English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 11, 2016

GRANADA......KETIBAAN...



30 Mei 2016 (Isnin) lebih kurang jam 7.30 Malam bas pun tiba di Granada setelah melalui perjalanan yang relatif panjang....lebih kurang 4 jam setengah la....tapi seronok juga sebab bas ni singgah di banyak lokasi yang menarik.... di pekan-pekan kecil dan kampung-kampung....puas la melihat kehidupan masyarakat desa di sini....ni yang kalau di malaysia zaman dulu-dulu dikenali sebagai bas lompat-lompat dan bukannya bas ekspress sebab berhenti di banyak stesen di pekan-pekan kecil untuk menurunkan dan menaikkan penumpang....jadi di Sepanyol ni...kalau naik keretapi jangkamasa perjalanan adalah lebih pendek berbanding naik bas....sama macam saya nak ke Sevilla dari Madrid tempohari la.... naik bas sampai enam jam tapi naik keretapi dalam 2 jam setengah je......


Setibanya di stesen bas Granada kami terus mendapatkan teksi untuk dibawa ke hostel Sonia...oh ya...saya dah tempah hotel ni dan inilah satu-satunya hotel yang kami dapat tinggal bersama-sama sebab masa saya tempah tempohari masih ada kekosongan di hotel yang telah ditempah awal oleh rakan-rakan ini.....Teksi menurunkan kami betul-betul di depan hotel yang terletak di tepi jalan raya utama kota kecil Granada ni....Kami pun terus ke kaunter dan daftar masuk sambil berjanji untuk keluar semula dalam setengah jam......saya pun meletakkan barangan dan membersihkan diri sikit dan kemudian turun ke kaunter semula...rakan-rakan pun turut menyertai dan kami nak cari makan malam la sebab tengahari tadi makan tak berapa sempurna........

Makan malam di restoran Moroko bersama Dr. Husairi

                                         Makan malam di restoran Moroko bersama Dr. Husairi


Kami pun berjalan-jalan di lorong belakang bangunan-bangunan lama di mana terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal di sini yang dimiliki oleh komuniti India, Moroko, Syria dan Truki.....Sebab dah banyak sangat pilihan sampai tak tau nak singgah di restoran yang mana satu..... pada mulanya tadi teringin nak makan nasi kari India sebab teringat makan kari di Sitges tempohari yang mak cik pakistan tu masakkk.... namun akhirnya kaki kami singgah di kedai Morokko la pulakk..... saya teringin nak makan tajine kambing.....lama tidak menjamah tajine sejak terakhir kalinya dulu sekitar tahun 2005 sewaktu kembara ke Morroko........ lama dah tu.... hampir sepuluh tahun.......Jadi kami pun masuk ke restoran Morokko yang dekorasi dalamannya cuba membawa nuansa Morokko itu.....diiringi dengan bunyi muzik Morokko juga.


Makan malam di restoran Moroko bersama Dr. Husairi

Tajine kambing, jus buah dan roti

Kami duduk bersantai di restoran tu dan bila pramusaji datang saya pun memesan tajine kambing dan jus buah beserta roti....kami berbual-bual santai sambil merehatkan diri dan bila hidangan tiba, kami pun menikmatinya denga rasa penuh kesyukuran.... walaupun tajin kambingnya tidak lah seenak yang pernah saya nikmati di negara asal menu ini, iaitu Morokko....tetapi Alhamdulillahhh....habis semuanya dan saya dapat nikmat makanan malam yang halal....

Ais krim halal di Granada

Usai menikmati hidangan malam di restoran Morokko tu, kami pun bersiar-siar menikmati waktu malam di Granada yang indah ini. Di lorong-lorong yang kami lalui itu terdapat ramai komuniti muslim yang berjualan barangan cenderahati di samping barisan restoran-restoran makanan halal.... saya berasa seronaok tinggal di sini sebab senang nak dapat makanan halal.......sehinggakan ais krim bertulis tanda halal.....ye la... saya berjalan-jalan di lorong tu akhirnya bertemu dengan sebuah kedai menjual ais krim yang bertulis 'ice cream halal'.... ok jugak ni.... saya pun tidak melepaskan peluang untuk merasa ais krim tu dan membeli satu...hmmmm... memang sedap.....kerana perisanya berasaskan buahan semualjadi.....Sambil menikmati asi krim tu, kami pun bercadang untuk berjalan balik ke hotel sebab dah letih berjalan dan waktu pun dah makin malam......esok nak ke lokasi lawatan utama pulakkk.....balik tidur dulu...

Di tepi jalan raya di hadapan hotel Sonia


No comments: