English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, November 9, 2008

'Raja Besar Senyanya'



Pada awalnya saya tertanya-tanya juga macamana agaknya cerita Mak Yong yang satu ini sebab belum pernah dengar lagi tajuk cerita ni. Tetapi setelah selesai menonton persembahannya yang dibawakan oleh 'kumpulan Mak Yong Seri Nilam Istana Budaya', baru lah saya faham rupanya cerita 'Anak Raja Gondang'.... Sebelum ni saya tahu tajuk ceritanya adalah 'Anak Raja Gondang'. Pada malam 8.11.08 persembahan yang dibawakan oleh Pak Yong lelaki ini (Rosnan Abdul Rahman) memang agak menarik. Kesemua pemainnya adalah penari dan pemuzik profesional dari Istana Budaya. Jadi, secara teknikalnya, keseluruhan persembahannya nampak profesional. Walaupun mereka mengakui bahawa baru sahaja berjinak-jinak dalam permainan Mak Yong ini. Bagi tujuan pelestarian kesenian yang dianugerahkan oleh Unesco sebagai warisan dunia ini, usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Seri Nilam I.B ini adalah wajar. Kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi serta institusi berkenaan yang lain perlu dilakukan oleh kumpulan ini dengan lebih giat lagi bagi memastikan kelangsungan seni warisan ini.

5 comments:

Pegawai Khalwat said...

Buat makyong bukan senang.
Tapi nak buat orang buat makyong lagi tak senang.

Anak Antu Seni said...

kuda kepang kita bila pulak ?

tegezoot said...

main kuda kepang ka tari kuda kepang?

Penjejak Badai said...

bro..cerita ni bukan sebelum sebelum terjadinya anak raja gondang ka...tp cerita dewa indera indera dewa lagi best...!

Bin Basra said...

pegawai khalwat
sy setuju...

anak antu
kuda kepang rehat seketika kerana student exam... akan disambung semester depan untuk show di Beijing pada bulan Mei.. kalau nak join sila bincang dengan saya. tempat adalah terhad...

tagezoot
dua-dua pun boleh...masa menari tu kita bermain, masa bermain pun kita menari kerana sumber asasnya adalah sama iaitu pergerakan dan emosi

penjejak badai
menurut kak Asmah (pengarah mak yong IB) tajuk ini adalah tajuk asal bagi 'anak raja gondang'. Wallah waalam