English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, February 13, 2008

Panggilan Pulau...



7.2.08. Breakfast. 7.30am - boleh la makanannya, agak simple je iaitu roti, telur mata kerbau, mee goreng, nasi goreng, kacang merah, kopi dan teh. Cukup untuk alas perut awal pagi. Lepas breakfast jam 8.15am bertolak ke langkawi cable car yang terletak di geopark. Ini kawasan baru yang saya tak pernah sampai lagi. Cantik juga tempatnya walaupun nampak artificial sangat. Jam 9.40am dah sampai so kedai pun banyak yang belum buka. Orang pun tak ramai lagi. Pergi ke kaunter tiket cable car tapi masih tutup lagi. Pak guard tu bagitau sepatutnya jam 9.30am dah buka. Tapi angin kat atas bukit kuat sangat, so kena tunggu dulu. Tapi tak pasti sampai jam berapa. Saya pun malas nak tunggu kat situ, so pergi telaga tujuh dulu lah.



Telaga tujuh terletak kat sebelah tu je. Tak de apa sangat kat sini. Nak panjat bukit ke telaga pun, sama je rasanya macam 10 tahun dulu. Kawasan sekitar tempat letaj kereta pun masih sama. Begitu juga dengan gerai yang ada di sekitar masih sama. Ambik gambar sekeping dua pas tu terus gerak. Terus memandu mengelilingi pulau Lagenda ni sambil singgah di beberapa tempat seperti Langkawi fall yang merupakan air terjun buatan manusia menghiasi jalan raya. Sambung jalan lagi dan singgah kat pam petrol untuk tambah petrol lagi RM10. teruskan perjalanan dan tertarik dengan keindahan taman awam Teluk Yu maka singgahlah kejap untuk menikmati keindahan. Destinasi indah dan menarik berikutnya ialah Pantai Tanjung Rhu yang indah dengan jejeran pasiran pantai yang memutih. Sungguh menakjubkan…..



Teruskan perjalanan sampai ke pekan kuah dan patah balik ke hotel dan terus menuju ke cable car ikut jalan padang Matsirat plak. Akhirnya jam 12.30pm sampai. Dari jauh tadi dah nampak dah kereta cable bergerak. Maknanya dah ok la angin kat atas tu. Kalau pagi tadi parking kosong sekarang dah penuh. Famai la plak orang kat sini. Maklumlah... Cuti...terus ke kaunter tiket. Tulis kat situ RM25. Saya pun kasi RM3. Awek tu tanya ada rm5 tak. Keluarkan RM5, ada la plak. Pas tu awek tu bagi tiket dalam bentuk kad dan pulangkan RM20. Heran gak, saya tanya berapa. Dia kata rm15. Abis RM25 tu apa. Dia kata untuk foreigners je. Ooo...Macam biasalah...kat genting pun beratur panjang gak....



Menuju puncak
Cable car digunung Mat Cincang ni sebenarnya menghubungkan 3 puncak. Puncak yang pertama menempatkan stesen perhentian pertama. Sesiapa yang nak singgah turun kat sini boleh untuk menikmati pemandangan dan ambil gambar. Kalau tak nak pun tak apa. Boleh teruskan perjalanan. Dari bawah ke sini amik masa lebih kurang 10 minit je. Malangnya bila sampai kat sini bateri kamera kong plak. So tak dapat la nak amibik gambar yang cantik dan jelas. Nasib baik la PDA ada fungsi kamera dan masih banyak bateri lagi. So, dapat la gak ambik gambar mask at puncak Gunung Mat Cincang tu. Tapi tak berapa clear la resolutionnya…..Walau bagaimanapun, Langkawi ni sememangnya Pulau yang indah…itu adalah pasti…….



Pulangkan kereta sewa jam 7.00pm. Meter menunjukkan angka 200 km. Bagi RM5.00 takut abis petrol tengah jalan. Esoknya….Check out jam 9.00am minta tolong panggil teksi kat kaunter hotel. Jam 9.15am teksi sampai. Menunggu pemandunya sebab kereta blocks laluan lobby dan dia tak boleh lalu. Sampai airport bayarrm22 katanya rm2 tu utk upah call. Terus check in bila dah sudah baru perasan luggage tak scan kat kastam. Alamak... Tak pe kot...



Berlepas ke subang
Flight tiba dan berlepas on time. 11.10am ngam-ngam dah berlepas dah. Kali ni dapat tempat duduk no 9A iaitu hampir ke belakang dan di sisi ialah bahagian belakang sayap kiri. Terdapat 14 no dan setiap no ada 4 seat. Jadi ada 56 seat penumpang semuanya. Di bahagian belakang sayap kiri ni boleh nampak tayar. Menarik gak bila tengok tayar terangkat ke udara dan dilipat masuk ke dalam sayap. Penumpang tak penuh sangat sebab saya dapat duduk sorang-sorang. bila saya kira hanya terdapat 15 orang penumpang je. Jadi rasa selesa sangat. Bila sampai melepasi ipoh, pilot mengumumkan yang Cuaca di luar cerah dan baik. Terbang pada ketinggian 17,000 meters dari paras laut.



Dijangka tiba di subang airport pada 12.10pm seperti yang tercatat pada boarding pass. Oleh sebab terbang pada ketinggian itu, seronok menikmati pemandangan di bawah dari udara. Alhamdulillah.... Memang terlalu banyak pembangunan fizikal yang dah dilakukan. Saya tengok hutan dah banyak yang rongak. Tinggal banjaran titiwangsa je lagi yang tak rongak sangat. Itu pun saya nampak dari arah barat. Dar belah timur tak tau la plak. Di bahagian barat no keadaannya agak meisaukan gak. Saiz hutan yang tinggal dengan saiz yang dibangunkan dah hampir sama je dah. Menjajar dari bahagian utara ke selatan dan dari arah gigi pantai hingga ke kaki banjaran titiwangsa. Semuanya dah jadi 50//50.



Subang airport
Setelah hampir 15 tahun sejak kali terakhir saya menggunakan airport subang ni, nampak agak sunyi berbanding dulu. Masuk je dalam terminal 3 tu, rasa tak meriah la.

No comments: