9.6.10. Selepas mengucapkan terima kasin dan selamat tinggal kepada Ceaser, pemandu yang tidak membosankan itu, saya terus bersiar-siar di sekitar pekan kecil Iguazu itu untuk mendapatkan makan malam. Untuk mencari kelainan, saya tidak mahu pergi ke restoran di mana saya mendapatkan makan tengahari semalam. Sebaliknya saya terus mencari cafe yang lain, namun agak sukar juga untuk mendapatkan makanan yang halal. akhirnya saya memutuskan untuk singgah di cafe yang menghidangkan makanan yang berasaskan vegetarian & makanan laut.
S3lesai menikmati makan malam itu, saya terus pulang ke Uno Hostel, membersihkan diri lalu terus solat dan tidur untuk merehatkan diri bagi menyimban tenaga untuk perjalanan yang akan dilakukan semula esok hari....
SEMENTARA MENUNGGU UNTUK BERGERAK KE STESEN BAS
Oleh sebab bas yang akan saya naiki untuk menuju ke Buenos Aires hari ini bergerak pada waktu tengahari, jadi selepas sarapan pagi tu saya mengambil kesepatan untuk menikmati kemudahan yang terdapat di Hostel Uno ni sambil bersantai.
Sewaktu baru tiba ke sini tempohari saya sangat risau dengan keberadaan dan salakan anjing-anjing yang besar menyambut ketibaan saya. Tetapi hari ini saya sudah mula membiasakan diri dengan kehadiran anjing-anjing ini dan mereka nampaknya sudah semakin mesra. Cuma saya tidak dapat meluahkannya dalam bentuk sentuhan yang terlalu intim kerana air liurnya anjing-anjing ini agak merimaskan saya juga.
Menikmati hari-hari terakhir di Hostel Uno ni agak menyenangkan dan timbul sedikit rasa kesayuan kerana akan meninggalkan bumi Puerto Iguazu yang indah ini. Menambahkan lagi kesayuan apabila melihat reaksi anjing-anjing yang mengiringi kepergian saya dengan salakan yang bunyinya semakin mesra. Di mata setiap anjing yang saya tatapi buat kali terakhir itu menampakkan riak kesedihan kerana mereka juga sudah merasai kemesraan saya dengan mereka agaknya....
MENINGGALKAN PUERTO IGUAZU
10.6.10 (Khamis)
Jam 11.30 pagi naik bas Tigre Iguazu menuju ke Buenos Aires. Tidur satu malam dalam bas yang bergerak selama 18 jam.
No comments:
Post a Comment