English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, April 18, 2011

BERSIAR-SIAR DI FRANKFURT PADA MUSIM BUNGA



Saya tiba di Lapangan terbang Frankfurt pada jam 8.45 pm (waktu Jerman). Oleh sebab saya naik pesawat Qatar maka lokasi pendaratannya adalah di terminal 1. Jadi dari sini, saya tidak perlu menaiki shuttle bus lagi kerana stesen metro untuk perjalanan terus ke Central Station terdapat di sini. Pada November 2010 yang lalu, saya menaiki pesawat MAS, jadi lokasi pendaratannya di terminal 2. Dari terminal 2, perlu naik shuttle bus ataupun train untuk ke terminal 1 terlebih dahulu.



Oleh sebab saya telah berada di terminal 1, terus sahaja saya membeli tiket metro melalui mesin yang disediakan dengan kadar tambang Euro 3.90 sehala sehingga sampai ke Central Station. Tiba di Central Station, saya sudah tahu hendak menuju ke mana. Walaupun tempahan hostel masih belum dibuat melalui talian, saya terus sahaja menuju ke Frankfurt Hostel yang terletak bersebelahan dengan Central Station tu dan mendaftar masuk. Nasib saya akgak baik kerana masih ada bilik kosong untuk malam itu...





28.4.11 - selepas solat subuh, saya terus menuju ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi yang bermula dari jam 6.30 am hingga 11 am. Hidangan sarapan ni sederhana sahaja dan saya pun bukannya ada banyak pilihan. Cukuplah dengan mendapatkan roti, buah, telur, jus dan kopi. Itu pun sudah sangat memadai sebagai alas perut di pagi musim bunga yang ceria di kota Frankfurt nih....





Selesai sarapan, saya mengemaskan barang lalu menuju ke kaunter bayaran untuk mendaftar keluar kerana saya hanya menginap satu malam sahaja di sini. Untuk 3 malam yang berikutnya, saya dan Dr. Miji telah menmpah melalui talian untuk menginap di hotel Excelsoir yang terletak tidak jauh dari central station tu juga. Sebelum keluar, saya meninggalkan beg saya di bilik simpanan barang di hostel tu terlebih dahulu......





Kira-kira jam 9.00 pagi, saya keluar menuju ke central station kerana telah berjanji dengan Dr. Miji untuk bertemu di sana. Dr. Miji dan beberapa rakannya yang lain tiba di Frankfurt pada pagi ini melalui penerbangan MAS. kira-kira sejam menunggu di situ, akhirnya mereka (Dr. Miji, Dr. Aris & Dr. Raja)pun tiba dan perkara pertama yang dilakukan terlebih dahulu adalah mendaftar masuk di hotel Excelsoir. Sebelum itu, saya kembali semula ke franfurt hostel untuk mengambil beg saya. Kemudian kami semua bergerak ke hotel Excelsoir dan mendaftar masuk. Selepas meninggalkan barangan di dalam bilik, kami menemani Dr. Raja pula untuk mendaftar masuk di hotel Ibis yang terletak kira-kira 200 meter dari central station tu gak...





Selesai mendaftar masuk, kami meninggalkan Dr. Raja di situ kerana beliau ingin berehat setelah semalaman dalam penerbangan. Saya Miji dan Aris terus saja bersiar-siar di sekitar kota Frankfurt menelusuri lalauan yang pernah kami lalui sewaktu berada di sini di musim singin yang lalu......





Perubahan suasananya memang amat terasa berbanding musim dingin yang lalu. Cahaya matahari memancar dengan penuh ceria....bunga-bunga sudah mula menjelmakan kuntumnya tanpa segan silu lagi....udaranya nyaman dan segar tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas...terasa seolah-olah amat sempurna sekali....





Saya sungguh menikmati suasana musim bunga di Frankfurt ini sehingga tidak menyedari waktu dan saya telah berjalan-jalan di sekitar kota ini dalam jangka masa yang agak lama dan hanya disedarai ketika saya terasa letih. Kemudian singgah rehat seketika di sebuah restoran Arab yang menyediakan makanan halal untuk menikmati hidangan tengahari... di Frankfurt ni makanan halal secara relatifnya agak mudah didapati kerana terdapat banyak restoran halal yang diusahakan komuniti Arab, Turki dan India.





Bahkan, lokasi berhampiran Central Station Frankfurt ni merupakan petempatan komuniti muslim yang ekonomi utama mereka yang utama dijana melalui perdangangan.... jadi kalau nak datang ke Frankfurt ni sebenarnya tak payah pergi jauh-jauh, banyak hotel di sekitar Central Station yang harganya juga agak berpatutan....





Usai menikmati hidangan tengahari itu,saya meneruskan bersiar-siar dengan meninjau-ninjau beberapa pusat membeli-belah untuk 'beli-belah tingkap' sahaja. Bukan nak membeli apa-apa. Sekadar melihat-lihat sambil membanding-bandingkan harga yang berpatutan...





Ketika hari sudah kian matang, saya dan Miji mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami menuju ke hotel untuk merehatkan diri. Lagipun Miji baru je sampai subuh tadi dan masih 'mamai' lagi tu... petang itu kami berehat-rehat di kamar hotel sambil menyediakan 'power point' untuk pembentangan kertas kerja yang mula berlangsung pada hari lusa. Oleh sebab terlalu letih dan dalam proses beradaptasi dengan perubahan zon masa, saya tertidur awal hari ini kira-kira jam 8pm dah tidur...



29.4.11 - Jam lebih kurang 6 pagi baru terjaga setelah kira-kira 10 jam tidur....mmmmmm.... perkara yang lazim berlaku bila saya mengembara... Jadi pagi ni saya menikmati hidangan pagi di cafe hotel Excelsoir sambil berbual-bual dengan Miji dan Aris. Memandangkan kami tiada perancangan lain hari ini lalu kami memtuskan untuk keluar lagi bersiar-siar tanpa rasa jemu. Sambul itu, saya dan miji, meninjau-ninjau cara yang paling baik untuk melakukan kembara Eropa seterusnya untuk kali ini. Kalau tahun lalu kami menggunakan perkhidmatan Eurolines (bas) sebagai pengangkutan utama namun kali ini kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan Eurorail (keretapi) pulak.....





Seterusnya, kami hanya bersiar-siar sahaja seperti kelmarin tanpa membeli apa-apa pun kerana masih terlalu awal untuk itu.... tengahari menjelma, saya mendapatkan makan tengahari di restoran India pulak untuk hari ini.... usai makan terus balik semula ke hotel untuk berehat sambil menyambung semula kerja-kerja berkaitan pembentangan nanti.





Menjelang senja, Ghazali (calon Ph.D di bawah seliaan saya yang turut sama membentangkan kertaskerja) tiba bersama rakannya Mazlan untuk mendaftar masuk di hotel yang sama. Setelah selesai dengan urusan mendaftar masuk, kami bersama-sama keluar untuk mendapatkan makan malam sambil berbual-bual......hari ini berakhir kira-kira jam 9.00 pm dan kami semua kembali semula ke kamar masing-masing....





Di restoran Arab

Di restoran Arab

Di restoran Arab

Di restoran Arab

Di restoran Arab

Dari kiri: E. Mazlan, Dr. Aris, saya & Dr. Miji sewaktu menikmati hidangan malam

No comments: