English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, February 14, 2008

Selamat Pengantin Baru....

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU...




.... HAIROL DAN ISTERI!!!

Wednesday, February 13, 2008

Panggilan Pulau...



7.2.08. Breakfast. 7.30am - boleh la makanannya, agak simple je iaitu roti, telur mata kerbau, mee goreng, nasi goreng, kacang merah, kopi dan teh. Cukup untuk alas perut awal pagi. Lepas breakfast jam 8.15am bertolak ke langkawi cable car yang terletak di geopark. Ini kawasan baru yang saya tak pernah sampai lagi. Cantik juga tempatnya walaupun nampak artificial sangat. Jam 9.40am dah sampai so kedai pun banyak yang belum buka. Orang pun tak ramai lagi. Pergi ke kaunter tiket cable car tapi masih tutup lagi. Pak guard tu bagitau sepatutnya jam 9.30am dah buka. Tapi angin kat atas bukit kuat sangat, so kena tunggu dulu. Tapi tak pasti sampai jam berapa. Saya pun malas nak tunggu kat situ, so pergi telaga tujuh dulu lah.



Telaga tujuh terletak kat sebelah tu je. Tak de apa sangat kat sini. Nak panjat bukit ke telaga pun, sama je rasanya macam 10 tahun dulu. Kawasan sekitar tempat letaj kereta pun masih sama. Begitu juga dengan gerai yang ada di sekitar masih sama. Ambik gambar sekeping dua pas tu terus gerak. Terus memandu mengelilingi pulau Lagenda ni sambil singgah di beberapa tempat seperti Langkawi fall yang merupakan air terjun buatan manusia menghiasi jalan raya. Sambung jalan lagi dan singgah kat pam petrol untuk tambah petrol lagi RM10. teruskan perjalanan dan tertarik dengan keindahan taman awam Teluk Yu maka singgahlah kejap untuk menikmati keindahan. Destinasi indah dan menarik berikutnya ialah Pantai Tanjung Rhu yang indah dengan jejeran pasiran pantai yang memutih. Sungguh menakjubkan…..



Teruskan perjalanan sampai ke pekan kuah dan patah balik ke hotel dan terus menuju ke cable car ikut jalan padang Matsirat plak. Akhirnya jam 12.30pm sampai. Dari jauh tadi dah nampak dah kereta cable bergerak. Maknanya dah ok la angin kat atas tu. Kalau pagi tadi parking kosong sekarang dah penuh. Famai la plak orang kat sini. Maklumlah... Cuti...terus ke kaunter tiket. Tulis kat situ RM25. Saya pun kasi RM3. Awek tu tanya ada rm5 tak. Keluarkan RM5, ada la plak. Pas tu awek tu bagi tiket dalam bentuk kad dan pulangkan RM20. Heran gak, saya tanya berapa. Dia kata rm15. Abis RM25 tu apa. Dia kata untuk foreigners je. Ooo...Macam biasalah...kat genting pun beratur panjang gak....



Menuju puncak
Cable car digunung Mat Cincang ni sebenarnya menghubungkan 3 puncak. Puncak yang pertama menempatkan stesen perhentian pertama. Sesiapa yang nak singgah turun kat sini boleh untuk menikmati pemandangan dan ambil gambar. Kalau tak nak pun tak apa. Boleh teruskan perjalanan. Dari bawah ke sini amik masa lebih kurang 10 minit je. Malangnya bila sampai kat sini bateri kamera kong plak. So tak dapat la nak amibik gambar yang cantik dan jelas. Nasib baik la PDA ada fungsi kamera dan masih banyak bateri lagi. So, dapat la gak ambik gambar mask at puncak Gunung Mat Cincang tu. Tapi tak berapa clear la resolutionnya…..Walau bagaimanapun, Langkawi ni sememangnya Pulau yang indah…itu adalah pasti…….



Pulangkan kereta sewa jam 7.00pm. Meter menunjukkan angka 200 km. Bagi RM5.00 takut abis petrol tengah jalan. Esoknya….Check out jam 9.00am minta tolong panggil teksi kat kaunter hotel. Jam 9.15am teksi sampai. Menunggu pemandunya sebab kereta blocks laluan lobby dan dia tak boleh lalu. Sampai airport bayarrm22 katanya rm2 tu utk upah call. Terus check in bila dah sudah baru perasan luggage tak scan kat kastam. Alamak... Tak pe kot...



Berlepas ke subang
Flight tiba dan berlepas on time. 11.10am ngam-ngam dah berlepas dah. Kali ni dapat tempat duduk no 9A iaitu hampir ke belakang dan di sisi ialah bahagian belakang sayap kiri. Terdapat 14 no dan setiap no ada 4 seat. Jadi ada 56 seat penumpang semuanya. Di bahagian belakang sayap kiri ni boleh nampak tayar. Menarik gak bila tengok tayar terangkat ke udara dan dilipat masuk ke dalam sayap. Penumpang tak penuh sangat sebab saya dapat duduk sorang-sorang. bila saya kira hanya terdapat 15 orang penumpang je. Jadi rasa selesa sangat. Bila sampai melepasi ipoh, pilot mengumumkan yang Cuaca di luar cerah dan baik. Terbang pada ketinggian 17,000 meters dari paras laut.



Dijangka tiba di subang airport pada 12.10pm seperti yang tercatat pada boarding pass. Oleh sebab terbang pada ketinggian itu, seronok menikmati pemandangan di bawah dari udara. Alhamdulillah.... Memang terlalu banyak pembangunan fizikal yang dah dilakukan. Saya tengok hutan dah banyak yang rongak. Tinggal banjaran titiwangsa je lagi yang tak rongak sangat. Itu pun saya nampak dari arah barat. Dar belah timur tak tau la plak. Di bahagian barat no keadaannya agak meisaukan gak. Saiz hutan yang tinggal dengan saiz yang dibangunkan dah hampir sama je dah. Menjajar dari bahagian utara ke selatan dan dari arah gigi pantai hingga ke kaki banjaran titiwangsa. Semuanya dah jadi 50//50.



Subang airport
Setelah hampir 15 tahun sejak kali terakhir saya menggunakan airport subang ni, nampak agak sunyi berbanding dulu. Masuk je dalam terminal 3 tu, rasa tak meriah la.

Tuesday, February 12, 2008

Langkawi...



Airport langkawi….
Sampai je terus tunggu luggage dan lebih kurang 5 minit tunggu luggage dah pun keluar. Terus capai dan menuju ke kaunter tiket teksi. Harganya standard je, RM20 ke twin peak island resort di pekan kuah kira-kira 15 km dari airport dan perjalanan selama lebih kurang 20 minit. Jalan yang kami lalui ialah highway baru siap tahun 2007. Kalau ikut jalan lama memang agak jauh juga. Begitu menurut pemandu teksi. Pemandu teksi tu Anuar namanya asal dari Bukit Mertajam Penang. Esok nak balik kampung katanya sempena cuti raya cina. Agak peramah juga orangnya.



Sampai kat hotel…
lebih kurang jam 3.20pm terus check-in, mudah je sebab dah book 2 bulan yang lalu. Iaitu kira-kira awal Disember 2007. rehat kejap sampai jam 4.15 lebih kurang and then start jalan. So, tujuannya nak cari motor sewa di jeti pekan Kuah. Tempat tu je yang saya ingat dan tau ada perkhidmatan sewa motor ni. sambil jalan-jalan tu rasa lapar plak sebab tak lunch lagi. Kebetulan kat sepanjang jalan tu ada banyak gerai makan, tu yang best tu. Singgah kat gerai Nabila dan order nasi padprik. ok gak rasanya. Cuma musykil sikit sebab harga yang tertulis pada menu ialah RM1 untuk air asam panas, RM3.50 untuk nasi padprik. Tapi tauke minta RM5.00. Aik…, ada service charge gak ke? Tapi tang mana? Malas nak tanya, bayar dan jalan je lah. Sampai kat langkawi parade 'duty free', singgah la kejap.



Nak tengok tang mana 'duty free'nya. Orang kata murah berbanding tempat lain terutamanya barangan cokelat dan minyak wangi. Tak beli apa-apa pun, tengok je dulu nak compare harga. Terus jalan sampai ke pekan kuah. Ye, memang dah banyak berubah berbanding 10 tahun dulu. Terutamanya dari segi pembangunan fizikal. Banyak bangunan-bangunan lama telah, sedang dan bakal dirobohkan dengan alasan terlalu hampir dengan pantai. Bangunan baru dibina lebih jauh sedikit dari pantai. Jenuh saya membayangkan dan mencari-cari wajah pekan kuah yang pernah saya temui 10 tahun dulu tapi tak jumpa. Saya jadi rindu pada wajah lama yang hilang itu. Tapi tak mungkin akan dapat ditemui lagi. wajah itu akan terus berubah dan berubah. Namun wajah lama itu akan kekal dalam kotak memory.



