English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, October 28, 2014

PARIS HARI KE 3

Tiket River Cruise

Sepeti yang telah saya rancang semalam, hari ini seusai sarapan pagi saya terus menuju ke kaunter belian tiket river cruise yang terletak di tepian sungai Rhine yang terkenal itu. Sesampainya sahaja di kaunter tersebut, saya terus meembeli tiket yang berharga 16 Euro boleh digunakan selama 24 jam dan boleh hop on hop off. Simpan je tiket tu selama 24 jam dan guna lah bila-bila suka dan berapa kerap pun dalam tempoh tu.....

Tiket River Cruise 16 Euro
 

Dalam Cruise



8 point berhenti yang boleh disinggahi 

Terdapat lapan point perhentian yang merupakan lokasi-lokasi yang terkenal untuk dilawati di kota Paris ni seperti ikon dalam gambar tu.... ikon-ikon tu semua menunjukkan lokasi yang boleh disinggahi......namun kesemua lokasi tu telah pernah saya lawati sebelum ini.... jadi tumnpuan saya pada kali ini adalah lebih untuk menikmati pelayaran cruise menelusuri sungai Rhine yang terkenal itu sahaja......






























 
Foto-foto tersebut menceritakan lokasi yang saya lawati sepanjang perjalanan cruise dan impian saya selama ini untuk menelusuri sungai Rhine telah pun terlaksana.... Alhamdulilllahhh.....
 
Esok saya akan meninggalkan kota Paris untuk kembali semula ke Malaysia.....Selamat jumpa lagi kota Paris...... 

PARIS HARI KE 2

 
 
Hari Kedua berada di paris setelah tidur yang neynyak malam tadi sehingga melepaskan makan malam....Usai solat subuh saya mula menyiapkan dirii untuk memulakan perjalanan hari ini.... sebenarnya saya tidak mempunyai perancangan khas di kota Paris ni..... sekadar untuk bersantai-santai sahaja......




 
 
Setelah bersiap saya pun memutuskan untuk memulakan hari dengan sarapan.... lalu saya turun dari apartment dan menuju ke café berhampiran untuk sarapan dan memesan menu kegemaran saya di Paris ni iaitu crosoint dan kopi. Memang enak menikmati sarapan di musim panas di Kota Paris ni....rasa hilang stress.....
 


 
 
Selesai menikmati sarapan, saya bercadang untuk berjalan sendirian kerana teman yang lain lebih berminat untuk meneruskan beli belah barangan mewah mereka. Saya ni pulak tak minat benda-benda tu tapi lebih minat menikmati alam dengan bersiar-siar....... foto-foto berikut menceritakan segala-galanya......






























Waffel cokelat berpisang
 







 
 
Laluan yang saya lalui kni telah pernah saya lalui pada lawatan-lawatan sebelum ini... jadi saya sekadar mengimbau memori yang pernah saya lalui dulu......dan dihujung laluan saya hari ini, saya telah singgah di kaunter jualan tiket river cruise untuk bertanyakan kadar tambang dan pakej yang dilalui. Setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, saya bercadang untuk melakukan lawatan menaiki cruise itu pada esok hari.... lagi pun waktu dah tengahari, kaki saya dah sakit dah letih... jadi tak berbaloi kalau saya mendapatkannya pada hari ini......Saya bercadang untuk kembali semula ke apartment seperti yang telah kami janjikan waktunya pagi tadi........oleh sebab tidak terlalu lapar, saya tidak mendapatkan makan tengahari di mana-mana hari ini....lagipun tadi saya sudah makan waffle cokelat berpisang tu.... cukup la tuuu....
 
Setibanya di apartment saya terus berehat dan berjanji dengan teman untuk menemani mereka beli belah di Hard Rock Café petaqng nanti...........



Kira-kira jam 5.00 pm, saya dan teman-teman pun keluar menuju ke stesen metro untuk pergi ke lokasi Hard Rock Café. Setibanya di sini saya pun turut membeli sedikit cenderahati untuk diri sendiri dan saudara........

Selesai beli0belah, kami singgah di sebuah café Lubnan yang terletak berhadapan dengan Hard Rock Café tu untuk mendapatkan makan malam....namanya restoran Cedrus



Dinner

Dinner
Itulah hidangan makan malam yang dinikmati.... ok gak.... dalam perbualan dengan tuan kedai tu dia kata dulu dia pernah bekerja di Malaysia dengan sebuah syarikat yang turut mempunyai cawangan di Malaysia. Setelah dia berhenti bekerja makan gaji, dia membuka perniagaan makanan di Paris ni. Bila saya Tanya kenapa memilih Paris dan tidak Lubnan? Dia kata sistem perancis lebih telus berbanding negaranya sendiri.......Wallahuwaalam......

Usai makan malam, saya membayar harga makanan lalu beredar meningalkan kedai makan itu dan mengambil metro semula untuk pulang ke apartment......