English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, May 15, 2007

Happy Teachers Day


Awal-awal pagi lagi pada hari ini aku menerima sms dari beberapa bekas pelajar yang mengucapkan 'selamat hari guru'. Walaupun aku bukan guru sekolah dan tidak pernah pun menjadi guru sekolah, tapi konsep guru itu mungkin boleh diluaskan tafsirannya hingga meliputi para pensyarah yang berada di universiti pun boleh dipanggil guru. Ye lah, tugas guru selain daripada mengajar turut juga mendidik dan membimbing. Jadi tugas itu turut juga dilaksanakan oleh para pensyarah di peringkat universiti walaupun peranan yang lebih besarnya ialah lebih kepada membimbing. Maka, hari guru boleh la juga diraikan oleh para pensyarah dengan cara tersendiri walaupun tidak semeriah dan khusus seperti guru-guru sekolah. Walaupun begitu, ucapan daripada mahasiswa dan beksa mahasiswa ini turut meninggalkan kesan sebenarnya. Kita dapat merasakan bahawa diri kita ini bermakna dan sesuatu yang bermakna juga mungkin telah kita sampaikan hingga meninggalkan kesan terhadap anak didik kita. Mungkin begitu lah agaknya. Walau bagaimanapun, saya juga ingin mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru sekolah saya yang telah mendidik saya sehinggalah saya menjadi seperti sekarang ini. Terima kasih untuk guru-guru semua. Jasamu tetap dikenang. Insyaallah.

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu

"Oh! ibu... kau suci lambang nur pagi"

Selamat hari ibu untuk ibu tersayang Basrah Bt. Hj. Bakri yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan anak-anak. Begitu juga untuk semua para ibu yang wujud di muka bumi ini 'Selamat Hari Ibu'. Sesungguhnya jasa para ibu tidak akan upaya dibalas oleh anak-anaknya hingga ke akhir hayat.

Thursday, May 10, 2007

induction course

Hari ni 11 Mei 2007 bersamaan denga hari Jumaat merupakan hari terakhir kursus induksi yang perlu aku lalui sebagai penjawat jawatan kerajaan Malaysia. Kursus ni sebenarnya diwajibkan oleh pihak JPA bagi semua kakitangan awam Malaysia. Seronok juga mengikuti kursus ni sebab banyak ilmu dan maklumat mengenai negara Malaysia serta sistem pemerintahannya yang dapat dikethui di samping maklumat mengenai USM itu sendiri.


Kandungan kursus ni sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu kursus induksi khusus dan induksi umum. Induksi khusus tu lebih menumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan polisi dalam USM sendiri. Bagi Induksi umum pulak mengenai polisi kerajaan Malaysia secara umum. Itu je bezanya...

Apa yang aku perhatikan sepanjang dua minggu mengikuti kursus ni ialah, kebanyakan ceramah dan tugasan yang dijalankan oleh penceramah dan peserta banyak mengaplikasikan teknik 'teater' selain daripada kursus itu sendiri sebagai suatu 'aktiviti performance'. Masa ikuti kursus tu, terasa la pulak macam student balik. ye lah, duduk dalam lecture hall dan dengar fasilitator bagi lecture.

sambil tu ada la pulak yang tersengguk-sengguk masa lecture. mengantuk la tu.... ha ha ha aku pun buat-buat la jugak jegilkan mata walaupun turut sama mengantuk sebenarnya. kelakar pun ada rasanya.

Mana tak kelakarnya, bila aku mengantuk je aku cuba la 'usha-usha' member yang mengantuk kat dalam hall tu, pas tu aku gelakkan mereka. itu je la caranya nak hilangkan mengantuk.

Yang best tu sebenarnya masa buat tugasan berkumpulan. Masa ni lah kami dapat main-main sambil berbincang sebab tak ada lecture. Tugasan kumpulan ni membawa nilai 60% untuk markah keseluruhan. Tugasan pulak tak payah dibawa balik, siapkan masa tu juga dan kemudian buat presentation. Time presentation yang best tu sebab boleh buat lakonan. Nampaknya dalam kursus ni banyak bakat-bakat pelakon baru yang menyerlah. Tu yang buat tak mengantuk tu....

