English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 27, 2011

SAWNG THAEW MERAH

Sawng Thaew Merah

Nak cerita sikit la pasal kenderaan awam nih yang teringin sangat saya nak naik. Jadi, saya pun gamble je dari lapangan terbang Chiang Mai tak nak naik teksi tapi nak naik jugak sawng thaew merah. Lama jugak saya menanti di depan terminal terbang Chiang Mai tuh dan cuacanya pun relatif panas di sini. Sebelum ni saya dengar orang bercerita yang cuaca di utara Siam ni agak sejuk. Tapi bila saya berada di sini, rasanya macam sama je denga P.Pinang dan K.L. Perasaan saya ni turut diakui oleh sorang Mat Salleh ni yang juga menanti teksi untuk ke pusat bandar. Cuaca panas sangat katanya, dah lama tunggu teksi tapi tak dapat gak lagi. Mamat ni nak naik teksi tapi dia tak beli tiket kat kaunter yang terletak di dalam terminal. Kat terminal ni pulak, kalau kita dah keluar tak boleh masuk lagi sebab kalau masuk ke dalam terminal tu maknanya dah daftar masuk untuk boarding dah. Sebab semua penumpang yang nak daftar masuk berbaris di luar terminal kerana tida ruangan khas untuk daftar masuk di dalam terminal tu.... jadi kalau dah keluar tuh... maknanya tak boleh masuk ke dalam terminal lagi. Kalau tak beli tiket teksi di kaunter yang terdapat di dalam terminal tu, kat luar dah tak ada orang yang jual tiket teksi.....mmmm cam ne...??? saya pun baru perasan bila dah berada di luar terminal. Jadi mat salleh tu pun dah hilang punca sebab tak boleh naik teksi sebab tak ada tiket. Saya pun memang cadang nak beli tiket teksi je sebab dah lama mundar-mandir masih tak jumapa sawng thaew merah nih... tapi dah tak boleh dah gak la.... jumpa mat salleh nih... dia nak naik teksi tapi tak boleh gak... saya kata saya nak naik sawng thaew merah je....kalau nak ikut jommm.... tapi dia tak berminat agaknya dan saya kata kat sebelah kiri bangunan terminal tu ada banyak teksi, sebab masa saya lalu kat situ tadi ternampak la ke bahagian tu.... cuba lah ke sana mana tahu boleh dapat teksi. Dia pun berlalu mengikut arah yang saya tunjukkan tadi.

Akhirnya ada sebuah sawng thaew merah yang lalu dan saya pun bergegas menerpa ke arahnya dan kebetulan pulak ada orang lain gak yang nak naik. Saya pun bertanyakan pada pemandu tu sama ada dia menuju ke pusat bandar atau tidak. Lalu pemandu tu pun mengganguk tanda dia pergi ke pusat bandar. Saya pun bergerak menuju ke bahagaian belakan mengikuti penumpang yang lain tadi untuk duduk di tempat duduk belakang. Belum sampai di belakang saya dipanggil oleh pemandu dan saya pun berpatah balik. Dalam hati tertanya-tanya gak, apa hal plak pemandu nih....bila sampai je dia suruh saya duduk kat depan sebelah dia rupanya...ok...laa... duduk je lah...

Peramah pulak la pemandu nih dan memulakan perbualan dengan pertanyaan klise ’nak ke mana’? saya cakap pusat bandar. Dia kata tambang 80B (RM8). Saya menjawab mana boleh! 60B (RM6) je. Mana sampai 80B dari lapangan terbang ke pusat bandar tu. Kemudian pemandu tu macam malu-malu alah... sambil mengiaya-iyakan kata-kata saya ’ya...ya...60B’... sorry...saya tersilap... saya tersilap katanya...mmmm.... sebenarnya saya telah memaklumi tentang kadar tambang kenderaan awam di sini melalui buku panduan yang saya dah agak khatam jugak la sebelum sampai di destinasi yang dituju. Jadi saya dah tahu kadar sawng thaew merah hanya 60B kalau dari lapangan terbang ke pusat bandar. Itu adalah kadar yang paling tinggi. Sebab kalau dalam sekitar bandar sahaja kadarnya cuma di antara 20B (RM2) hingga 40B (RM4) je seorang.

Oleh sebab pemandu tu peramah, jadi kami pun terus berbual dan dia cuba memancing dan menduga saya lagi dengan bertanya...’selalu ke datang sini?’ Bagi mematahkan dugaannya itu, saya pun menjawab ’ya, saya memang kerap ke mari (walaupun sebenarnya ini lah pertama kalinya saya jejak kaki di sini). Malah saya ada kawan di sini dan datang nih sebab nak jumpa kawan lah ni...(walaupun sebenarnya tak de sesapa pun yang saya berjanji nak jumpa kat sini). Masih tidak mahu mengalah, pemandu tu menawarkan pulak hotel untuk saya menginap. Saya kata tak perlu sebab saya nak jumpa kawan saya di pusat bandar dan dia telah menempahkan hotel untuk saya. Mana taknya, hotel yang pemandu tu tawarkan agak relatif mahal harganya iaitu 600B (RM60) untuk satu malam. Apabila kami melalui di hadapan hotel yang dimaksudkan oleh pemandu tu, dia pun menunjukkan kepada saya ’itu lah hotelnya...’ sambil menunjuk pada hotel Lai Thai yang saya huni kemudiannya dengan kadar 400B (RM40) sahaja satu malam. Tanpa berputus asa, pemandu tu kemudiannya menawarkan pula pakej bersiar-siar di sekitar bandar Chiang Mai dengan menggunakan kenderaan sawng thaew merah nya dengan kadar 800B (RM80). Mmmm.... dalam hati saya berkira-kira...’agak relatif mahal tu...kalau setakat nak ronda-ronda sekitar bandar ni je!!!

Saya pun dengan penuh sopan dan budi bahasa menolak pelawaan pemandu tu dengan ucapan ’akan memikirkannya kemudian’ dan meminta kad perniagaan dari pemandu tu... kalau sekiranya saya berminat, nanti saya akan hubunginya... pemandu tu pun memberikan kad perniagaannya. Dia pun tertawa sambil berjabat tangan dengan saya dan mengucapkan ’we are friend... we are friend…’ saya pun turut tertawa sama dengan penuh rasa kemenangan sebab gagal dimanipulasi oleh pemandu nih…walau bagaimanapun, pemandu tu juga adalah manusia biasa yang berusaha untuk meraih keperluan duniawi demi kelangsungan kewujudannya…. Begitu juga dengan saya, berusaha demi survival dalam mengharungi permainan persembahan kapitalis. Jadi, kami sama-sama merupakan pemain dalam persembahan kapitalis ini...

Tidak lama selepas itu, kami pun tiba di pusat bandar dan saya diturunkan di situ dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu yang peramah itu dengan membayar tambang sebanyak 60B. Dari situ, saya terus mundar-mandir mencari mencari tempat mengginap yang akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba bertanya di hotel Lai Thai yang dicadangkan oleh pemandu sawng thaew merah sebab kondisi hotelnya pun agak menarik gak, siap dengan kolam renang lagi.... percubaan saya memuaskan hati kerana saya dapat kadar yang saya rasa sesuai iaitu 400B (RM40) untuk satu malam berbanding dengan yang ditawarkan oleh pemandu tadi iaitu 600B (RM60) untuk satu malam. Lalu, intuisi saya pun mengerakkan hati saya untuk menginap di situ....Sekali lagi saya berjaya mengungguli permainan persembahan kapitalis ini.

Chiang Mai, Thailand

1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sdr Bin Basra,
Saya tiada kesempetan untuk membaca blog ini lagi. Mungkin bulan puasa nanti boleh 'layan'...

Dan saya telah membuat pautan siap dengan gambar sdr di atas kubur yahudi di Jerman lagi sebagai attraction di
http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Terima kasih dan salam...