30.5.2014 (Jumaat) – Setelah sekian lama akhirnya
keinginanku untuk berpergian terlaksana juga apabila kertaskerja pembentangan
diterima untuk dibentangkan dalam ‘5th. Annual International
Conference on Visual and Performing Arts’ yang berlangsung di Athens, Greece
pada 2 – 5 Jun 2014. Malam ni akan berangakat dari KLIA, jadi siang ni saya
mohon cuti untuk berkemas barang. Lagi pun sekarang minggu kuliah telah
berakhir, tinggal nak masukkan markah sahaja lagi. Jam 8 malam saya memesan teksi
yang biasa saya langgani untuk menjemput saya dari rumah ke KLIA. Penerbangan
dijangkakan pada jam 11.45 malam. Jadi, lepas mahgrib sesuai sangatlah bergerak
ke KLIA tu. Laluan penerbangan bermula dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS dan
akan transit di Charles de Gulle, Paris selama lebih kurang 6 jam dan dari situ
terus berangkat ke Athens, Greece.
Itulah…. Oleh sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja yang
terlalu mementingkan KPI maka saya rasa
seolah-olah tiada kesempatan lagi untuk melakukan ‘backpack’ seperti
tahun-tahun sebelumnya. Namun, kerinduan untuk berkembara tetap menujah-nujah
pinggiran rasa. Tidak dapat kembara secara ‘backpack’, dapat keluar melihat
dunia yang berbeza pun sama lah juga. Jadi, kesempatan untuk berseminar
merupakan peluang yang terbuka untuk saya menikmati sensasi kembara. Cuma
jangkamasa berpergian itu sahajalah yang sedikit terbatas berbanding
‘backpack’. Tujuan untuk menyertai konferen di Athens, Greece in telah pun
dirancang sejak awal tahun lepas lagi. Salah satu sebabnya adalah kerana saya
tidak pernah sampai ke sini lagi. Jadi kesempatan ini amat saya nanti-nantikan.
Dalam pada itu juga, pihak menganjur konferen telah menerima tajuk kertaskerja saya untuk dibentangkan.
Alhamdulillah……. Sebab saya dimaklukan terdapat beberapa abstrak kertaskerja
yang telah ditolak oleh pihak penganjur. Alasannya…. Saya tidak pasti.
Jam 8 malam, teksi yang saya tempeh tiba dihadapan rumah dan
saya pun terus masuk ke dalamnya dan memulakan perjalanan ke KLIA. Pemandu
teksi ni sangat berhemah sewaktu memandu dengan mengekalkan had kelajuan di
antara 80 hingga 90 kmj sahaja. Namun, dalam masa sejam sahaja telah tiba di
KLIA, iaitu kira-kira jam 9 malam tibanya. Sejurus membayar tambang berjumlah
RM90 saya terus masuk ke dalam terminal dan menuju ke kaunter check-in C16.
Ketika sedang beratur menunggu giliran di kaunter yang penuh sesak dengan
penumpang, saya terdengar nama dipanggil dari arah belakang. Rupa-rupanya Prof.
Solehah dari UITM pun tiba pada masa yang sama juga. Kami beratur bersebelahan
dan tiba giliran kami sama-sama menuju ke kaunter untuk daftar masuk. Sewaktu
memeriksa status itinerary penerbangan kami, petugas kaunter memaklumkan bahawa
tempat duduk dalam pesawat MAS yang akan kami naiki menuju ke Athens melalui
Paris dipenuhi penumpang. Jadi, dia mencadangkan tawaran kepada kami untuk
menaiki pesawat MAS yang juga menuju ke Athens tetapi melalui Istanbul, Turki.
Dengan pesawat tersebut, kami ditawarkan tempat duduk business class dan akan
sampai di Athens lebih awal, iaitu kira-kira jam 9 pagi kerana transit di
Istanbul tidak mengambil masa yang lama. Kami tertarik dengan tawaran tersebut
dan menyerahkan kepada petugas kaunter itu untuk menguruskannya. Setelah dicuba
namun usaha tersebut gagal kerana syarikat penerbangan Aegen Airline yang akan
kami naiki dari Paris ke Athens tidak dapat dihubungi untuk urusan pertukaran
tersebut. Kami akur dengan keputusan itu dan mengucapkan berbanyak-banyak
terimia kasih kepada petugas tersebut atas usaha yang telah cuba dilakukan.
