English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, July 9, 2010

AEROPARACAS – NASCA ARCHEOLOGICAL SITE



29.5.10 (Sabtu)
Makan pagi yang disediakan oleh pihak hostel bermula jam 8 pagi. Selepas makan terus daftar keluar pada jam 10.30 pagi kerana saya hanya tinggal satu malam sahaja di sini dan ada satu aktiviti sahaja yang akan dilakukan.

Berehat seketika selepas sarapan pagi

Selepas daftar keluar, saya meninggalkan beg di dalam bilik simpanan yang disediakan oleh pihak hostel. Aktiviti lawatan saya di Nazca ni ialah Nasca Lines Archeological Site yang telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.


ruang makan hostel Priwa

Untuk pergi ke tapak tersebut saya perlu naik shuttle bus yang datang mengambil penumpang di hostel dengan beberapa pelancong lain dan terus menuju ke loksai yang dituju.

Penempatan penduduk di sepanjang jalan menuju ke Nasca Archeological Site

Di pertengahan jalan sebelum tiba di lokasi, shuttle bus singgah di pejabat kaunter pembelian tiket kapalterbang untuk aktiviti tersebut. Lokasinya tidak begitu jauh dari pusat pekan kecil Nazca iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bas tu.

Lapangan terbang di Nasca Archeological Site

Di dalam terminal sementara menunggu giliran untuk menaiki pesawat

Sampai di lokasi saya dapat sudah ramai pelancong yang beratur menanti giliran uantuk menaiki pesawat terbang kecil yang digunakan khas untuk melihat pemandangan dari udara itu. Pesawat kecil ini hanya boleh memuatkan 6 orang sahaja iaitu 4 orang penumpang, seorang pilot dan seorang pembantu pilot.

Pembantu juruterbang memberikan taklimat kepada penumpang

Jam 11.15 pagi tibalah giliran saya untuk menaiki pesawat terbang kecil itu bersama 3pelancong yang lain. Penerbangan ini mengambil masa selama 30 minit yang akan membawa kami meninjau kesemua motif-motif kuno yang sehingga kini masih belum diketahui siapakah pengkaryanya yang mengukirkan motif tersebut yang terukir di atas permukaan gurun yang luas itu. ia masih tetap tinggal menjadi misteri....

Bersedia untuk memulakan penerbangan

Pada mulanya saya dapat menikmati dan mengambil video dengan tenang dan ceria. Tetapi kira-kira 10 minit terbang di udara tu, kepala saya mula rasa pening-pening lalat, mata berpinar-pinar, dan tekak mula berasa loya serta peluh dingin berjejehan membasahi tubuh.

Peta Nasca Lines, Peru

Kapal terbang itu membelok ke kiri dan ke kanan sambil pembantu juruterbang mengarahkan penumpang melihat ke bawah kiri dan kanan kerana mengikut kedudukan lokasi motif kuno yang tertera di permukaan gurun itu. Oleh sebab saya meletakkan kamera sya dalam mode video, maka saya tidak dapat mengambil gambar 'still' motif-motif tersebut. namun begitu, motif-motif di bawah merupakan sebahagian daripada motif kuno yang diukir di atas permukaan gurun itu.

Motif Tree

Motif Monkey

Motif Condor

Motif Lizard

Motif Spider

Motif-motif tersebut dilukiskan semula di sekeliling ruang dalaman terminal terbang yang mengjadi penghias dinding. Motif-motif tersebut turut juga dijadikan bahan untuk cenderahati dan diterjemahkan dalam pelbagai medium seperti T-Shirt, key chain dan sebagainya.

Pilot dan pembantunya

Pun begitu, video yang saya ambil sebenarnya tidak dapat menangkap dengan jelas motif-motif tersebut disebabkan tangan saya mengigil-gigil memegang kamera digital sewaktu mengambilnya. Sebabnya, Saya cuba menahan diri agar tidak muntah kerana pengalaman pertama menaiki kapal terbgang kecil ini membuatkan saya mengalami mabuk udara. Jadi, berusaha untuk mengambil video sehingga selesai dan menahan agar tidak muntah hingga mengigil-gigil.

