Stesen Bas Sarajevo menuju ke Mostar
10.2.2017 (Jumaat) Pagi ni usai solat subuh saya terus menyudahkan mengemas sehinggalah jam 7.30am selesai dan saya terus turun ke lobi. Malangnya, seperti juga semalam oetugas kaunter masih belum tiba lagi. Katanya pagi nis syif Elvir. Semalam, Taufek kata dia akan tinggalkan kunci gate besi di atas meja kaunter penerimaan. Saya pun cari lah di merata-rata tapi kunci yang dimaksudkan tiada juga terjumpa.....saya menghela nafas panjang....harap-harap janganlah Elvir datang lewat sangat sebab Bas bertolak ke Mostar jam 9.00am. Saya kena naik tram dulu dari hotel ke stesen sentral,,,hmmmmm...sabar.......Saya pun terus menunggu dan Alhamdulillah...jam 7.50am Elvir pun sampai membuka gate dan melangkah masuk ke lobi hotel sambil memohon maaf sebab lambat...ok lah...Insyaallah sempat lagi ni. Saya pun meninggalkan Elvir dan berjanji akan menginap lagi di hotel itu sebelum berlepas ke Istanbul minggu depan....Saya meneruskan berjalan kaki ke perhentian tram Bascirja dan membeli tiket 1.60KM.....dalam menunggu tram tu dalam jam 8.00am si Busra pun tiba....semalam kami janji jumpa di stesen bas je...rupanya dia pun keluar lewat juga...sebab sebenarnya sempat lagi...ada satu jam....kemudian tram no. 1 pun tiba pada jam 8.00am dan kami pun menaiki tram...dalam 8.10am kami dah tiba di stesen sentral dan terus menuju ke stesen bas....Kami menunjukkan tiket dan masuk ke stesen menunggu....oleh sebab berlum sarapan, saya pun singgah membeli roti dan kopi di cafe yang tedapat di dalam stesen bas tu.
Menginap di Villa Tajra, Mostar
Menginap di Villa Tajra, Mostar
Menginap di Villa Tajra, Mostar
Menginap di Villa Tajra, Mostar
Setibanya di stesen bas Mostar, saya dijemput oleh pasangan suami isteri yang merupakan pemilik Villa Tajra, iaitu villa hotel di mana saya menginap di Mostar ni. Kami sebenarnya telah berhubungan melalui emel untuk mereka menjemput saya dari stesen setibanya di Mostar. Lokasi stesen bas Mostar ke Villa Tajra sebenarnya tak lah jauh sangat dan boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja. Tetapi seaktu saya tiba di Mostar, laluan ke villa tu sedang dalam perbaikan. Jadi, kalau naik teksi tak berbaloi sebab perlu melalui jalan yang jauh untuk tiba. Pasangan suami isteri tu baik hati nak jemput saya....Alhamdulilah........Saya pun dibawa ke villa dan terus mendaftar masuk. Kemudian saya ditunjukkan jalan menuju ke Old Bridge yang terkenal itu yang lokasinya tidak jauh juga dari villa. Selepas menunjukkan jalan keluar menuju ke situ, kami saya meneruskan perjalanan dengan Busra yang turut mengikuti saya....
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Bridge, Mostar
Old Bridge, Mostar
Old Bridge, Mostar
Sungai Neretva, Mostar
Old Bridge, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Masjid Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Old Town, Mostar
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva, Mostar
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva
Sungai Neretva dan Old Bridge
Sungai Neretva dan Old Bridge
Setelah puas menikmati keindahan Old Bridge itu, saya dan Busra berjalan pulang dan singgah sebentar untuk menghilangkan lelah di sebuah cafe sambil menikmati makan tengahari. Usai makan, saya pun pulang semula ke villa hotel dan telah sedia ditunggu oleh pemilik villa untuk menghantar Busra ke stesen bas semula sebab dia balik ke Sarajevo semula pada jam 3.00pm. Saya lupa bertanya nama suami-isteri mahupun bergambar dengan pemilik villa tajra yang baik hati itu. Busra dihantar hingga ke stesen bas semla dan selepas ucapan selamat tinggal, saya dan pemilik villa kembali semual ke villa dan saya masuk ke kamar untuk merehatkan diri.......
No comments:
Post a Comment