Tapi it was a beautiful experience and the people in the group were also nice. Kepada semua peserta induksi USM mei 2007, selamat berjumpa lagi pada 24 mei untuk sama-sama mengambil exam bertulis pulak bagi menampung lagi 40% markah exam akhir. Good luck untuk semua termasuk diriku sendiri. see you all...

Wednesday, May 9, 2007

cuaca global


Malam tadi angin yang bertiup agak kencang hingga menerbangkan barangan di dalam rumah dan salah satunya ialah lampu meja dalam bilik tidur utama yang diperbuat daripada seramik itu. Di Pulau Pinang sekarang keadaan cuaca agak tidak menentu. Waktu siangnya agak panas terik manakala waktu malamnya pulak tidaklah sejuk sangat tapi cuaca malam tadi boleh dikategorikan dalam kategori ribut jugak la. Aku terdengar bunyi dentuman kecil beberapa kali seperti barangan yang jatuh terhempas ke lantai dan gril pintu rumah yang tidak ditutup rapat berlanggaran ke dinding akibat tiupan angin yang kuat. Di celahan daunan pintu dan tingkap yang sedikit terbuka terdengar bunyi macam siulan oleh angin kuat yang melaluinya. Aku yang tinggal di apartment tingkat sepuluh ni agak sedikit risau juga dengan situasi malam tadi yang mungkin menjanjikan pelbagai kemungkinan. Terasa macam bergoyang je block apartment tempat aku tinggal ni. Sewaktu ingin melelapkan mata angin masih lagi bertiup dengan kencang. Aku suka suasana hujan yang nyaman tetapi situasi ribut yang agak kuat begini turut mencemaskan. Aku cuba melelapkan mata dan akhirnya terus tertidur setelah lena dibuai emosi yang silih berganti di antara menikmati kesejukan dan bunyian hujan dan kerisuan akibat daripada kemungkinan negatif yang bakal berlaku. Sebelum itu, berita di tv memuatkan berita mengenai pemanasan global dan simptom yang akan dialami oleh manusia melalui perbicaraan alam dalam benntuk bencana. Jadi, sentiasalah beringat untuk sentiasa menghargai dan menghormati alam.

Tuesday, May 8, 2007

Tahniah


Tahniah untuk Hawa dan rakan-rakan kerana telah berjaya bergraduat. Upacara convocation International Islamic College kali ke-3 tersebut telah diadakan di Cultural Activity Center, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada 6 Mei 2007 yang telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Sulaiman Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Panglima Diraja Selangor iaitu adinda Sultan Selangor.


Turut hadir memberi ucaptama majlis tersebut ialah Dato' Syed Hussein Abdul Kadir Al-Habshee, the Director of International Islamic University Holdings Group yang telah memberikan ucapan yang menyentuh hati para hadirin yang hadir. Ucapan beliau berupa kata-kata semangat bagi para graduan untuk terus berusaha dalam menuntut ilmu sangat meninggalkan kesan. Proses pembelajaran sepanjang hayat menjadi fokus utama beliau kerana ujarnya, proses belajar tidak bernoktah hingga tahap ini sahaja. Yang paling menyentuh ialah apabila beliau mengingatkan para graduan mengenai jasa ibu-bapa yang tidak ternilai, beliau meluahkannya dengan penuh sebak dan hampir menitiskan air mata dan diikuti oleh tepukan daripada para hadirin.



Saya juga agak tersentuh dengan ucapan beliau yang mengimbas kembali jerih payah beliau yang sentiasa berusaha memperbaiki diri setelah kurang berjaya dalam SPM dan menanggung persekolahan adik-beradik selepas kematian ayahnya. Sesungguhnya, sedikit sebanyak ia ada kena mengena dengan diri saya sendiri. Saya sangat setuju dengan beliau bahawa kita tidak harus berputus asa dengan kegagalan sebaliknya lebih berusaha untuk menguatkan semangat dan memperbaiki diri.




