English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 18, 2016

MENINGGALKAN SEPANYOL....



Placa Catalunya

3 Jun 2016 (Jumaat) Pagi ni saya menerima wassup dari rakan-rakan yang mereka telah bertolak ke aeroporto Barcelona awal pagi tadi......saya mengemaskan diri dan dalam jam 7.00 pagi keluar dari bilik sebab lapar rasanya. Nak sarapan pagi di cafe makcik peramah tu lagi lah pagi ni.....cafe dia pun tak jauh, kat bangunan sebelah tu je dan saya memesan kopi, jus dan roti pagi ni sambil santai-santai membaca buku Alhambra yang dibeli di Granada tempohari.........hari ni memang santai sebab nak tunggu jam 12.00pm je untuk daftar keluar hotel........usai sarapan tu saya bersiar-siar di sekitar Rambla dan melihat-lihat kalau-kalau ada cenderahati yang boleh dibeli dan akhirnya saya membeli beberapa baju-T untuk anak-anak....

Sarapan dengan kopi, jus oren dan roti

Selesai membeli-belah sikit tu saya pun kembali ke hotel semula untuk mengemaskan semua barangan dan tepat jam 12.00pm saya turun ke kaunter penerimaan untuk mendaftar keluar. Jam baharu pukul 12.00pm dan flight saya berangkat ke KLIA pada malam nanti....jadi masih sangat awal......saya bercadang nak naik bas pulak lah ke aeroporto ni...lalu saya pun bertanya kepada penjaga kaunter bagaimana nak dapatkan bas untuk ke aeroporto...ooo.... dia kata mudah je...pergi berjalan kaki ke dataran Placa Catalunya di sebelah kiri di mana di situ terdapat perhentian bas untuk ke aeroporto....ooohhhh... mudah je rupanya ye....usuai urusan dikaunter tu saya mengucapkan terima kasih dan selamat jalan lalu terus bergerak menuju ke lokasi yang disebutkan tadi........

 Shuttle bus ke Aeroporto Barcelona dari Placa Catalunya

Dari pintu depan hotel ni pun dah nampak dah perhentian bas ke aeropoto tu...saya pun melangkah kaki menuju ke situ dan dalam 5 minit berjalan dah sampai dah....ada banyak bas yang bertulis aeroporto di sini dan tak payah tunggu lama-lama untuk mendapatkannya....papantanda dan brosur pun ada tentang perkhidmatan bas aeroporto ni dan siap bertulis harga tambangnya lagi, iaitu 5.90Euro untuk perjalanan ke sana...relatif murah la ni.....kemudian bas pun tiba yang menuju ke Terminal 1 aeroporto lalu saya pun naik. Tambang bas bagi kat pemandu sahaja dan saya mengeluarkan duit secukup-cukupnya kepada pemandu bas tersebut dan mengambil tempat duduk. Perjalanan ke aeroporto dari Paca Catalunya ni hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja untuk sampai........setibanya di aeroporto baharu jam 1.00pm dan masih ada banyak masa lagi saya perlu menunggu di sini....namun saya terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk beg dulu. Oleh sebab saya telah daftar masuk secara dalam talian yang saya buat malam semalam, maka urusan daftar masuk di kaunter ni lebih cepat dan mudah....saya pun tidak lah berdiri terlalu lama dalam barisan.....bila dah daftar masuk beg tu...lega la sikit sebab tak perlu nak heret beg yang besar tu....


 Tambang shuttle bus ke Aeroporto di perhentian bas Placa Catalunya

Saya pun masuk ke dalam terminal pelepasan dan malangnya tersilap masuk. Sepatutnya selepas pemeriksaan imigresen pertama, saya cadang nak window shopping dulu kan mall dalam terminal pelepasan ni. Malangnya saya masuk tersilap lorong, iaitu lorong pemeriksaan imigresen kedua yang membawa terus ke dalam teriminal untuk boarding....alamak....silap masuk la plak....dalam terminal untuk boarding tak banyak pilihan.... sebab ada cafe je....dah masuk sini tak boleh keluar dah untuk masuk ke mall di ruang pelepasan yang besar tu......rakan-rakan dah peringat dalam wassup pagi tadi tapi saya tak perasan lorong yang mana satu sebab lorongnya agak mengelirukan......nampaknya terperap la saya di terminal boarding ni sampai malam nanti.....

Setelah puas menunggu di terminal aeroporto Barcelona....jam 10.00pm saya pun masuk ke dalam perut pesawat Emirates dan 10.30pm berlepas menuju ke Dubai yang mengambil masa lebih kurang 7 jam penerbangan....SELAMAT TINGGAL BARCELONA....SELAMAT TINGGAL BUMI ANDALUSIA....SELAMAT TINGGAL SEPANYO...... Insyaallah...ada rezski kita betemu lagi....terima kasih untuk pengalaman yang indah itu......

 Transit di Dubai

Tiba di Dubai transit di sini dalam lebih kurang 2 jam sahaja dan dari sini saya meneruskan penerbangan Emirates menuju ke KLIA pula yang juga mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk tiba.....Sampai di KLIA lebih kurang dalam jam 9.00pm...sengaja saya pilih waktu demikian suapaya kalau sampai malam boleh terus tidur....jadi kurang la sikit mengalami fenomena jet lag. Kalau sampai pagi tu ada masalah sikit sebab saya ni jenis yang mudah mendapat jet lag..... 

Transit di Dubai

TAMAT LAH KEMBARA EROPAH SELATAN UNTUK 2016......

No comments: