English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, May 8, 2007

Tahniah


Tahniah untuk Hawa dan rakan-rakan kerana telah berjaya bergraduat. Upacara convocation International Islamic College kali ke-3 tersebut telah diadakan di Cultural Activity Center, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada 6 Mei 2007 yang telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Sulaiman Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Panglima Diraja Selangor iaitu adinda Sultan Selangor.


Turut hadir memberi ucaptama majlis tersebut ialah Dato' Syed Hussein Abdul Kadir Al-Habshee, the Director of International Islamic University Holdings Group yang telah memberikan ucapan yang menyentuh hati para hadirin yang hadir. Ucapan beliau berupa kata-kata semangat bagi para graduan untuk terus berusaha dalam menuntut ilmu sangat meninggalkan kesan. Proses pembelajaran sepanjang hayat menjadi fokus utama beliau kerana ujarnya, proses belajar tidak bernoktah hingga tahap ini sahaja. Yang paling menyentuh ialah apabila beliau mengingatkan para graduan mengenai jasa ibu-bapa yang tidak ternilai, beliau meluahkannya dengan penuh sebak dan hampir menitiskan air mata dan diikuti oleh tepukan daripada para hadirin.



Saya juga agak tersentuh dengan ucapan beliau yang mengimbas kembali jerih payah beliau yang sentiasa berusaha memperbaiki diri setelah kurang berjaya dalam SPM dan menanggung persekolahan adik-beradik selepas kematian ayahnya. Sesungguhnya, sedikit sebanyak ia ada kena mengena dengan diri saya sendiri. Saya sangat setuju dengan beliau bahawa kita tidak harus berputus asa dengan kegagalan sebaliknya lebih berusaha untuk menguatkan semangat dan memperbaiki diri.




Harapnya, adik-adik IIC yang baru bergraduat tu akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Ilmu dunia dan akhirat yang ditimba dari IIC itu tidak akan terhenti di situ sahaja. Sebaliknya perlu ditambah dan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain agar sama-sama akan mendapat manfaatnya, Insyaallah.


Sesungguhnya, jatuh kali pertama itu bukanlah kegagalan yang sebenarnya kerana kegagalan itu ialah apabila kita 'jatuh di tempat yang sama oleh sebab yang serupa'.

No comments: