazu Fall. Apabila teksi meninggalkan tempat letak kenderaan yang terletak di tingakt dua untuk memasuki ke jalan utama, kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Jalan utamanya ni memang penuh sesak dengan kenderaan….. namun setelah hampir 2 jam terkandas dalam kesesakan lalu lintas tu akhirnya kami Berjaya melepasinya dan melalui sempadan imigresen Paraguay-Brazil dengan selamat…. Alhamdulillah…..saya berasa amat lega kerana telah berada semula di bumi Brazil….
Paraguay
No comments:
Post a Comment