English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, December 15, 2007

Selamat Hari Raya Korban


kesibukan sepanjang bulan November hingga pertengahan Disember 2007 ni kadang-kadang memenatkan tetapi juga turut memberikan kepuasan kerana setiap detik yang berlalu sentiasa terisi dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang baru dan sentiasa segar. bercerita tentang kerja dan tugasan memang tak pernah habis kerana sentiasa bertali arus. itulah yang membataskan komitmen saya dalam menukilkan bingkisan dalam blog ini. rasa-rasa macam ada banyak perkara yang boleh dimasukkan dalam blog ni tapi bila dah fikir-fikir balik rasanya tak perlu diluahkan segalanya di sini. walau bagaimanapun, bersempena hari raya korban yang bakal disambut Insyaalah pada 20 Dis. nanti, terasa teruja pulak untuk mengucapkan 'selamat hari raya haji' dan semoga pengorbanan kita diterima oleh Allah. sambil-sambil tu terbaca puisi Khalil Gibran yang mengingatkan saya kepada pengorbanan ibu yang kini tinggal berjauhan. halaman terakhir daripada kutipan puisi sufi 'Taman Sang Nabi' itu dapat dikongsi di sini:

wahai saudaraku, Halimun,
diriku menyatu denganmu sekarang.
hilanglah sudah diriku.
dinding telah runtuh,
rantai-rantai telah putus;
aku menujumu, wahai Halimun,
dan kita akan mengapung besertamu di atas lautan
sampai di
kehidupan kedua,
ketika fajar menjadikanmu,
embun-embun di kebun,
dan melahirkanku sebagai seorang bayi di dalam
dakapan seorang wanita

No comments: