Frankfurt 2011
14.4.11 (Khamis)
Hari ni merupakan hari terakhir saya berada di bumi Jerman nih... pagi-pagi selepas solat saya terus mengemaskan barang-barang yang belum sempurna kemasnya dan pastikan beg telah di kemaskan dengan sewajarnya. Usai berkemas, saya terus turun ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi sambil bersantai-santai jap. Lepas je sarapan tuh, masih ada masa lagi untuk tinggal di hotel nih.... saya pun mengambil kesempatan untuk ke pasaraya Rossmann yang terletak tak jauh dari situ untuk membeli sedikit lagi barang yang terlupa nak beli semalam. Lagi pun, jualan murah di Rossmann ni masih lagi berlangsung.... Setelah selesai saya pun kembali semula ke hotel dan memasukkan semua barang yang baru dibeli tu ke dalam beg. Setelah pasti semuanya beres, saya pun mengangkat beg dan turun ke lobi untuk daftar keluar pada jam 11.00 pagi.
Frankfurt Airport 2011
Setelah selesai urusan tu, saya terus berjalan menuju ke stesen sentral dan terus menuju ke mesin untuk membeli tiket train ke lapangan terbang Frankfurt dengan kadar 3.90 Euro sehala. Saya turun ke tingkat bawah tanah untuk ke platform train yang akan membawa saya terus ke lapangan terbang di terminal 1 sebab Qatar Airways landing kat terminal ni dan bukannya di terminal 2 seperti Malaysian Airlines. Sesampainya sahaja di terminal tu saya tanpa membuang masa terus mendaftar masuk pada jam 11.30 pagi. Usai di situ, saya tidak berlengah dan terus bergerak menuju ke pemeriksaan imigresen.... Ya Allah.... ramainya orang beratur....panjang...mula-mula beratur untuk scan beg. Tu pun dah beratur panjang dah... pas tu kena cop pasport plak lagi satu hal... dah kena beratur panjang lagi.... mak aiii... hampir 1 jam lebih saya beratur untuk urusan tersebut sahaja baru lah selesai iaitu kira-kira jam 1.00 pm. Dalam hati berbisik, "nasib baik aku keluar awal dari hotel tadi, kalau tidak.... lagi kalut"....bila dah selesai tu barulah rasa lega dan saya pun boleh la lepak-lepak sehingga jam 3.30 pm untuk boarding...... SELAMAT TINGGAL FRANKFURT, SELAMAT TINGGAL JERMAN & SELAMAT TINGGAL BUMI EROPAH....MOGA BERTEMU LAGI DI KEMBARA MENDATANG...!!!
1 comment:
Great blog post thanks for sharing.
Post a Comment