2.6.10 (Rabu)
Bagun pagi hari ni boleh berlengah-lengah sikit sebab hari ni kira macam hari rehat la. Masa sarapan pagi pun tidaklah tergesa-gesa sangat sebab boleh bersantai je. Lagi pun hari ni saya bercadang nak jalan-jalan sekitar Cusco ni je. Melihat-lihat kehidupan penduduk di sini…
Dikatakan bahawa, Puak Killke telah menduduki wilayah Cusco ini dari tahun 900 hingga 1200 Masihi, iaitu lebih awal daripada kehadiran Inca yang hanya hadir dalam tahun 1200-an. Cusco kemudiannya dijadikan ibu kota empayar Inca (1200an-1532). Kota Cusco mengunjur di sepanjang lembah sungai Huatanay….. memang indah Cusco ni…
Jadi, lepas sarapan pagi tu saya terus keluar untuk jalan-jalan di sekitar Bandar Cusco yang indah itu sebab hari ini lepak lagi satu malam di Incama hostel. Bila keluar je dari pintu hostel, saya dapati jalan utama di Cusco ditutup kepada lalu-lintas kenderaan pada hari ini. Hal ini kerana, hari ini diadakan suatu pesta keagamaan di Bandar Cusco ini. Penganut agama kristian orthodok yang menajdai majoriti di sini mengadakan perarakan patung Jesus Crist di sepanjang jalan raya dari pagi hingga sekitar jam 6 petang.
Makan tengahari di pasar murah je hanya 2.50 Soles pas tu minum jus buah segar 2 Soles je. Hari ni dapat beli satu buku dengan harga 130 Soles. Lebih murah 30 Soles berbanding di Machupicchu tempohari. Tapi dapat beli satu buku je.
Saya berjalan-jalan di sekitar Cusco sehinggalah menjelang malam. Bila lapar, saya singgah makan malam bermenukan nasi berlauk ikan serta sup sayur. Sebagai pencuci mulut, oleh sebab teringin nak merasa banana split di Cusco ni maka saya pun memesan banana split selepas menikmati menu hidangan malam tu….
1 comment:
salam. kalau tak keberatan ada soalan nak tanya pasal peru.
boleh beremel tak?
mahiryusof85@gmail.com
Post a Comment