Pemandangan rapak Nasca Lines dari udara

Mata saya sempat menjeling-jeling pada kertas muntah yang disediakan di poket tempat duduk hadapan namun saya gagahkan diri juga agar tidak muntah. Selama lebih kurang 30minit itu saya bertarung secara fizikal dan psikiologi agar dapat mengambil video bagi aktiviti ini yang hanya berlaku mungkin sekali ini sahaja sepanjang hidup saya.

Pemandangan rapak Nasca Lines dari udara

Mabuk udara yang saya alami pun lebih terkawal dan beransur-ansur kembali kepada keadaan normal walaupun kepala masih lagi pening-pening lalat.

Pilot menandatangani sijil yang diberikan kepada setiap pelanconga penumpang penerbangan

Pesawat memulakan perjalan kembali ke lapangan semula untuk mendarat. Setelah mendarat, pilot akan memberikan setiap seorang pelancong sekeping sijil yang ditandatangani oleh pilot yang mengesahkan bahawa kami telah berjaya melalui aktiviti tersebut.

Berasa lega selepas berjaya menamatkan penerbangan

Setelah selesai, saya menaiki shuttle bus yang sama untuk kembali semul ke hostel di mana saya meninggalkan beg saya tadi.....

Tuesday, July 6, 2010

Dari Lima ke Nazca, Peru

Tiba di Lima, Peru

28.5.10 (Jumaat)
Sebaik duduk di dalam perut pesawat, saya berasa lega setelah melalui insiden di lapanan terbang Chile subuh tadi. Penerbangan dari Chile menuju ke Lima, Peru ni mengambil masa selama 4 jam. Jadi, jam 11 pagi pesawat telah mendarat di lapangan terbang Lima, Peru.

Di stesen bas Lima

Saya tidak bercadang untuk bermalam di Lima, jadi dari lapangan terbang saya terus mengambil teksi yang akan membawa saya ke stesen bas Lima yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari lapangan terbang ni. Sesampainya sahaja di stesen bas, saya terus membeli tiket bas Cruz del Sur untuk ke destinasi seterusnya di Peru ni iaitu Nazca.

Perkampungan di perjalanan dari Lima ke Nazca

Oleh sebab bas akan bertolak pada jam 1 tengahari, saya pun mengambil kesempatan untuk mendapatkan makan tengahari di café yang terletak di tingkat atas stesen bas ni. Waktu di Peru ni lewat 1 jam dari waktu Chile dan lewat 13 jam dari waktu Malaysia. Selesai makan tengahari, saya terus berbaris untuk melalui pemeriksaan polis yang memeriksa passport mahupun pengenalan diri setiap penumpang sebelum menaiki bas. Perjalanan dari Lima ke Nazca ni mengambil masa lebih kurang sembilan jam dan satu hidangan makan disediakan iaitu sebaik sahaja penumpang menaiki bas tersebut.

Persisiran pantai di perjalanan dari Lima ke Nazca

Sepanjang perjalanan itu bas menelusuri jalanraya yang terletak berhampiran dengan pantai menghala ke Lautan Pacific. Bentuk muka buminya seperti gurun pasir berbatu yang menghampiri pantai.

Waktu senja di perjalanan dari Lima ke Nazca

Kira-kira jam 9 malam, bas yang saya naiki tiba di stesen bas Nazca yang merupakan pekan kecil yang terletak di kawasan gurun. Dari stesen bas itu, saya hanya perlu berjalan kaki sahaja ke hostel Priwa yang telah saya tempah sejak dari Chile lagi.

Hostel Pirwa di Nazca

Setelah mendaftar masuk, saya keluar ke tengah pekan kecil Nazca ni untuk mendapatkan makan malam yang menunya adalah nasi goreng seafood dan sup sayur. Citarasa makanan di Peru ni hampir sama dengan di Malaysia jadi saya dapat melepaskan rindu untuk makan makanan citarasa Malaysia di sini.

