English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, November 1, 2012

PROGRAM HALATUJU PUSAT PENGAJIAN SENI, USM 2012

19 - 21 Okt. 2012, belum hilang lelah ekoran pengajuran Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2, yang baru lalu, sibuk pulak mengikuti program Halatuju PPSeni, USM di antara Staff dan mahasiswa Tahun 1. Bertempat di Tasik Beris Resort, Sik, Kedah, program halatuju ini bermatlamat untuk memotivasikan mahasiswa Tahun 1 PPSeni dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta memandu arah tentang halatuju yang mereka bakal terokai dalam bidang seni.

Mengawasi peserta sewaktu aktiviti 'Lake Crossing'

Mengangkat masuk peserta 'Lake Crossing' yang tidak berupaya untuk meneruskan aktiviti

Mengawasi peserta sewaktu aktiviti 'Lake Crossing'

Mengawasi peserta sewaktu aktiviti 'Lake Crossing'

Atara aktiviti yang dijalankan bersama-sama mahasiswa seni dan staff merangkumi program motivasi dalam menjalani kehidupan sambil meningkatkan sahsiah diri.Antara aktiviti yang agak mencabar adalah jungle treckking dan lake crossing. Program seperti amat menarik bukan sahaja dapat memotivasikan mahasiswa untuk berjaya dalam pelajaran. Bahkan yang tidak kurang pentingnya adalah ia dapat merapatkan hubungan di antara mahasiswa dan staff samada akademik mahupun pentadbiran. Moga ada lagi program seperti ini yang akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang....

No comments: