Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, November 8, 2010
KEMBARA EROPA 2010 BERMULA....
Hari ini 9.11.2010 (Selasa) di sebelah paginya saya berkemas-kemas memasukkan barang keperluan ke dalam beg kembara yang tergantung di dinding, tidak berusik sejak balik dari kembara Amerika Selatan bulan Jun yang lepas. Buku panduan kembara telah pun saya beli minggu lepas dan telah mentelaah perjalanan kembara yang akan saya lakukan. Kembara kali ini membawa saya ke benua Eropah yang kini sedang mengalami perubahan musim dari penghujung musim luruh dan di awal musim sejuk. Jadi, saya hanya perlu membawa baju-baju tebal yang perlu sahaja. Insyaallah, kembara ni hanya akan mengambil masa selama lebih kurang tiga minggu sahaja bermula dari 9.11.10 hingga 30.11.10 akan datang. Maknanya, saya akan menyambut raya haji di Benua Eropah lah tahun ni tapi tak pasti lagi di negara mana.... kalau jemaah haji sedang bergerak ke Mekah tetapi saya pulak ke benua Eropah....mmmmm tak pe lah... lagi pun musim haji 2008 dahulu saya sudah pun sama-sama melaksanakannya di kota Mekah....Sebenarnya tujuannya saya ke Eropah pada kali ini adalah untuk pembentangan kertaskerja seminar yang akan berlangsung di Goethe-Frankfurt University, Frankfurt, Germany. Seminar yang bertemakan 'Trade and Finance: Fiction & Faction in the Malay world' itu akan berlangsung pada 11 - 12 Nov 2010. Seusai seminar tu saya terus memanjangkan tempoh keberadaan di benua Eropah sehingga 30 Nov. Kebetulan pulak saya juga sedang terlibat dengan projek penyelidikan yang baharu berkaitan 'persembahan ritual Islam' yang tinjauannya melibatkan benua Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Jadi, usai pembentangan tu, saya mengambil peluang untuk bergerak ke lokasi-lokasi terpilih bagi tujuan penyelidikan tersebut.... Perkembangan terkini kembara kali ini akan saya masukkan dalam entry seterusnya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat berangkat Tuan Haji!
Terima kasih tuan, Alhamdulillah....
Post a Comment