Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Friday, January 25, 2008
It's a Show Time...during & after...
Malam 25 Jan 08 merupakan penamat bagi produksi sulung 'Ombak-Ombak StudioArts' - 'storm in a Box' and we are all looking forward for a new production.
Thursday, January 24, 2008
Meeting With Arif Warran
Sewaktu mengadakan rehearsal 'storm in a box' di 'site' iaitu 'seafront field opposite St. Xavier's Institution' saya bertemu semula dengan Arif Warran selepas lebih kurang lima tahun taidak berjumpa. Kali terakhir kami bekerjasama adalah dalam produksi kolaborasi 'dance in education' iaitu di antara 'five arts centre' dan Ludus dance company' dari London. pertemuan ini agak mengujakan dan banyak pengalamannya yang diceritakan terutamanya selama hampir lima tahun menjadi 'full time performer' di Eropah khasnya di Humberg, Jerman.
Tapi arif yang kutemui kini masih sama dengan yang dulu cuma yang ketara ialah dia agak lebih matang dan dewasa baerbanding lima tahun dulu. Pengalamannya amat mengujakan untuk direnungi dan diharapkan agar Arif terus success. Kalau boleh nak borak lama lagi dengan Arif tetapi masa tidak begitu mengizinkan.
Tapi arif yang kutemui kini masih sama dengan yang dulu cuma yang ketara ialah dia agak lebih matang dan dewasa baerbanding lima tahun dulu. Pengalamannya amat mengujakan untuk direnungi dan diharapkan agar Arif terus success. Kalau boleh nak borak lama lagi dengan Arif tetapi masa tidak begitu mengizinkan.
Storm in a Box... On Site Rehearsal
23 Jan 08, on site rehearsal of the 'storm in a box' a mixed media performance, the first baby production by Ombak-Ombak, Penang. Setelah hampir tiga bulan proses rehearsal dijalankan.... akhirnya tarikh kelahiran produksi 'ombak-ombak' yang pertama bakal menjelang dan keramatnya akan terlaksana pada 24, 25 & 26 Jan 2008 nanti.
Di bawah pohon Angsana, berlatar belakangkan padang menghijau di tabiri oleh bangunan ala kolonial dan ala moden di satu sisi manakala di sisi sebelah lagi di latari oleh laut Selat Melaka menghidupkan setting yang sangat alami, sesuai dengan ide 'site specific performance' yang cuba ditampilkan.
Pendekatan alami yang diambil berusaha untuk memungkin suatu eksplorasi ruangan luar (out door) yang lebih bebas melalui interaksi pemain dan persekitarannya dengan lebih telus. Gabungan pasiran pantai dan rumput menghijau memberikan nafas yang segar sambil meneroka kesedaran hentakan kaki mengenai bumi yang dipijak dan diwarisi.
Dari kacamata 'performativity' karya ini memungkinkan penglibatan seluruh tenaga prosduksi serta pengamatnya dalam suatu 'aktiviti performance'.
Monday, January 21, 2008
ooooo... ini nama pisang tu...
Ha... ni ha dia pisang yang macam layu ari tu, dah masak dah... tu cik Salwa yang rupanya menyediakan benih pisang tu untuk di tanam di School of Arts USM.
Nama pisang ni ialah pisang Udang sebabnya warnanya kemerahan macam udang terbakar atau di sesetengah tempat seperti di Perak turut dikenali sebagai pisang Raja Udang sebab buahnya besar jadi macam udang besar. Tapi kalau di Baling, Kedah, pisang ni katanya di panggil pisang Mentalun... tak tau la plak kenapa. Ada sesetengah orang katanya takut nak makan buah pisang ni sebab ada pantang larangnya katanya... Wallahuwa'alam....
Ranko Kurano (Soprano)
17 - 21 Jan. 2008, saya berkesempatan menghadiri 'resital vokal' oleh Ranko Kurano (Soprano) dari Jepun yang datang ke School of Arts, USM untuk sessi 'vocal workshop and presentation'.
Pengalaman beliau sebagai performer dan educator di Eropah memandu rintis perjalanan seni yang menjulangkan namanya sebaris dengan soprano terkemuka dunia. vocal workshop yang dijalankan amat berkesan terutamanya dalam mengaplikasikan technique yang sesuai bagi seorang vokalis. Cuma masanya secara relatif terlalu pendek jika dibandingkan dengan pelbagai technique yang perlu dipelajari oleh seorang vokalis atau yang berminat untuk mengetahui mengenai breathing technique yang wajar untuk diaplikasikan sewaktu bekomunikasi.
Saturday, January 19, 2008
Press Conference
20 Jan 08 merupakan Press Conference untuk produksi 'Storm in a Box' yang diadakan dalam ruang outdoor bersebelahan dengan Panggung Sasaran USM jam 3.00PM. Nasib baik pokok warisan tu rendang jadi tak panas la sebab hari tu memang panas terik.
Hari ni merupakan rehearsal penuh yang pertama dilakukan dalam ruang outdoor seperti ruang persembahan sebenar yang akan diadakan di tepi laut di padang sekolah St. Xavier, Penang.
Berbanding denga ruangan indoor, di luar ni lebih mencabar terutamanya dari segi teknikal.
Rasanya PC ni diadakan tanpa perancangan yang baik dan agak tergesa-gesa kerana banyak aspek teknikal tidak dapat digabungkan terutamanya slide projection sebab waktu siang jadi tidak boleh dimainkan kerana cahaya terang. Begitu juga denga effect music yang tidak turut serta.
Secara psychology, performer turut terganggu denga kekurang dari segi teknikal tersebut. Para wartawan pun rasanya tak ramai yang hadir dan tidak ada pun sessi soal-jawab bersama wakil press.
Subscribe to:
Posts (Atom)