12.4.11 (Selasa)
Hari ni Kak Imah ajak makan tengahari di restoran Iran kat Frankfurt nih. Letaknya tak jauh dari Goethe University cawangan Bokenheimer Warte. Hidangan yang disediakan adalah secara buffet dengan harga 15 Euro je seorang. Ok gak makanannya dan pilihannya pun boleh tahan la...usai makan kami pergi membeli-belah di pasaraya Rossmann. Banyak gak Kak Imah memborong barang di sini sebab harganya relatif murah dan ada promosi barangan gak hari ni... saya tak beli apa-apa la... malas nak angkut barang balik banyak-banyak... beratt... lepas shopping kami pun berpisah dan saya balik semula ke hotel. Tiba je di hotel tempat saya menginap, terus sahaja saya bertanyakan di kaunter pertanyaan hotel tu tentang pakej lawatan ke Heidelberg sebab saya dan Kak Imah bercadang untuk melawat ke sana esok hari melalui pakej je. Saya dimaklumkan bahawa harga pakej adalah 74 Euro seorang termasuk pengangkutan, makan dan pemandu pelancong. Saya pun menempah untuk dua orang dan memaklumkan pada Kak Imeh esok pagi-pagi dah kena gerak...
Pemandangan Heidelberg dari Istana Lama di puncak bukit
13.4.11 (Rabu)
Lepas sarapan pagi yang disediakan di hotel saya terus menunggu Kak Imah tiba sebab janjinya jam 9 pagi dah kena berada di pejabat ejen pelancongan yang terletak berhampiran. Tunggu punya tunggu sampai jam 9 pagi Kak Imah tak tiba lagi... akhirnaya jam 9.15 pagi si Natalie yang merupakan pemandu kenderaan merangkap pemandu pelancong yang akan membawa kami ke Heidelberg pun tiba di hotel saya menginap. Saya minta tempoh pada Natalie sampai jam 9.30 pagi sebab Kak Imah tak tiba lagi. Natalie setuju dan dia menunggu di pejabat ejennya dan meminta saya datang sendiri ke sana kemudian apabila Kak Imah dah tiba.
Pemandangan Heidelberg dari Istana Lama di puncak bukit
Saya bergerak ke stesen sentral sebab Kak Imah kalau tiba akan turun di sini dan tak lama kemudian kira-kira jam 9.25 pagi Kak Imah pun tiba....Alhamdulillah...kami pun terus bergerak menuju ke pejabat ejen di mana Natalie menanti kami. Nama syarikat ejen ni adalah 'Green Line' dan setibanya di sini kami pun membuat bayaran penuh untuk lawatan hari ini. Kat pejabat ni juga sudah menanti beberapa orang pelancong lain yang akan menyertai bersama-sama kami dalam satu kenderaan menuju ke lokasi yang sama dalam pakej yang sama juga.
Jam 9.30 pagi tepat kami semua diminta oleh Natalie untuk masuk ke dalam van yang disediakan yang boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang sahaja. Kami hanya seramai 5 orang sahaja. Saya dan Kak Imah dari Malaysia, seorang dari Singapura, seorang dari UK dan seorang lagi dari Korea. Jadi agak selesa juga la dalam kenderaan tu...Natalie pulak sebagai pemandu van dan bertindak juga selaku pemandu pelancong.
Jadi sepanjang perjalanan tu, sibuk la si Natalie ni bercakap menerangkan perkara menarik di setiap lokasi yang dilalui. Yang pastinya, di Jerman ni terdapat banyak Istana yang lokasinya didirakan di puncak bukit. Di setiap wilayah terdapat sebuah istana sebab sewaktu zaman feudal di Jerman dahulu, setiap wilayah kecil akan diperintah oleh seorang raja sebagai ketua. Mereka mendirikan istana di puncak bukit supaya mudah memerhatikan sekiranya ada musuh yang menyerang wilayah mereka.... oooo begitu....
Di hadapan Universiti kedua tertua di dunia, Heidelberg
Natalie juga menerangkan yang sekarang ni adalah musim menanam dan menuai 'asparagus putih' yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat jerman khasnya dan Eropah amnya ekoran rasanya yang lebih lazat dan harganya juga relatif mahal berbanding asparagus biasa. Jadi, di kiri kanan jalan menuju ke Heidelberg tu terdapat banyak kawasan penanaman asparagus putih nih. Sebab musimnya hanya sekali dalam setahun maka para petani berlumba-lumba mengambil kesempatan menanam asparagus putih nih di kawasan pertanian mereka. Pun begitu, saya tidak sempat merasa untuk menikmati hidangan asparagus putih yang diceritakan oleh Natalie itu...mmmm....
Kira-kira sejam perjalanan dari Frankfurt, akhirnya kami pun tiba di Heidelberg pada jam 10.30 pagi. Heidelberg ni pekan kecil sahaja tetapi terkenal dengan keindahan kotanya, Istana yang bakal kami kunjungi ni merupakan salah satu lagi tarikannya. Selain daripada itu, ia juga menarik kerana di sinilah terletaknya universiti yang kedua tertua di dunia. Begitu kata Natalie kepada kami...
Di belakang tu adalah Istana lama yang terletak di puncak bukit
Setibanya sahaja di sini, kami diberikan sebungkusan hidangan tengahari oleh Natalie. Sedari awal lagi saya sudah memaklumkan kepada Natalie agar menyediakan hidangan berasaskan 'vegeterian' untuk saya dan Kak Imah. Jadi, menu yang kami terima adalah vegeterian sandwich dan sebotol air mineral. Saya kira semua orang mendapat menu yang sama je....Jadi, sebelum memulakan lawatan tu, saya sempat la makan tengahari dulu hingga selesai sementara menunggu Natalie berurusan dengan pihak pengurusan lokasi yang dilawati.
Bila Natalie datang semula, kami semua sudah bersedia untuk memulakan lawatan dan kami tak perlu membayar untuk masuk ke kawasan tersebut kerana telah termasuk dengan harga pakej yang diambil. Sewaktu acara lawatan tu, si Natalie sibuk bercerita tentang sejarah lokasi-lokasi yang kami singgahi terutamanya sewaktu melawat ke dalam istana lama tu...
Sebenarnya lokasi yang nak dilawatai tu satu tu je...istana lama di puncak bukit tu je ha... selesai di situ, kami diturunkan oleh Natalie di kota Heidelberg dan boleh melakukan acara bebas dan lawatan secara sendirian mengikut masa yang ditetapkan oleh Natalie... saya pun mengambil kesempatan ini untuk melawat ke Universiti kedua tertua di dunia itu dan mengambil gambir di hadapannya secara DIY je...memang ramai penuntut universiti di kota ni... kebanyakkannya berjalan kaki dan berbasikal sahaja. kebetulan pulak lokasi universiti tu memang betul-betul di tengah-tengah kota, jadi memang sibuk la....seronok berada di kota ni....yang kecil, comel dan indah...tak puas rasanya berada di sini sebab jam 1.30 pm Natalie pesan datang balik ke Van...mmm... kalau ada banyak masa, saya lebih suka tinggal di sini je semalam dua... baru best... tapi sebab dah amik pakej nih... kena ikut je la..
Pemandangan Heidelberg dari Istana Lama di puncak bukit
Jam 1.30 pm seperti yang dijanjikan, semua orang sudah berada di dalam van dan Natalie pun terus memandu meninggalkan Heidelberg menuju ke Frankfurt semual. Tepat jam 3.00 pm kami pun sampai semula di Frankfurt dan kembali semual ke kediaman masing-masing....
3 comments:
Hallo Bro Mohd Kipli,
Saya sungguh teruja dengan paparan blog anda. Rasanya ingin ikut serta dalam siri pengembaraan penuh warna-warni itu. Terima kasih banyak info boleh didapati....
Sila layari blogger saya: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/
Salam Sheikh Mustafa, terima kasih atas kunjungan....Insyaallah boleh je kalau nak join... sekarang saya masih lagi merayau-rayau di sekitar Lembah mekong dan Indocina sejak awal bulan yang lalu. Bulan puasa nanti sampai balik ke Malaysia la...nak sambut puasa dan mula kerja balik...entry nya akan dimasukkan bila dah sampai Malaysia nanti...
Terima kasih kembali Bro,
Pengembaraan anda penuh warna pelangi. Anda bertuah kerana dapat menjelajah seluruh benua dan sungguh berani merantau ke tempat asing. Lain padang lain belalang... Kepada orang yang dianugerahkan mata hati yang terang, dapatlah melihat kekayaan dan kebesaran Illahi dan bersyukur berbanyak.
Kalau ada kesempetan saya akan membaca semua cerita dalam blog saudara.
Dan sila melayari blog saya: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/. Blog saya ada pelbagai cerita dan tidak terhad kepada pelancungan semata.
TQ
Post a Comment