Sambil mengimbau masa lalu tu, terfikir dalam hati, 'kat pekan baru ni tak kan tak ada pusat sewa motorkot'???. Tapi tak nampak signboard apa-apa pun. Terus je lah jalan dan bila sampai kat pasaraya billion nampak banyak motor parking kat situ. Pas tu nampak satu budak duduk kat atas motor. Teringin la plak nak tanya, so terus pi kat budak tu tanya kat mana ada sewa motor terdekat. Dia kata kat Cheniang. la...kat mana plak Cheniang tu... Mamat tu kata on the way ke airport. Plak dah..... Saya tanya, kat jeti tak ada ke?. Dia kata kat jeti ada sewa kereta je. Ooo... Ye ke... Lepas ucapkan terima kasih, Saya pun gamble je ke jeti. Lagipun dah dekat sampai dah pun.



Jeti…
ni pun memang berubah banyak sesangat. Bila berada kat dalamnya tu rasanya macam airport terminal je dah. Memang ada class la. Siar-siar kat situ jap, pas tu tanya kat pak cik kaunter teksi di mana ada sewa motor. Pak cik tu kata mungkin ada dan dia bawa ke satu kaunter tiket dan tanya motor sewa. Ada 2 skuter kat situ tapi katanya tak ada road tax. Yang lain dah habis. Kemudian pak cik tu bawa ke kaunter lain plak. Ada satu motor skuter auto dengan harga rm50 sehari. Pak cik tu kata kalau sewa kereta pu lebih kurang je. Kenapa tak sewa kereta je. Ok gak ide pak cik tu. Tapi saya sorang je. Eemmm.... Cam ne eekkk... Saya pun tak berapa mahirr bawa skuter auto ni... Pikir punya pikir akhirnya ambik kereta gak dengan sewa rm70 sehari. Pak cik tu kata kalau nak keliling pulau minimum rm30 la untuk petrol. Saya pun bayar rm120 kat kaunter. Rm50 ialah deposit kunci, akan dipulangkan balik bila serahkan semula kunci kereta. Dalam 10 minit gak la duduk kat kaunter tu tunggu kereta sampai akhirnya muncullah proton saga warna putih. Dah dapat kereta terus pandu ke petrol station di pekan kuah dan isi rm20 dulu. Pastu ters ke pasar malam yang jebetulan ad malam tu. Tak shopping apa, beli buah limau, kacang kuda dan air soya je. Tak banyak kelainan pasar malam kat sini dengan yang lain.

Monday, February 11, 2008

Firefly ke Langkawi



6.2.08, ambik teksi en. Ghani dari tmn. Jade view ke airport RM18 je, ok gak. first time naik firefly sejak ia mula dilancarkan. Book melalui on line sejak Dis. 2007 yang lalu. So, harga masih murah la masa tu. Kalau last minit memang melambung gak harganya, maklumlah...raya cina ni...lebih kurang macam Airasia gak la kaedahnya, tak payah pakai tiket. Tunjuk ref. No. Je dah boleh check in. Naik dari pulau pinang airport menuju ke langkawi jam 2.10pm sempen cuti raya cina. Pergi langkawi ni sebenarnya sebab kebetulan dapat penginapan hotel free untuk 3 hari 2 malam di pulau lagenda tu. Oleh sebab cuti raya cina jatuh waktu mid term break, so saya ambik kesempatan pi sana. Lagipun dah lama gak tak berkunjung ke Langkawi ni sejak hampir 10 tahun. Check in jam 12.30pm dan boarding jam 1.40pm, berlepas jam 2.10pm. Itu ikut yang tertulis pada boarding pass la... Tapi flight delay dalam 15 minit gak….


Dalam flight tu…
saya dapat seat 1A, kat depan sekali dan rapat sangat dengan dinding. Terasa sempit la plak sebab flight ni memang kecik pun. Di tepi tingkap betul-betul sebelah kipas sayap kiri. rasa berdebar pun ada gak, maklumlah first time naik flight yang berkipas ni. Tabahkan je la hati dan berfikiran positif. Yang menariknya, sebab benar-banar terasa duduk dalam kapal terbang. Bukan apa, gegaran sentiasa terasa macam dibuai-buai je disebabkan oleh saiz dan kipas tu la gaknya. Macam Airasia gak, makanan dari luar tak boleh bawak. Kalau nak, kena beli kat dalam flight. Tapi tak lama pun, dalam 30 minit dah sampai...