Iguazu Falls
9.6.10. (Rabu)
Memasuki Iguazu Brazil dalam wilayah Parana ni memang ketara perbezaannya dengan Iguazu Argentina dan Paraguay terutamanya dari segi pembangunan fizikal. Bandar Iguazu Brazil ni lebih maju dan moden berbanding kedua-dua jirannya. Menurut Ceaser, pembangunan dan pemodenan yang terdapat di sini kebanyakannya dimiliki oleh etnik minoriti Islam Lubnan yang mendominasi ekonomi melalui perdangangan. Di sini juga merupakan penempatan etnik muslim paling ramai di negara Barzil dan masjid terbesar di Brazil juga dikatakan terdapat di sini. Lebih kurang 40 minit perjalanan akhirnya saya pun tiba di Iguazu Falls yang terkenal itu….
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Air terjun sungai Iguazu ni terletak di atas sempadan wilayah Parana di Brazil dan wilayah Misiones di Argentina. Air terjun ini memisahkan sungai kepada bahagain atas dan bahagian bawah Iguazu. Sungai Iguazu bermula dari pekan Curitiba dan mengalir ke sebahagian besar dan berakhir di atas sempadan Brazil dan Argentina. Air di bahagaian bawah Iguazu mengalir dari Sungai Parana yang melalui Itaipu Dam. Persimpangan aliran air tersebut menjadi penanda sempadan di antara tiga negara iaitu Brazil, Argentina dan Paraguay.
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Iguazu Falls ni telah turut disenarai pendekkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Semulajadi Dunia(7Wonders of Nature) yang baharu oleh yayasan ‘The New Seven Wonders of the World’.
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Sebenarnya kalau nak ke Iguazu Falls ni, boleh didatangi melalui ketiga-tiga negara sempadan iaitu Foz do Iguazu di wilayah Sarantonello, Brazil, Puerto Iguazu di wilayah Misiones, Argentina ataupun melalui Ciudad del Este, Paraguay. Air terjun ini dikongsi bersama oleh Iguazu National Park (Argentina) dan Iguazu National Park (Brazil). Kedua-dua taman ini telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Sites dalam tahun 1984 dan 1987.
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Untuk menikmati pemandangan air terjun ni pelancong boleh memilih samada untuk menikmatinya dari Iguazu National Park (Argentina) ataupun dari Iguazu National Park (Brazil). Oleh sebab saya telah menginap di Puerto Iguazu dalam negara Argentina, maka saya memilih untuk menikmatinya dari Iguazu National Park (Brazil)la pulak...
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Iguazu Falls Iguazu Falls
Setibanya sahaja saya di taman tersebut, saya terus membeli tiket masuk dan terus menunggu bas yang disediakan secara percuma yang melalui ke setiap point menuju ke air terjun Iguazu tu. Pelancong boleh memilih untuk turun mahupun naik di perhentian yang disukai. Taman ini dibuka bermula dari jam 9 pagi dan ditutup pada jam 5.30 petang.
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Subhanallah….. pengalaman berada di sini memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Betapa hebatnya alam ciptaan Allah dengan keindahan yang selayaknya dinikmati dengan rasa syukur…..oleh sebab saya tiba di sini pada waktu petang menghampiri senja, maka refleksi cahaya matahari petang itu yang terbias pada manik-manik halus percikan air terjun telah menghasilkan pelangi yang sangat indah…..
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Agak lama juga saya berada di situ iaitu kira-kira 2 jam kerana saya keluar dari taman tersebut setelah waktu lawatan hampir tamat….. di luar pintu gerbang taman itu, Ceaser telah sedia menanti untuk membawa saya pulang semula ke hostel Uno di Puerto Iguazu Argentina…..
Iguazu Falls
Iguazu Falls
Setibanya di hostel, saya membuat bayaran penuh perkhidmatan teksi Ceaser seperti yang telah dipersetujui bersama sejak dari awal tempahan…..berbanyak-banyak terima kasih kepada Ceaser kerana perkhidmatan yang boleh dikatkan cemerlang itu….. pun begitu saya tidak sempat untuk mengambil gambar kenangan bersama dengan Ceaser…….
Iguazu Falls
No comments:
Post a Comment