Menu hidangan Malam di pekan kecil Nazca

INSIDEN DI LAPANGAN TERBANG CHILE



28.5.10 Jumaat
Jam 3 subuh saya dah bangun untuk berkemas apa yang patut sebab teksi akan sampai jam 4 pagi seperti yang telah dihubungi malam tadi. Tepat jam 4 pagi teksi dan sampai di hadapan pintu hostel untuk membawa saya lapangan terbang bagi mendapatkan penerbangan ke Lima, Peru yang akan berangkat juam 7 pagi. Sesampainya sahaja di lapangan terbang saya terus mendaftar masuk melalui mesin daftar masuk yang tersedia untuk mendapatkan tiket. Selepas itu saya terus beratur untuk mendaftar msauk beg yang saya bawa. Setelah selesai tu saya terus menuju ke café yang terdapat di situ untuk mendapatkan kopi dan sedikit sarapan pagi. Oleh sebab masih awal pagi dan kebanyakkan café baru sahaja membuka premis untuk memulakan perniagaan maka minuman panas masih belum dapat disediakan. Bagi mengisi perut, saya membeli minuman kotak dan roti sahaja. Selesai makan, saya pun terus beratur untuk pemeriksaan imigresen. Malangnya, bila giliran saya hamper tiba untuk pemeriksaan, baru saya tersedar bahawa boarding ticket saya dah hilang. Saya pun tak pasti masa bila dan di mana tercicirnya. Saya terus keluar dari barisan dan bergegas mencari-cari dimerata-ratempat yang pernah saya lalui tadi. Sampai ke dalam tong sampah pun saya cari gak kalau-kalau terbuang di sana. Malangnya masih gagal ditemui. Waktu untuk boarding dah semakin hamper dan saya mula panic. Saya beristighfar dan cuba menenangkan diri sehingga akhirnya kaki saya melangkah menuju ke kaunter daftar masuk semula. Kebetulan pulak barisan penumpang tidak lah sepanjang tadi, jadi mudahlah untuk saya untuk menemui pengawai kaunter bertugas. Saya pun memaklumkan kepada pegawai tersebut mengenai kehilangan bording pass tersebut. Pegawai tersebut maklum akan hal itu dan meemberikan saya boarding pass yang baharu. Tanpa membuang masa saya terus berlari semula ke kaunter pemeriksaan dan bertuahnya kerana barisan di sini juga sudah agak lengang yang memudahkan saya untuk melaluinya. Pegaiwai imigresen juga tidak mengambil masa yang lama untuk memeriksa dokumen saya dan melepaskan saya pergi. Alhamdulillah… saya terus bergegas untuk memasuki pesawat keranan engumum terakhir telah dilakukan untuk memaklumkan penumpang supaya memasuki perus pesawat segera….. akhirnya…..suatu kelegaan menerpa dalam situasi panic waktu subuh di lapangan terbang Chile…..

Monday, July 5, 2010

SANTIAGO & VALPARAISO, CHILE



27.5.10 (Khamis)
8 pagi ambil sarapan yang disediakan oleh pihak hostel. Jam 9 pagi saya bergerak menuju ke stesen metro di Plaza Italia yang menjadi landmark bandar Santiago untuk ke stesen bas di mana terdapat kaunter pertukaran wang bagi menukar wang USD kepada Peso Chile. Santiago merupakan ibu negeri Chile yang dari segi sejarahnya ditemui oleh Pedro de Valdivia dalam tahun 1541 ekoran iklimnya yang sederhana serta lokasinya yang sesuai untuk pertahanan. Pada asalnya, ia hanya merupakan sebuah pekan kecil yang kemudiannya menjadi semakin besar sehingga tahun 1880-an. Walaupun begitu, gempa bumi yang berlaku dalam tahun 1985 telah meruntuhkan sebahagian daripada bangunan warisan yang mempunyai rekabentuk klasik. Kini, sebagai sebuah ibu negara, ia merupakan pusat kewangan utama bagi benua Latin serta ibu pejabat bagi pelbagai institusi perdagangan multinasional.

Plaza Italia, Santiago

Plaza Italia ni pulak merupakan panduan untuk saya di Santiago ni sebab ia terletak berdekatan dengan hostel tempat saya menginap. Santiago ni juga merupakan pusat pendidikan utama dan terdapat banyak universiti yang didirikan di sini. Di sekitar Plaza Italia ini sahaja terdapat beberapa buah universiti yang antaranya Universidad de Chile, Universidad Andres Bello, Universidad Santiago, Universidad San Sabastian, Universidad Katholic dan beberapa buah lagi.

Santiago

Setelah melakukan pertukaran wang, saya begerak menuju ke stesen bas domestik yang terletak bersebelahan dengan stesen bas antarabangsa untuk membeli tiket bas bagi menuju ke destinasi lawatan saya hari ini iaitu Valparaiso yang terkenal itu dengan kadar tambang sebanyak 6000 Peso Chile. Cuaca di Santiago hari ni agak berjerebu yang sedikit sebanyak menghadkan pemandangan walaupun tidak begitu ketara.

Santiago

Perjalanan dari Santiago ke Valparaiso ni mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki bas yang jaraknya 120 kilometer dari Santiago.

Stesen metro Valparaiso ke Puerto


Valparaiso

Sesampainya sahaja di stesen bas Valparaiso saya terus berjalan kaki ke stesen metro yang terletak di pinggiran pantai lautan Pacific untuk menuju ke destinasi lawatan utama iaitu Puerto yang mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk sampai.

Valparaiso

Valparaiso atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Valpo merupakan kota pelabuhan yang dianugerahkan oleh UNESCO sebagai kota warisan dunia.

Valparaiso

Valparaiso

Valparaiso

Bangunan dalam bandar warisan ini memiliki rekabentuk sejarah yang dibina di lereng-lereng bukit yang mempunyai kecuraman 45 darjah mengunjur dari pantai lautan Pasifik.

Valparaiso

Valparaiso

Valparaiso

Valparaiso

Valparaiso

Kotanya juga dipenuhi dengan kediaman yang diwarnai dengan pelbagai warna yang kelihatan seolah-olah melekat di setiap bumbungnya sehingga ke puncak bukit.

Valparaiso

Valparaiso

Bagi menikmati sensasi bersiar-siar di kota warisan ini adalah dengan berjalan kaki dan juga menggunakan salah satu daripada 14 kereta kabel kuno yang menjadi kenderaan penduduk untuk menuju ke rumah mereka yang terletak di lereng dan puncak bukit itu.

Kereta kabel warisan

Agak lama juga saya bersiar-siar di kota warisan Valparaiso ni sehingga lewat petang setelah berasa letih, saya memulakan langkah pulang.

Kereta kabel warisan

Sunday, July 4, 2010

Malam di Santiago

lepak di lobby hostel

Selepas berehat dan solat, saya terus keluar berjalan-jalan di kawasan kejiranan yang dibarisi oleh pelbagai jenis restoran dan cafe untuk mendapatkan makan malam.

masih mencari restoran untuk makan malam

Akhirnya saya singgah untuk mendapatkan hidangan malam yang menunya adalah nasi dan ikan. Suasana malam di Santiago ni meriah dengan orang ramai keluar untuk mendapatkan makan malam sambil bersosial.

Sabar menunggu hidangan malam

hidangan malam siap untuk dijamah

Persembahan di ruang terbuka disekeliling cafe

Lepas makan malam tu saya meluangkan masa lagi untuk jalan-jalan sekitar bandar sambil menikmati suasana malam di Santiago ni dan aktiviti malam masyarkatnya.

Saturday, July 3, 2010

DARI MENDOZA, ARGENTINA KE SANTIAGO, CHILE



26.5.10 (Rabu)
Jam 7.00 pagi sarapan dulu seperti yang ditelah disediakan oleh pihak hostel, pas tu gerak jalan kaki ke stesen bas. Sambil berjalan tu sempat singgah kejap beli buah digeri kat tepi jalan tu untuk bekalan dalam bas nanti. Lepas tu teruskan jalan ke stesen bas dan jam 10.30 pagi bas CATA yang saya tempah semalam bergerak meninggalkan Mendoza, Argentina menuju ke Santiago, Chile. Dari tingkap bas saya dapat menyaksikan kindahan pemandangan kota Mendoza yang dikelilingan gunung-ganang banjaran Andes itu. Perjalanan ni sememangnya sangat menarik oleh pemandangan indah itu dan saya memang sengaja bermalam di Medoza dalam perjalanan ke Santiago ini kerana dapat memulakan perjalanan dari Mendoza ke Santiago pada waktu siang. Sebabnya saya memang mendambakan untuk mengalami keindahan merentasi banjaran Andes yang sempadan memisahkan negara Argentina dan Chile.



Seperti juga bas Andesmar, bas CATA turut menyediakan perkhidmatan yang sama iaitu makan tengahari sepanjang perjalanan ini. Menunya adalah burger dan biskut, tetapi saya hanya memakan biskutnya sahaja kerana burgernya mengandungi daging yang diragui status halalnya. Walaupun begitu, itu sudah memadai kerana saya ada buah yang saya beli tadi untuk menambah hidangan tengahari itu. Lagi pun, kelaparan kurang terasa kerana mata dijamu dengan pemandangan yang indah oleh banjaran Andes yang berbatu dan bersalji itu.



Lebih kurang separuh perjalanan, bas tiba di sempadan imegresen Argentina dan Chile yang terletak di puncak banjaran Andes. Pemandangan di sini plak memang cantik dan udaranya tentulah sejuk ditambah lagi waktu muzik sejuk begini. Di sini, semua penumpang dikehendaki turun untuk pemeriksaan passport. Beg bimbit dibawa bersama dan beg besar ditinggalkan di dalam bas dan akan dikeluarkan untuk diperiksa oleh pegawai yang bertugas. Undang-undang di Chile ni plak tidak membenarkan buah-buahan dan sayuran dibawa masuk melepasi sempadan. Jadi, semua penumpang diingatkan oleh krew bas mengenai hal itu.



Sewaktu memaklumkan perkara itu, krew tersebut mengumumkan dalam bahasa Sepanyol, jadi saya tidak begitu pasti maksudnya sehingga saya bertanya kepada penumpang lain yang boleh berbahasa Inggeris. Kemudian saya teringat buah yang saya beli tadi masih ada bakinya. Jadi, sebelum turun daripada bas, saya terpaksa menghabiskan kesemu buah yang saya beli tadi walaupun perut saya dah terlalu penuh untuk menerimanya. Nak dibuang sayayang pulak….. rezeki tu…. Tapi sebab makan dengan tegesa-gesa, banyak juga sisa buah tu yang terbuang….. nak buat macamana….



Disebabkan nak habiskan makan buah tu, tertinggal gak la saya di belakang dan terus terkejar-kejar turun dari bas sebab semua penumpang dah turun dah untuk beratur bagi pemeriksaan passport. Pemeriksaan di imigresen ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Macam biasalah….. kalau passport Malaysia tu kat sini kena periksa lama sikit sebab mereka jarang bertemu dengan pelancong Malaysia.



Bila dah selesai, semua penumpang menaiki bas semula menuju ke destinasi dengan menuruni pergunungan dengan jalan yang relative sempit serta berbengkang-bengkok. Agak kecut perut juga la duduk dalam bas tu sambil berdoa dan berharap bahawa pemandunya adalah professional.



Sampai sahaja di kaki pergunungan, lanskapnya muala berubah sedikit demi sedikit. Dari kawasan pergunungan yang berbatu kepada kawasan pergunungan yang subur yang dilerengnya terdapat perkampungan masyarakat asli Chile dengan kebun tanaman dilereng gunung itu yang turut dibarisi oleh pokok kaktus. Perjalana seterusnya menuruni pergununggan hingga ke kawasan tanah lembah yang subur. Tanaman utama di sini adalah buah anggur yang menjadi bahan utama untuk produksi wine di negara Latin ini.



Akhirnya, bas yang saya naiki tiba di Santiago, Chile jam 4 petang waktu Chile (Waktu Chile lewat 1 jam dari waktu Argentina) setelah 6 jam 30 minit perjalanan menaiki bas itu. Sampai di stesen bas, saya terus menuju ke stesen metro yang terletak tidak jauh dari situ iaitu kira-kita 5 minit berjalan kaki. Berbanding Biuenos Aires, stesen metro di Santiago ni secara relatifnya lebih bersih. Tambang metro sebanyak 450 Peso (1 USD = 5,300 Peso Chile) dan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi yang sya tuju iaitu stesen Plaza Italia.



Plaza Italia ni merupakan sebuah kawasan dataran (macam dataran Merdeka la) yang terletak di tengah-tengah kota. Dari Plaza Italia ni saya kena berjalan kaki plak selama lebih kurang 10 minit untuk sampai ke hostel Bellvista yang telah saya tempah ketika berada di Mendoza.



Selepas daftar masuk di hostel ni, saya pun merehatkan diri dulu sambil menunggu waktu Maghrib. Kat sini masuk Maghrib lebih kurang jam 6.00 petang sebab waktu musim dingin ni waktu malamnya relatif lebih panjang berbanding waktu siang.