4.2.2018 (Ahad) - 6.50am keretapi yang saya naiki pun sampai di stesen Halkali, Istanbul. Saya turun dari train dan terus bergerak untuk mendapatkan shuttle bus yang sudah sedia menunggu. Saya terus sahaja naik ke dalam bas dengan semua beg sekali. Malas nak letak kan ruang penyimpanan di bawah. sebab bas ni pun muat je, ruang basnya
agak luas gak. Sehingga penuh la bas tu dengan penumpang. Jam 7.11am bas pun bergerak dari stesen Halkali menuju ke
stesen Sirkeci. Jam 7.47am bas pun sampai stesen Sirkeci. Saya pun turun dari bas dan bergerak menuju ke perhentian tram yang terletak di hadapan stesen tu. Saya naik tram sampai ke stesen Besikas. Dari situ saya turun bawah ke bawah tanah untuk menuju ke stesen metro pula dan naik metro ke stesen metro Taksim. Jam 8.17am saya pun sampai di dataran Taksim. Dari situ saya terus bergerak jalan kaki ke hotel Nippon dan kira-kira jam 8.31am saya pun tiba di hotel Nippon dan nak daftar masuk. Malangnya bilik tak siap lagi jadi saya diminta menunggu sehingga lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam. Akhirnya....Jam 10.30am saya sudah dibenarkan untuk mendaftar masuk dan terus naik ke bilik. Saya berehat seketika sambil membersihkan diri. Kira-kira jam 12.00pm saya pun keluar berjalan-jalan ke Istaklal sambil mendapatkan makan tengahari. Usai makan, saya kembali semula ke hotel untuk berehat sambil menyiapkan ppt untuk pembentangan konferen sehinggalah selesai.... hingga akhirnya tertidur..... jam 7.00mlm saya terjaga dan bercadang nak keluar makan malam....malangnya baru nak keluar je hari dah hujan.
Agak lebat gak...tunggu sekejap di lobi hotel namun masih tidak berhenti. Akhirnya....saya memutuskan untuk naik ke bilik semula sambil minum teh dan lepak-lepak hingga akhirnya tertidur...
Banner persidangan
5.2.2018 (Isnin) - jam 7am turun breakfast at level A. Jam 8.30am turun level B1 untuk mendaftar konferen serta mendapatkan goodies bag yang didalmnya terdapat jadual program konferen. Usai mendaftar...saya bergaul ramah mesra dengan para peserta konferen sambil makan dan minum yang telah tersedia di ruang legar konferen tu. Tepat jam 9.00am penyampaian ucaptama pun dimulakan dan berakhir pada jam 10.00am. Usai ucaptama kami semua mendapatkan refreshment di ruang legar dan saya bertemu dengan rakan konferen semasa di Barcelona tahun lalu iaitu Dr. Sham dari Abu Dhabi University serta Dr. Prasad yang dulu bernah bertugas di Fakulti Komunikasi USM dan sekaran bertugas di Abu Dhabi University.....
Sarapan pagi di Hotel Nippon, istanbul
Sarapan pagi di Hotel Nippon, istanbul
Bersama pembentang dari
Bersama Dr. Prasad
Bersama Dr. Prasad
Bersama Dr. Sham
Bersama Dr. Sham
Bersama Dr. Sham
Bersama Dr. Sham
No comments:
Post a Comment