English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 12, 2013

MISI UZBEKISTAN 2013

 
 
Tashkent, Uzbekistan
 
Tashkent, Uzbekistan
 

Februari 24 hingga 29, 2013 saya berkesempatan mengunjungi negara Uzbekistan, iaitu salah sebuah negara yang terletak di Asia Tengah. Sebelum ini saya pernah bercadang untuk ziarah ke negara Asia Tengah ni tapi tidak kesampaian. Waktu tu saya dalam rangka kembara ke China dan turut mendapatkan visa ke Tajikistan yang bersempadanan dengan Tanah Besar China. Namun, oleh sebab kekangan masa dan pengangkutan untuk ke Tajikistan tu, maka niat untuk ke sana terpaksa dibatalkan. Namun, kini impian untuk ke salah satu negara di Asia Tengah ni akhirnya terlaksana juga. Kunjungan ini atas urusan tugas sebenarnya dan bukannya urusan santai sebagai 'backpakers' seperti lazimnya. Perjalanan yang saya lalui menuju ke Uzbeksistan ni bermula dari Pulau Pinang, transit di KLIA dan dari KLIA dengan menaiki penerbangan MAS terus menuju ke Dubai dan transit di Dubai untuk menaiki penerbangan Uzbek Air dari sana menuju ke Uzbekistan. Perjalannya mengambil masa yang relatif lama juga kira-kira 20 jam gak la baru nak sampai. Itu perjalanan penginya. Perjalanan baliknya pulak naik Korean Air dari Tashkent ke Soul, Korea dan transit di sana. Tapi tak la lama sangat macam transit di Dubai tempohari. dari Soul naik MAS ke KLIA transit di sana dan tunggu plak MAS ke Penang.
 
 

Transit di Dubai
 
Hotel Dedeman
 
Tiba di Tashkent, saya dibawa menuju ke hotel Dedeman menaiki teksi  di mana di hotel ini lah saya menginap sehingga selesainya tugasan saya di sini. Usai mendaftar masuk dan meletakkan barangan di dalam kamar hotel, saya dibawa mendapatkan makan malam di sebuah restoran yang agak terkenal katanya di Tashkent ni. Hidangannya adalah menu khas Uzbekistan iaitu, roti, salad, serta kambing.
 
Pameran Pendidikan, Tashkent, Uzbekistan 2013
 
Keesokan harinya, saya dibawa meaniki teksi ke dewan pameran pendidikan Tashkent 2013 yang tidak berapa jauh dari lokasi hotel tempat saya menginap tu. Banyak juga booth yang telah disediakan untuk universiti dari seluruh dunia yang menyertai pameran ini. Tujuannya adlah sama, iaitu untuk mempromosikan universiti masing-masing dan menarik penduduk di sini bagi melanjutkan pengajian mereka.
 
Dewan pameran pendidikan 2013, Tashkent, Uzbekistan
 
Pameran Pendidikan
 
Pameran Pendidikan, Tashkent, Uzbekistan 2013
 
Pada hari kedua pameran, saya berkesempatan mengunjungi  Westminster University di Tashkent ni. Universiti ni berpusat di UK dan di sini hanya merupakan cawangan sahaja dan menjadi universiti swasta yang agak terkenal dan diminati oleh penduduk di sini untuk melanjutkan pengajian peringkat degree terutamnya dalam bidang Pengurusan. Di sini, saya beramah mesra dengan pihak pengurusan sambil mengintai peluang untuk berkolaborasi antara universiti.
 
 
Melawat Westminster University, Tashkent
 
Melawat Westminster University
 
 
Di kesempatan yang ada, saya tidak melepaskan peluang untuk bersiar-siar di sekitar Tashkent bagi lebih mengenali kehidupan masyarakat di sini. Antara lokasi terkenal di sini adalah Chorsu Bazar dan Masjid Hayotidan yang terkenal itu.
 

Jalan-Jalan sekitar Tashkent

Jalan-Jalan sekitar Tashkent

Jalan-Jalan sekitar Tashkent

 Jalan-Jalan sekitar Tashkent
 
Jalan-Jalan sekitar Tashkent

Jalan-Jalan sekitar Tashkent
 
Jalan-Jalan sekitar Tashkent
 
Jalan-Jalan sekitar Tashkent
 
Jalan-Jalan sekitar Tashkent
 
Madrasa Hayotidan, Tashkent
 
Madrasa Hayotidan, Tashkent
 
Madrasa Hayotidan, Tashkent
 
Madrasa Hayotidan, Tashkent
 
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
 
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
\
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
Jalan-Jalan sekitar Chorsu Bazar
 
Food Court di Chorsu Bazar
 
Food Court di Chorsu Bazar
 
Food Court di Chorsu Bazar
 
Food Court di Chorsu Bazar
 
Food Court di Chorsu Bazar
 
Hidangan Malam di Food Court, Chorsu Bazar
 
Tidak sahaja sekadar bersiar-siar di kota Tashkent, malah saya turut berkesempatan menjelajah hingga ke Chimyon. Hal ini saya lakukan pada hari terakhir berada di sini, memandangkan penerbangan pulang adalah pada waktu malam, maka di sebelah siangnya merupakan waktu senggang. Jadi, usai sarapan di hotel, saya mendapatkan perkhidmatan teksi yang sanggup membawa saya ke Chimyon dan kembali semula ke hotel dan terus menghantar ke lapangan terbang di sebelah malamnya, Lokasi Chimyon ini terletak agak jauh tari Tashkent dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk pergi dan 2 jam lagi untuk kembali semula ke Tashkent. Oleh sebab sekarang adalah di penghujung musim dingin maka salji tidak kelihatan lagi di Tashkent. Namun, di Chimyon ni plak, salji sentiasa meliputinya sepanjang tahun kerana ia merupakan kawasan tanah tinggi. Segelintir orang berpendapata bahawa Chimyon ni lebih kurang sama macam di Engelberg, Switzerland tu,yang bersalji sepanjang tahun. Sama macam di Engelberg, Switzerland, di sini saya berpeluang menaiki kereta kabel untuk menuju kepuncak gunung dan kawasan ini juga turut merupakan lokasi bagi penggemar sukan ski ais. Namun, dari segi prasarana, jauh lah bezanya dengan Switzerland, tetapi keindahan alamnya tetap memukau para pencinta alam.
 
Chimyon
 
Chimyon 

Chimyon

Chimyon

Chimyon
 
Mengabadikan kenangan di Chimyon, Uzbekistan
 
 Chimyon
 
Pengalaman saya di Uzbekistan ni turut dirakamkan dalam emel yang titipkan buat teman di Malaysia sewaktu keberadaan saya di negara Asia Tengah ini:
 
Isnin 25.2.13
Salam,
Memang best gak la tempatnya ni, tapi memang betul, dia tak galakkan pelancong datang sangat. sebab visa yang dia bagi pun ngam-ngam ikut tarikh acara promosi saya di sana selesai. kalau 5 hari acara maka 5 hari jelah tarikh yang tertulis kat visa tu. backpackers tak nampak sangat di sini. bah kan tak banyak pelancong yang datang backpack pun. kebanyakkannya datang untuk bussiness je. memang harga hotel dan barang agak mahal. makanan memang sedap lebih kurang macam rasa kat Urumqi dan Kashgar di China hari tu la. Cuaca sekarang ni masih sejuk sebab baru habis winter dan nak masuk spring. sebab visa ngam-ngam je, lepas habis kerja promosi tu, dah terus kena keluar edari Uzbek nih. Imigresen memang agak tegas di sini. Memang macam ala era post-soviet la. Tu... la susah-susah nak masuk tu, tapi bila dah dapat masuk best sebab orangnya ramah-tamah dan selalu bagi salam bila jumpa. pas tu tak de la ambil kesempatan nak menipu kalau jual beli tu. mungkin sebab pelancong tak ramai datang, jadi mereka tak terbiasa lagi dengan budaya untuk mengambil kesempatan atas pelancong. Kalau beli barang tu, bila terlebih bayar diaorang pulangkan balik duit lebinya. Lepas tu, tak berkira sangat kalau berjual beli. Jadi, dengan pelancong mereka sangat ramah. Terutamanya kalau dari Malaysia sebab mungkin mereka mengenali Malaysia sebagai negara yang mempunyai reputasi yang baik. Cuma, duit je masalah sebab kaunter money changer terhad. Ada kat hotel dan airport je. Kat kedai di tepi-tepi jalan ni tak de. Pastu, kena bawa berbundel-bundle plak tu. Tapi kat pasar (bazar) ada gak duit yang jual macam tu je kat tepi jalan dalam karung, sebab dah tak de money changer. Tapi saya tak confident la nak berurusan. Namun, kata orang lokal memang duit yang jual kat pasar tu laku dan bukan tiruan. Orang kat sini pun tak simpan duit dalam bank. dia orang simpan duit dalam rumah je. Sebab, alasannya kerana mereka tidak mempercayai bank. Mereka kata kalau simpan duit dalam bank nanti kerajaan curi..... wallah wa’alam. Saya tak dapat bayangkan macaman besarnya agaknya peti besi diorang kat umah. Mungkin sebesar peti ais agaknya, sebab dinominasinya hanya ada 1000 sum [RM1.50] sahaja yang paling besar dan yang paling kecil lah tu. Mudah ceritanya.... Uzbekistan ni negaranya memang cantik dan menarik sama seperti orangnya, tapi agak susah untuk dimasuki dan agak sukar untuk didiami oleh pelancong. mmmmm...... cam ner??!!!
Salam.
kipli
 

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dr kipli...nampak tembam cikit senang hati yer...he3..apa2pun best tengok catatan perjalanan dr...rindu lama tak tengok...dah 6tahun lebey tinggalkan USM..tapi skrg dr dah tak jadi warga USM..entah bila dpt bertemu lagi...didoakan dr sentiasa di bawah lindunganNya...Aminnnn...

Bin Basra said...

Salam, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya walaupun tidak dikenali siapakah yang empunya diri.