Usai, urusan daftar masuk, saya menuju ke kaunter pertukaran
wang untuk menukarkan ringgit kepada Euro sejumlah 300Euro lagi yang akan
dikhaskan untuk yuran pendaftaran pembentangan konferen yang akan saya bayar
secara tunai. Kemudian saya terus menuju ke terminal pelepasan dan terus
menaiki train menuju ke gate C37. Dalam perjalanan menuju ke gate itu, kami
menemui Dr. Nurul yang sedang menikmati hidangan malamnya di restoran Malay
resepi lalu turut menyertai beliau di situ. Saya memesan air longan dan laksa nyonya
berjumlah RM34.60. kami berborak di situ hingga jam 10.45 malam dan setelah
membayar harga makanan, kami terus menuju ke gate C37 dan tepat jam 11.40 malam
kami pun dibenarkan memasuki pesawat. Setelah semua penumpang memasuki pesawat
dan duduk di tempat masing-masing, pesawat pun sudah bersedia untuk berlepas.
Namun ketika pesawat baharu sahaja ingin berlepas tu, tiba-tiba penumpang
dimaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah teknikal, iaitu brake pesawat
mengalami kerosakan. Semua penumpang diminta bersabar sementara menunggu
jurutera membaikinya. Sementara menunggu tu, anak-anak kapal menghidangkan
penumpang dengan minuman dan kacang. Saya sempat terlelap sekejam sementara
menunggu tu dan terjaga semula apabila anak kapal memaklumkan bahawa semua penumpang
perlu keluar dari perut pesawat tanpa meninggalkan sebarang beg atau barangan
lain kerana pembaikan brake pesawat dimaklumkan akan mengambil masa sedikit
lama daripada jangkaan. Kami pun mengambil beg masing-masing dan keluar dari
perut pesawat yang pada aktu itu jam menunjukkan pukul 1.30am. Setibanya semua
penumpang di dalam ruang menunggu, kami dimaklumkan bahawa pesawat Airbus
MH0020 itu akan siap untuk berlepas semula pada jam 3.30am. Hmmmmm…… jenuh juga
menunggu nih….
Saya pun bertanyakan kepada pegawai MAS tentang kesulitan
yang dihadapi dan bertanyakan tentang penerbangan kami dari Paris ke Athen yang
pastinya akan turut terlepas. Pegawai MAS mengurukan pengeluaran suautu surat
yang ditandatangani oleh pegawai
menyatakan tentang kelewatan penerbangan dan katanya bila sampai di
Paris nanti tunjukkan kepada pegawai
kaunter MAS bertugas di Paris. Urusan mengeluarkan surat tu mengambil
masa agak lama juga. Lalu saya pun bertanyakan lagi sekiranya ada kupon makan
disediakan ekoran kelewatan oleh pihak MAS tu
kerana perut terasa lapar juga. Lama lagi nak tunggu nih… sampai jam
3.30 am tu….. pegawai tu memberikan kupon dan memaklumkan beberapa restoran
yang boleh digunakan untuk makan dan minum termasuklah reatoran Buger King.
Kesemua restoran yang diberikan terletak agak jauh juga dari balai berlepas
tu…..selepas berurusan tu saya pun menuju ke restoran yang diaksudkan,
malangnya kesemua restoran tersebut telah pun tutup….hmmmmm….berlapar lah
nampaknya… saya pun kembali semula ke dewan berlepas dan malas dah nak bagi tau
pengaiwai tu pasal tak dapat makan…. Saya dan rakan-rakan pun menunggu dan
sempat lah tertiduk kejap kat bangku tu sehinggalah jam 3.30am semua penumpang
dimaklumkan sekali lagi bahawa kerja-kerja pembaikan masih belum selesai dan
memerlukan masa 15 minit lagi untuk disiapkan…… penumpang pun dah mula mengeluh
termasuklah saya….. masa terus bergerak dan jangkamasa 15 minit telah pun
berlalu namun masih belum ada pengumuman memaklumkan agar penumpang boleh
memasuki pesawat dan hal in berlangsung sehingga kira-kira jam 4.00am dan
akhirnya baharulah pengumuman dilakukan mengarahkan semua penumpang bersedia
untuk menaiki pesawat kerana masalah telah diselesaikan. Kami pun beratur dalam
barisan semula untuk menaiki pesawat dan kira-kira jam 4.30am baharulah pesawat
mula bergerak untuk berlepas meninggalkan KLIA menuju ke Charles de Gullle
Airport, Paris. Stelah duduk di bangku saya mengharapkan sangat agar makan
tengah malam (subuh) diberikan segera kerana kelaparan memang sangat terasa.
