Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, December 30, 2007
Tahun Baru 2008 & Mat Rempit Junior...
Tahun 2007 kita tinggalkan dan detik kehadiran tahun baru 2008 kita raikan...
Acara sambutan tahun baru 2008 di Pulau Pinang nampaknya sederhana sahaja. saya pun, keluar la untuk 'supper' dengan mat gambier kasmiri di sekitar Bayan Baru dan sangkut dalam traffic jam kejap sebab ada banyak polis buat 'road block' la plak malam ni. banyak gak la pemandu motorsikal terutamanya yang kena tahan. hampir jam 12 malam kami singgah di warung 'char kuetiaw ganja'. sambil duduk tunggu order tu, nampak la kereta polis lalu-lalang kat jalan besar sambil membunyikan siren. agak kerap gak kereta polis melintasi kawasan jalan utama tu. kemudian datang empat orang budak lelaki berusia di antara 9 - 12 tahun datang membeli air minuman untuk dibungkus. salah seorang budak tu datang menghampiri saya dan bertanya dalam loghat penang, 'pak cik, dah jam berapa la ni" (dalam pada tu kelihatan percikan bunga api berserakan di udara. saya melihat jam yang menunjukkan tepat 12 malam. saya balas), 'dah jam 12 tepat dah'. 'adik ni nak pi mana?'. 'kami nak pi queens bay'. 'naik apa pi sana?' 'naik basikal la! kami ni Mat Rempit Junior' (dengan bangganya budak-budak tu mengaku diri mereka mat rempit junior sambil menunjukkan ke arah basikal mereka yang ditumbangkan di gigi jalan). 'sat gi tengah malam sikit kami nak pi tengok orang merempit'. selepas tu mat rempit junior berlalu meningalkan warung sambil menjinjit air minuman di tangan menuju ke arah basikal mereka dan hilang dalam kegelapan malam dan kesibukan lalu-lintas sekitar Bayan Baru. saya terkesima seketika.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment