Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Saturday, November 15, 2008
Gelanggang Tok Wali
14 Nov. 2008 Jam 8.45 malam, saya berkesempatan menonton persembahan teater 'Gelanggang tok Wali' oleh kumpulan 'Resdong' di Rumah P.Ramli, Pulau Pinang. Dah lama tak berkesempatan menonton teater di Rumah P.Ramli ni walau pun ada beberapa lagi persembahan yang berlangsung di sini sebelum ni. Tapi kebetulan tarikh persembahan teater sebelumnya itu bertembung dengan jadual lain yang tidak mengizinkan saya berada di P. Pinang. Pejabat Kebudayaan Pulau pinang (Rumah P. Ramli)ni agak prolifik juga dalam mengangkat produksi teater ke pentas atas kerjasama yang erat dengan kumpulan teater NGO di P.Pinang ni. Kebetulan tarikh persembahan Gelanggang Tok Wali ni sesuai dengan jadual keberadaan saya di P. Pinang. Maka saya tidak melepaskan peluang untuk menontonnya.... yang menarik perhatian saya dalam Gelangang Tok Wali ini adalah persembahan silat yang saya tidak pasti namanya kerana saya tidak arif mengenai kepelbagaian jenis silat. Jadi saya katakan sahaja sebagai silat Melayu. Koreografinya dan tahap tenaga pemainnya sangat baik dan menarik serta berupaya menyentuh emosi saya ketika menontonnya. Walaupun secara keseluruhannya persembahan ini masih ada ruang untuk pembaikan, tetapi secara positifnya, usaha yang dilakukan oleh kumpuln Resdong merealisasikan persembahan ini sudah cukup untuk dihargai. Terutamanya apabila berusaha mengangkat seni silat Melayu ke pentas dalam usaha untuk mencari ruang signifikasinya dalam konteks masyarakat Malaysia kontemporari. TAHNIAH untuk semua yang berusaha dan terlibat dalam menjayakan produksi ni dan juga produksi-produksi yang lain oleh kumpulan-kumpulan yang lain di Pulau Pinang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
jangan komen positif saja doc, kami ni kena kritik juga, baru ada wake up call.
Pegawai Khalwat
saya lebih selesa memberikan kritikan secara bersemuka kerana interaksi dua hala yang berlaku secara interpersonal itu saya kira akan memberi manfaat dalam suasana perbincangan yang lebih sihat. Hal ini pernah saya lakukan bersama kumpulan yang sama juga. Jadi, melalui blog ni pulak saya lebih selesa melihatnya dari sisi yang positif demi kelangsungan semangat berteater di pulau pinang ni. Wallah waalam...
wahhaha...dr,jawab mcm bicara seni ja..CAiyok2..
terima kasih byk pada doc! sedar tak sedar produksi ni muncul pun atas cabaran dari doc jugak! saya akui saya kurang berpuas hati namun ada juga kepuasan saya melalui pementasan ini.. terima kasih sekali lagi doc!
Dokip, short form untuk Doktor Kipli, atau nama lama awak apa? Oh thanks so much for your comment, nanti nak masukkan ke dalam main blog bleh? itu penting untuk diperkatakan. Oh did u see Selipar jepun last year July at Stor Teater je? kalau tak nanti kita kirim vcdnye. Aku nak siapkan triloginye nih Stiletto Merah, kalau dapat pelakon baik oklah. nanti bila kita nak stage aku nak kau datang Kl review and analyse, nanti kita hantar bas ke apa ok! thx hips
Post a Comment