English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, September 24, 2017

Dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Sarapan pagi yang disediakan di Villa Tajra

11.2.2017 (Jumaat) Pagi ni usai solat, saya terus berkemas dan kemudian turun ke dapur villa untuk mendapatkan sarapan pagi yang telah pun disediakan oleh pemilik villa ini sendiri. Seperti yang dapat dilihat dalam foto di atas, itulah menu sarapan pagi saya di Mostar.....oleh sebab saya sahaja penginap yang memesan sarapan termasuk penginapan, maka semuanya tu adalah khas untuk saya seorang sahaja....kesemua bahan menu itu adalah khas buatan Mostar..hmmm memang enak menjamah roti panas dan kopi di musim sejuk Eropa........Sarapan tu disediakan sebaik sahaja saya duduk di meja makan tu....usai menghidangkan sarapan yang dihidangkan sendiri oleh pemilik villa, dia pun meninggalkan saya makan sendirian untuk provasi katanya......saya pun menikmati sarapan pagi itu dengan penuh  kenikmatan....Alhamduillah....

Villa Tajra

Villa Tajra
Usai sarapan, saya naik ke kamar semula untuk mengambil beg dan mendaftar keluar......Sebaik ingin keluar, saya memaklumkan kepada pemilik villa dan keduda suami isteri itu dengan senang hati untuk menghantar saya ke stesen bas. Saya menolak daripada di hantar ke stesen bas dengan alasan untuk berjalan kaki sahaja ke stesen bas dan menikmati hari terakhir berada di kota Mostar yang indah itu dengan berjalan kaki. Lagi pun, saya ada banyak masa untuk berjalan kaki memandangkan masa untuk menaiki bas yang akan bertolak ke destinasi seterusnya masih awal lagi. Kami pun bersalaman dan saya pun terus meninggalkan mereka dan villa tajra dengan berjalan kaki menuju ke stesen bas yang realtifnya tidak begitu jauh itu...

Bas dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Tiket bas ke Dubrovnik, Croatia

Tempat duduk autotrans

Bas dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Lebih kurang 20 minit saya berjalan kaki dari villa tajra itu, maka sampailah di stesen bas Mostar. Saya terus menuju ke kaunter untuk memaklumkan tiket perjalanan saya ke Dubrovnik. Setelah mendapatkan pengesahan, saya pun terus menunggu bas yang akan tiba di Mostar dari Sarajevo. Tidak lama kemudian, bas dari Sarajevo pun tiba dan saya pun terus mendaftar masuk dan mendapatkan tempat duduk saya di dalam bas itu. Memang selesa basnya......

Berhenti rehat di pertengahan jalan dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Berhenti rehat di pertengahan jalan dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Berhenti rehat di pertengahan jalan dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Setelah semua penumpang naik, bas pun bergerak meninggalkan Mostar menuju ke destinasi yang akan saya tujui, iaitu Dubrovnik, Croatia. Kira-kira 2 jam perjalanan meninggalkan Mostar, di pertengahan jalan bas pun berhenti untuk membolehkan penumpang mendapatkan makan tengahari mahupun yang ingin ke tandas. Sebab masih kenyang dan belum rasa ingin ke tandas, jadi saya hanya turn dari bas dan merakamkan gambar kenangan sahaja di sini........Selepas setengah jam berehat, semua penumpang pun masuk ke dalam bas semula dan perjalanan diteurskan lagi.....