Harapnya, adik-adik IIC yang baru bergraduat tu akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Ilmu dunia dan akhirat yang ditimba dari IIC itu tidak akan terhenti di situ sahaja. Sebaliknya perlu ditambah dan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain agar sama-sama akan mendapat manfaatnya, Insyaallah.


Sesungguhnya, jatuh kali pertama itu bukanlah kegagalan yang sebenarnya kerana kegagalan itu ialah apabila kita 'jatuh di tempat yang sama oleh sebab yang serupa'.

Monday, May 7, 2007

malaysian ceramic artist

Mr. shamsu



Shamsu ni kawan saya di usm yang juga merupakan pensyarah dan juga artis seramik di Malaysia. saya muatkan entry pasal beliau kali ini adalah untuk berkongsi dengan khalayak mengenai bidang seramik di Malaysia. untuk maklumat lanjut, website sahmsu telah pun saya muatkan untuk capaian melalui 'link list'. Shamsu ni turut juga telibat dalam aktiviti performance yang melibatkan 'sculpture dan body movement' dan sering juga terlibat sebagai 'set designer' untuk 'theatre production'. selain daripada itu, turut juga pandai memasak sama ada makanan barat mahupun timur. Eksperimentasi yang sering dilakukan dalam penghasilan seramik turut juga diaplikasikan dalam hidangan makanan ataupun istilahnya 'culinary art'. itulah keistimewaannya.

Tuesday, May 1, 2007

LABAN

Sepanjang proses eksperimentasi gerak bersama Aida Redza selama hampir sebulan lebih tempohari, usaha kami bertolak daripada parameter yang digariskan oleh tokoh inilah yang dikenali sebagai 'Laban Analysis' oleh Rudolf Laban. Jadi, aku rasa wajar untuk dikongsi bersama serba sedikit mengenai latarbelakang tokoh ini.

Rudolf Laban (1879-1953)

Rudolf Laban (1879-1953) was born in Austro-Hungary. Laban was a dancer, a choreographer and a dance / movement theoretician. One of the founders of European Modern Dance, his work was extended through his most celebrated collaborators, Mary Wigman, Kurt Jooss and Sigurd Leeder. Through his work, Laban raised the status of dance as an art form, and his explorations into the theory and practice of dance and movement transformed the nature of dance scholarship. He established choreology, the discipline of dance analysis, and invented a system of dance notation, now known as Labanotaion or Kinetography Laban. Laban was the first person to develop community dance and he has set out to reform the role of dance education, emphasising his belief that dance should be made available to everyone.
At the age of sixty, supported by Lisa Ullmann, he started a new phase in his career. He worked in industry, introducing work study methods to increase production through humane means, and greatly influenced the movement education culture in Britain opening, through Lisa Ullmann, The Art of Movement Studio in Manchester in 1946.

In 1953 the studios moved to a donated country estate in Addlestone. In his last years he concentrated on movement as behaviour, studying the behavioural needs of industrial workers and psychiatric patients. This enabled him to lay the technical basis for what is now the profession of movement and dance therapy, and a basis for the expressive movement training of actors.
Rudolf Laban's ideas were influenced by the social and cultural changes of the time and the contexts that he worked in. The traditional constraints against showing feeling were beign questioned, opening the way for a freeing of the feeling body.

Rudolf Laban believed the best way to advocate this freedom was by mirroring it in dance and the movement arts. Freud’s discovery of the psyche, opened a previously closed door and the body’s sexuality need no longer be hidden. The movement arts were thought to be a great medium to express this new freedom, by men and women dancing barefoot and in little clothing.

In Paris and Munich (1900 - 1914) Rudolf Laban acquired his spiritual attitude and unique value regardless of gender, social status or educational standing. He interpreted this as valuing individuals own choice of movement , and self initiated vocabularies.Rudolf Laban spent twenty years understanding movement sufficiently to create signs on paper that could represent body parts moving in space and time dynamically.