Alhamdulillah…..akhirnya
hidangan pun disediakan oleh anak-anak kapal dan lega rasanya menikmati makanan
walaupun badan terasa letih dan mengantuk…… Usai makan dan jam telah pun
menunjukkan kira-kira jam 6.05am saya pun terus menunaikan solat subuh terlebih
dahulu sebelum cuba untuk melelapkan mati sambil menonton filem-filem yang
disediakan. Tidak banyak hal yang dilakukan dalam pesawat ni melainkan menonton
video sambil tidur-tidur ayam sehinggalah makan pagi disediakan semula
kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di destinasi. Sementelahan dalam menu
terdapat nasi lemak maka sya pun memesan nasi lemak sebab sudah hampir 10 jam
berlalu sejak hidangan tengah malam disediakan tadi, bahrulah makan pagi ni
disediakan. Dalam tempoh sepuluh jam tadi tu, perut terasa lapar gak namun
kebetulan saya ada menyimpan snack makan malam dan yang turut diberikan oleh
MAS sewaktu penerbangan tu. Boleh la untuk laas perut….. jadi, agak
berseleralah makan nasi lemak pagi ni…. Alhamdulillah…… selesai makan terus
menonton filem semula untuk masa yang masih bersisa sebelum mendarat…… akhirnya
kira-kira jam 11.30am waktu Paris penerbangan kami berjaya mendarat di Charles
de Gullle Airport dengan selamat… Alhamdulilllahhh…..
Penerbangan kami ke Athens pada jam 12.15pm dan waktu kami
yang tersisa untuk mengejar waktu itu hanya beberapa minit sahaja lagi. Maka
kami cuba bergegas untuk menuju ke kaunter MAS bagi mendapatkan E-tiket dan
perlu pula mendaftar masuk di kaunter Aegean Airlines dalam barisan keluar yang
agak panjang itu….malangnya perihal kami tidak dapat diselesaikan di situ dan kami diarahkan turun ke tingkat bawah kaunter 6 untuk berurusan dengan agen kaunter tiket MAS di situ. Kami memaklumkan masalaha kami namun tidak juga dapat diselesaikan di situ.... masa semakin berjalan dan akhirnya jam menunjukkan 12.16pm, bermakna kami memang tidak dapat lagi menaiki pesawat yang dijadualkan tersebut. Saya sekali lagi memohon kepada ejien kaunter tiket MAS disitu untuk mendapat tiket baharu menuju ke Athens kerana kelewatan itu. Namun, jawapan yang diterima adalah 'saudara perlu membeli tiket yang baharu'....
Pasrah dengan hal itu, saya bertanya pula perihal bagasi yang tidak muncul di kaunter pengambilan bagasi. Penjaga kaunter menasihatkan saya dan rakan-rakan agar naik ke tingkat atas semula dan pergi ke kaunter 'baggage claim information'. Sampai di tingkat atas saya bertanyakan kaunter yang dinyatakan kepada pegawai kaunter maklumat dan diberitahu bahawa kaunter tersebut terletak di ruang pegawai kastam. Maknanya kami kena masuk semula ke ruang kastam namun bagaimana? kerana ia merupakan laluan sehala. Tak boleh masuk dah. Pegawai tu kata bila pintu automatic terbuka sahaja terus masuk dan bertemu dengan pegawai kastam. saya pun mengikut seperti yang diarahkan dan sudah tentunya menjadi perhatian orang ramai dan juga CCTV tentunya. Redah je lah.... terus saya masuk ke ruang kastam dan cuba mencari-cari pegawai kastam namun tiada sesiapa di situ. Saya pun terus sahaja menuju ke kaunter 'baggage claim information' yang terletak di hujung sudut ruang kastam dan terus sahaja bertanyakan pegawai yang bertugas di situ sambil memaklumkan situasai kami yang ketinggalan pesawat dan beg tidak ditemui. Pegawai tu dengan penuh yakin menyatakan bahawa beg kami telah pun dimasukkan ke dalam pesawat Aeagean yang berlepas pada jam 12.15pm tadi. Walaupun ragu-ragu dengan jawapan tersebut, saya dan rakan akur dan yakin serta taakkal sahaja sambil berlalu dari situ.
Saya menuju ke kaunter pertanyaan sekali lagi dan bertanyakan tentang kaunter ticketing Aeagen Airline dan saya dimaklumkan agar menunggu sehingga jam 2.00pm kerana kaunter tersebut akan dibuka pada waktu itu. Lagi 15 minit menuju ke jam 2.00pm saya dan rakan dengan tekun terus menunggu di hadapan kaunter di hadapan sekali sebelum penumpang lain turut beratur. Letih dan lenguh menunggu di situ akhirnya jam 2.30pm baharulah kaunter dibuka.....mmhhh....janji Perancis la pulakkkk..... saya dan rakan terus sahaja meluru ke kaunter dan menunjukkan salinan itinerary penerbangan kami dan menyatkan bahawa kami telah terlepas penerbangan pada jam 12.15pm tadi. pegawai kaunter cuba menyemak status penerbangan kami melalui komputernya namun akhirnya jawaban yang diberikan adalah....'gagal membuat check-in' sebab tiada nombor e-tiket. Seterusnya saya diarahkan pergi ke kaunter ticketing Aeagean airline untuk mendapatkan nombor e-tiket. Saya bergegas pula ke kaunter yang dinyatakan dan bertanyakan hal tersebut. Namun, saya sekali lagi diarahkan turun ke tingkat bawah mendapatkan nombor e-tiket daripada agen ticketing MAS kerana pihak Aeagean airline tidak bertanggungjawab atas masalah yang menimpa kami ekoran kesilapan tersebut dilakukan oleh pihak MAS. Pegawai kaunter tersebut memberikan saya nombor telefonnya dan perlu diberikan kepada pegawai kaunter agen MAS apabila saya bertemunya nanti agar mereka sama-sama pegai agen beromunikasi. Saya dan rakan pun bergegas lagi menuju ke kaunter agen MAS ditingkat bawah dan mengadukan hal tersebut. Dengan wajah yang kurang selesa pegawai tersebut menyatakan bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan tidak boleh menganti rugi atas kelewatan penerbangan MAS dan tidak dapat memberikan e-ticket kepada kami. Saya menyerahkan no tel pegawai Aegean tadi dan meminta dia berurusan dengan pegawai tersebut melalui telefo. Setelah berbual dalam nada yang serius dan agak tegang, pegawai tersebut menyatakan dengan tegas bahawa mereka tidak dapat mengeluarkan e-ticket dan kami perlu membeli tiket semula di kaunter Aeagean airline di tingakat atas tadi. Dengan putus harap kami pun naik semual ke kaunter Aeagean airline dan pasrah untuk membelik tiket baharu. Pegawai tersebut agak simpati dengan kami dan menyatakan bahawa pihak MAS perlu bertanggungjawab. Atas dasar simpati itu, pegawai tersebut memberikan kami tambang yang relative murah, iaitu 270 Euro (yang lebih kurang tidak sampai seribu ringgit Malaysia). Jauh lebih murah berbanding dengan tiket asal yang ditempah oleh ejen MIVS, iaitu kira-kira RM3000 lebih. Saya juga memaklumkan berkenaan beg kami yang dikatakan telah diterbangkan pada jam 12.15pm tadi dan hal ini mengejutkan pegawai tersebut. Hal ini kerana, menurut beliau dari segi keselamatan beg tersebut perlu terbang bersama penumpang pesawat dan tidak mungkin beg diterbangkan terlebih dahulu tanpa penumpang yang memilikinya. Pegawai tersebut menasihati kami agar mengesahkan semula hal itu apabila check-in nanti. masa sudah menghampiri jam 3.00pm dan pesawat kami akan berlepas pada jam 4.30pm maka pegawai tersebut menasihati kami agar segera mendaftar masuk. Usai membeli tiket tu, kami berlari anak menuju ke kaunter check-in tanpa perlu beratur dalam barisan yang panjang itu kerana telah dijanjikan oleh pegawai check-in tadi bahawa kami akan diberi keutamaan kerana kami telah dating lebih awal. Tanpa mengiraukan pandangan tajam penumpang lain kami terus sahaja menerpa ke kaunter dan menunjukkan tiket yang baharu dibeli. Sekali lagi kami minta pengesahan daripada pegawai check-in itu perihal beg kami. Pegawai tersebut menyatakan bahawa beg kami masih ada di Paris dan akan diterbangkan bersama-sama dengan pesawat yang kami naiki.....Hmmmm......pulak dah.... tapi Alhamdulillah....
2 comments:
journey yang sangat mencabar... Kalau budget backpackers mesti rasa dah "lari budget" sebab kena beli tiket baru.
azab sungguh..... sudah lah Paris airport punya pekerja sungguh tak friendly..esp CDG airport!
Post a Comment