Berhenti rehat di pertengahan jalan dari Mostar ke Dubrovnik, Croatia

Sempadan imigresen Bosnia dan Croatia

Tidak lama kemudia, bas yang saya naiki pun tiba di pejabat imigresen yang menyempadani negara Bosnia dan negara Croatia. Semua penumpang dikehendaki menyerahkan pasport kepada konduktor bas yang akan menunjukkan pasport tersebut kepada pegawai imigresen Bosnia. Semua penumpang tetap tinggal di dalam bas dan tidak perlu turun. Proses pemeriksaan ini mengambil masa yang relatifnya lama....saya mengira waktu proses itu berlangsung kira-kira satu jam setengah.....ditambah lagi pasport dua orang penumpang ada masalah. Penumpang itu yang saya kira seorang itu mungkin dari Asia (saya kira dari India) dan seoran lagi dari USA berasarkan perbualan mereka (Sebab kedua-dua penumpang itu duduk di belakang tempat duduk saya dan saya memang terdengar perbualan mereka sepanjang perjalanan tadi). Kedua-dua mereka dipanggil turun dan membawa semua bagasi untuk bertemu dengan pegawai imigresen Bosnia. Lebih kurang 20 minit berlalu, akhirnya kedua-dua penumpang itu dibenarkan menaiki bas semula. Usai di situ, bas pun dibenarkan bergerak melepasi inigresen Bosnia dan terus menuju ke imigresen berikutnya, iaitu imigresan Croatia. Alhamdulillah..urusan di sini tidak mengambil masa yang lama seperti di imigresen Bosnia tadi...Alhamdulillah...akhirnya bas kami pun dibenarkan melepasi sempadan dan memasuka negara Croatia........

Sebaik melepasa sempadan dan memasuki negara bosnia.....saya sangat terkagum dengan pemandangnnya yang indah. Jalannya menelurusi lerengan gunung di tepian lautan.....sangat indah dan amat sukar untuk diceritakan di sini......pengalaman itu perlu dilalui sendiri.........

Stesen bas Dubrovnik, Croatia

Lebih kurang satu jam perjalanan dari imigresen Croatia itu, bas pun tiba di stesen bas bandar Dubrovnik. Saya pun turun di situ dan bertanyakan  bagaimana untuk menuju ke kota lama warisan Dubrovnik. Saya dimaklumkan agar membeli kupon bas di kiosk yang terdapat di stesen tu dan menunggu bas di perhentian bas yang betul-betul terletak di hadapan gate stesen bas utama itu sahaja. Bas tiba dan saya pun naik dan terus di bawa ke kota warisan dan turun betul-betul di hadapan gate utama kota lama itu.

\
Menaiki bas dari stesen bas utama ke kota lama warisan Dubrovnik

Tiba di perhentian bas kota warisan Dubrovnik

Kota Lama Dubrovnik ini telah digazetkan oleh UNESCO  sebagai salah satu daripada Kota Warisan Dunia pada tahun 1979 dan merupakan lokasi yang wajar dilawati oleh setiap pengunjung yang datang ke Croatia ini. Alhamdulillah....akhirnya Allah memberikan kesempatan untuk saya tiba di sini dan menikmati keindahan dan kenikmatan berada di dalamnya....kerana saya akan bermalam di dalam kota lama ini.....tapi macamana ye? Saya tidak menempah sebarang penginapan di sini melalui talian......Jadi, sebaik turun dari bas, saya terus menuju ke kaunter penerangan pelancungan yang terletak di sekitar perhentian bas itu sahaja. Saya bertanyakan kepada pegawai di situ bagaimana untuk mendapatkan penginapan. Saya dimaklumkan agar masuk ke dalam kota lama itu melalui pintu gerbang yang terletak berhadapan dengan pejabat penerangan pelancongan itu sahaja......  

Pejabat kaunter penerangan pelancongan

Pintu Gerbang Utama kota warisan Dubrovnik

Tanda penginapan di Kota warisan Dubrovnik, Croatia

Kemudian, saya dingatkan agar memerhatikan tanda 'penginapan' yang terlekat pada dinding bangunan lama itu seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas dan di bawah. Sekiranya tiba di bangunan yang bertand itu, sila lah masuk sekiranya pintu terbuka dan menekan butang loceng sekiranya pintu tertutup untuk bertanyakan samada masih ada bilik kosong ataupun tidak. Oleh sebab sekarang musm sejuk, saya dimaklumkan banyak rumah penginapan yang ditutup kerana mereka melakukan renovasi terhadap bangunan kediaman itu bagi menghadapi kebanjiran pelancong yang akan menginap pada musim panas akan datang. Saya pun masuk ke dalam kota lama seperti yang dimaklumkan dan mendapati kebanyakan rumah penginapan itu bertutup sahaja. 

Tanda penginapan di Kota warisan Dubrovnik, Croatia

Tiba di dalam Kota warisan Dubrovnik, Croatia

Jadi, saya terpaksa menekan loceng dan kebanyakannyatidak berjawab dan pintu tidak dibuka. itu maknanya mereka tidak menerima penginap untuk masa itu.....Letih juga saya berjala-jalan melalui lorong-lorong yang semakin gelap itu.....akhirnya saya melalui blok yang bertanda penginapan dan terdengan bunyi orang sedang memasak sambil berbual. Saya mengagahkan diri untuk menekan loceng dan akhirnya pintu pun dibuka. Seorang gadis remaja muncul membuka pintu dan saya pun bertanyakan sekiranya masih menerima penginap dan kalau masih ada bilik kosong. Gadis itu meminta saya menunggu sebentar kerana dia perlu bertanyakan ibuny. Tidak lam kemudian ibunya pun muncul di pintu dan saya pun bertanyakan hal yang sama sekali lagi. Ibunya dengan ramah berkata..ya masih ada bilik kosong....tapi dia perlu kemaskan dulu bilik tu. Namun, dia mengajak saya naik ke tingkat tiga rumahnya bagi melihat sendiri bilik yang akan saya diami itu. Saya pun rasa lega dan setelah melihat bilik untuk di sewa itu, wow..cantiknya...(seperti gambar di bawah) saya pun terus bersetuju. Bilik ni turut dilengkapai dengan ruang dapur dan kelengkapan untuk memasak air dan memanaskan makanan. Hmmmmm...bagus sekali......

Penginapan ala homestay di kota warisan Dubrovnik

Penginapan ala homestay di kota warisan Dubrovnik

Bersiar-siar di dalam Kota lama, Dubrovnik

Pemunya rumah tumpangan itu perlu mengemaskan bilik yang saya rasa dah kemas dah tu. Tapi katanya dia nak tukar cadar dahulu. Saya pun mohon untuk meninggalkan beg di situ dahulu sementara keluar berjalan-jalan menunggu bilik dikemaskan. Dia pun setuju. Saya meninggalkan beg dan terus turun semula dan keluar berjalan-jalan.....sehingga menjelang senja, saya kembali semula ke rumah penginapan saya di Kota Lama Dubrovnik ini dan mendapatkan kunci bilik dari tuan rumah yang telah sedia menunggu.....kerana saya tinggal di rumah tuan punya penginapan ini..........selepas mendapatkan kunci bilik....saya terus naik ke kamar dan membersihkan diri......

Makan malam di Kota Lama Dubrovnik

Setelah membersihkan diri dan usai solat, saya pun bercadang untuk keluar semula bagi mendapatkan makan malam....saya berjalan-jalan di sekitar blok-blok bangunan yang membentuk lorong-lorong yang indah itu....akhirnya saya bertemu dengan kedai makan yang menghidangkan spageti makanan laut.... saya pun masuk dan memesan spageti beserta sup.....memang enak rasanya.....makanan sedemikian di malam musim dingin di Dubrovnik ini.....Alhamdulillahhh......

Bersiar-siar di dalam Kota lama, Dubrovnik

Bersiar-siar di dalam Kota lama, Dubrovnik

Penginapan ala homestay di kota warisan Dubrovnik

Penginapan ala homestay di kota warisan Dubrovnik

Penginapan ala homestay di kota warisan Dubrovnik

Usai menikmati makan malam di kafe yang terletak tidak berapa jauh dari penginapan saya itu, saya pun kembali semula ke kamar untuk berehat dan tidur sementara menunggu esok hari.....

No comments: