Jalan-jalan di pekan Chiang Mai
12.7.11 (Selasa)
Setelah menghilangkan lelah seketika di dalam kamar nih, kira-kira jam 5.30pm saya bercadang nak keluar jalan-jalan lagi sekitar pekan Chiang Mai nih dan terus cari makan malam sekiranya bertemu. Cuaca petang ni tak lah panas sangat macam tengahari tadi, jadi saya pun berjalan-jalan sambil mengambil gambar apa yang patut. Tujuan akhirnya juga adalah untuk mencari kedai makan halal untuk makan malam. Petang nih saya berjalan ke arah lain dan bila dah berjalan jauh tu saya masih tidak bertemu dengan kedai makanan halal lagi.
Jalan-jalan di pekan Chiang Mai
Jejeran tinggalan tembok Tha Pae
Mulanya saya bercadang nak ke pasar yang saya pergi tadi je untuk ke kedai yang sama di mana saya mendapatkan makan tengahari. Tetapi setelah berjalan kira-kira 1 jam 30 minit tuh saya rasa malas la plak. Pertamanya kerana lokasi saya berada sekarang dengan lokasi pasar tuh relatif agak jauh gak. Kedua, sebab hari dah makin gelap. Jadi saya beranggapan bahawa kedai tadi tu mungkin dah tutup (agakan saya je la tapi tak pasti...). jadi saya ;pun membatalkan niat saya untuk ke pasar siang tadi.
Jejeran tinggalan tembok Tha Pae kat belakang tu
Jejeran tinggalan tembok Tha Pae
Dalam fikir punya fikir tu plak, tiba-tiba je hari hujan. Mulanya agak renyai-renyai je, tetapi akhirnya menjadi semakin lebat la plak...saya pun apa lagi... berlari la untuk mencari perlindungan...lari punya lari akhirnya kaki saya telah membawa saya ke hadapan restoran McDonald. Waktu pada masa tu kira-kira jam 7.00 malam. Memang dah gelap sangat la kat sini, sama macam jam 8.00 malam di Malaysia.
Jalan-jalan di pekan Chiang Mai
Jalan-jalan di pekan Chiang Mai
Apa lagi, saya tanpa berlengah terus masuk ke dalam restoran Mc Donald tu dan terus memesan ’Fillet O Fish & Chip’ untuk hidangan malam ni dengan harga 119B (RM11.90). Ok gak la, hujan di luar pun semakin lebat nampaknya. Saya pun duduk menikmati hidangan malam....habis meikmati makan malam tuh, hujan masih tak berhenti lagi. Bahkan bertambah lebat, siap dengan kilat dan guruh lagi....dah satu jam dah saya duduk makan malam dalam nih....mmmmm....tunggu je lah teduh dulu...bukan ada apa nak dikejarkan pun...lagi pun laptop ada dalab beg galas ni. Kalau saya redah hujan ni nanti basah la plak. Jadi tunggu je lah... hingga hujan reda...maklumlah sekarang ni bulan Julai dan di sekitar Lembah Mekong ni kalau dalam bulan-bulan monsun begini memang lah kerap hujan. Waktu sekarang juga dikenali sebagai ’low season’ yang juga bemaksud tidak ramai pelancong yang datang bertandang ke sini. Tu lah tadi, sebabnya kerap berlaku hujan. Jadi, menjejaskan sikit la acara lawatan pelancong sekiranya datang dalam musim begini.
Jalan-jalan di pekan Chiang Mai
Pun begitu, tidak bermakna tidak ada langsung pelancong yang datang. Ada.... tapi jumlahnya menurun la daripada bulan-bulan yang lain yang tidak termasuk dalam musim monsun nih....Lepak-lepak waktu menunggu hujan berhenti nih... sempat lah saya membelek-belek buku panduan dan menulis-nulis catatan yang patut....hingga akhirnya kira-kira jam 8.30pm hujan pun reda. Saya pun mengambil peluang ini untuk beredar segera dari situ untuk pulang semula ke hotel. Takut-takut nanti hujan balik dan bertambah lebat.... tersangkut plak la saya kat sini kang....
Makan malam 'Fish & chips' di Mc Donald je
Alhamdulillah..... saya sempat sampai semula ke hotel di waktu hujan reda tuh... dan kalau tak silap saya.... malam tuh sewaktu saya sudah mula tidur, hujan turun semula dan tidak saya ketahui bila berhentinya.....
1 comment:
Assalamualaikum..saya nk tnya,,klau bulan 12 cuaca di chiang mai mcm mne ye?? bulan 12 ni saya dan keluarga hendak ke sana..
Post a Comment