English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, August 15, 2007

Kota Paris - Day One



17.6.07, Pagi yang indah dengan sinaran matahari yang menerangi kota Paris, saya bangun dan terus bersiap untuk breakfast. Kat hotel di Paris ni saya dah tak perlu masak dah sebab breakfast is already included. Agak mewah sikit la sepanjang duduk di Paris ni sebab ini merupakan destinasi terakhir kembara ni. Breakfast ni menunya simple je iaitu roti, cereal, susu, kopi dan jus. So, masa breakfast memang dinanti-nantikan sebab nak makan banyak sikit sebelum memulakan jalan-jalan. Lepas makan terus ke stesen metro dan beli tiket untuk satu minggu dan boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam yang merangkumi lima kawasan di sekitar paris ni. Tapi nak dapatkan tiket ni kena buat pas dan perlu ada gambar. Nasib baik ada bawa gambar nak buat visa masa kat Kuala Lumpur dulu, kalau tak kena buat gambar kat sini, mahal la sikit.




Destinasi pertama saya hari ni ialah ke Palais-Royal di mana terletaknya 'Palais Musee du Louvre' iaitu muzium terbesar di dunia yang menempatkan potret Monalisa yang terkenal itu. Memang besar bangunan muzium ni dan merupakan 'fusion' di antara struktur rekabentuk lama dan moden kontemporari. Saya terkagum seketika apabila sampai di sini dengan keindahan struktur dan rekabentuk bangunannya. Hari ni Ahad jadi ramai orang yang datang melawat ke sini. Barisan memang panjang di kaunter membeli tiket dan kawalan keselamatan juga agak ketat. Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang lama untuk berada di sini maka saya tidak jadi beratur untuk masuk dan membeli tiket. Walau bagaimana pun ada ruangan di bahagian bangunan muzium itu yang tidak kurang menariknya untuk di terokai.




Selepas itu saya pergi ke bangunan bersebelahan muzium yang merupakan 'Theatre-du Palais Royal' iaitu antara panggung teater yang terkenal di Paris. Di hadapan bangunan teater terdapat 'installation' dalam bentuk silinder yang diperbuat daripada konkrit dalam pelbagai saiz dan digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi bersama anak-anak. Secara tidak langsung karya instalasi tersebut menerbitkan aktiviti 'performance' melalui aktiviti interaksi orang awam bersama instalasi tersebut. Saya agak tertarik denga ide yang menjadikan karya instalasi tersebut bersifat fungsional dan ada signifikasi yang bersifat kontekstual dengan masyarakatnya. Jadi, tidak hairanlah mengapa masyarakat di sini dapat memupuk nilai berbudaya dan berkesenian sebagai satu cara hidup dengan sangat efisien.


Kemudian saya turut menziarahi 'Galeries et Jardin-du Palais Royal' dan 'Comedie Francaise' yang bangunannya terletak bersebelahan situ je. Saya berjalan sedikit menuju ke the exit to the metro station Palais-royal di mana terdapat sculpture yang sangat kontemporari yang menjadi gerbang station itu. Karya sculpture tersebut telah dihasilkan oleh designer iaitu 'Jean-Charles de Castelbajac'. Saya lalu je kat stesen metro tu tapi tak naik metro sebab saya nak jalan kaki je. So, dari 'Palais musee du Louvre' tu saya berjalan menuju ke 'Avenue Champs' kemudian melalui 'Elyees' sehingga sampai di 'Arc de Triomphe' yang mengambil masa kira-kira 1 jam gak la jalan pelan-pelan sambil duduk rehat bawah pokok. Cuaca sangat bersinar dan ramai orang bergerak sepanjang perjalanan tu memnerbitkan suatu perspektif yang sangat menarik bila saya menoleh ke belakang dari 'Arc de Triomphe' menghadap ke arah 'Palais-Royal".


Sampai je di 'Arc de Triomphe' ni terasa lapar la plak sebab dah tengahari pun. so bercadang nak makan kat mana plak ni? Saya pun pergi cari station metro terdekat dan bergerak menuju 'Barbes-Rocheckvat' atau 'Red Light Street' atau pun lebih juga dikenali sebagai 'Arab Quarter'. Di sini merupakan tempat yang sangat terkenal untuk mendapatkan makanan hallal kerana banyak peniaga-peniaga Arab, Turki dan India yang menjual makanan halal di sini. Ironinya, disamping makanan hallal, di sini juga merupakan tempat perniagaan 'daging hidup segar' atau lebih mudahnya tempat pelacuran la. Kalau kat Malaysia macam di Chow Kit Road dan Bukit Bintang la.... Yang jadai 'bapak ayam'nya orang-orang Arab, Turki dan India tu juga laaaaa......bukannya mat salleh caucasian (sedih dan malu gak tengok situasi tu...).



Premis-premis perniagaan hallal tu pulak berselang-seli dengan premis perniagaan yang 'tak hallal' tu jugak. Pada mulanya saya agak 'confuse' la plak sebab asal lalu je pak Arab yang jadi 'bapak ayam' dan 'ayam-ayam'nya selalu panggil nak offer 'ayam'. (Sama la macam kalau lalu kat Bukit bintang tu...!). Tapi saya datang sini nak cari makanan hallal....bukannya ayam tak hallal...!!! Tapi bila dah lama-lama tu dah 'mangli' dah....Bapak ayam tu siap kenal lagi terus teka "from Malaysia....!!!???" Hai...Arab....Arab....! Nampaknya diorang dah kenal dah muka Malaysia. Saya pun tak pasti kalau ada orang Malaysia yang pernah melanggan 'ayam' kat situ. Tapi yang pastinya...ramai orang Malaysia mungkin datang ke sini sebab nak cari makanan hallal....itu saya pasti....




Jalan punya jalan akhirnya amik keputusan makan kat restoran India yang jual nasi beryani layuk ayam. singgah la makan kat situ. Ok gak la rasanya dan menu yang paling best kat situ ialah resepi ayam goreng (macam KFC la...), cuma rasanya campuran rempah kari India, tu yang best tu...tapi citarasanya tak la sama macam Nasi Kandar atau Nasi Mamak di Malaysia....kalau ikut citarasa memang la di Malaysia lebih sedap secara relatifnya. Tambah-tambah lagi nasi di restoren Hameediyah kat Campbell Street, Penang. Ayoo tak boleh lawan oooo....


Lama gak lepak kat restoran tu sambil tengok video clip lagu-lagu Hindustan yang dipasangkan pada TV. Sambil tu pulak hari hujan kat luar, so, lepak la lama sikit waktu lunch tu. Lepas dah lama tu keluar la juga dari situ sambil meredah hujan yang masih belum berhenti tetapi semakin lebat la plak. Berhenti la kejap kat kedai Pakistan yang jual kain baju dan cenderahati. Kemudian pak cik Pkistan tu siap tegur lagi..."from Malaysia?" saya jawab 'yes'...kemudian dia jawab 'Ooo Malaysia is very good" sambil mengangkat ibu jarinya kemudian dia sebut nama-nama bekas perdana menteri Malaysia yang dia ingat iaitu Tun Abdul Razak, Tun Mahathir dan perdana menteri sekarang Abdullah Ahmad Badawi. Sambil tu dia kata "Malaysia good.....Malaysia good" berulang kali. Rasa bangga kejap la bila dengar pak cik tu cakap macam tu. Kemudian siap nak bagi diskaun lagi kalau beli barang dia...kelasss...


Agak lama gak lepak berteduh kat kedai Pakistan tu tapi hujan masih belum berhenti tetapi masih gerimis. So, saya pun ambil keputusan untuk balik ke hotel je. Lagipun hari dah petang. Saya pergi ke stesen Metro dan balik ke hotel untuk lepak-lepak. Nanti Malam boleh keluar balik untuk dinner. Bukannya susah sangat, tiket dah dibeli untuk seminggu. Jadi tak perlu risau nak bayar tambang lagi....guna je la semaksimum mungkin. Public transport plak bukan susah sangat nak dapat, bersepah ada...nak naik metro ke! bas ke! RER ke! ikut suka lahh....tak perlu tunggu lama-lama pun.

No comments: