Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, July 26, 2009
PELANCARAN BUKU & KUDA KEPANG
"Heboh Buku" Ekspo & Minggu ICT USM "Penerbitan Untuk Kelestarian" telah pun berlangsung pada 23 - 26 Julai 2009. Sempena pesta itu, buku saya yang bertajuk 'Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik Dalam Kuda Kepang Mabuk' turut dilancarkan. Pun begitu, saya tidak dapat berada di acara pelancaran tersebut kerana terpaksa memenuhi tuntutan acara lain pada tarikh yang sama iaitu pembentangan kertaskerja di 'Seminar Seni Kebangsaan 2009' anjuran Universiti Malaysia Sabah.
Namun saya berusaha berusaha untuk tidak menghampakan Penerbit USM dengan menjanjikan suatu persembahan Kuda Kepang pada tarikh 26.7.09 sebagai memeriahkan lagi acara Heboh Buku tersebut. Selesai pembentangan, saya bergegas kembali ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Jam 7.00 pagi dari K.Kinabalu dan tiba jam 9.30 pagi di USM.
Jadi sempatlah saya menyertai pelajar saya yang sangat komited untuk mempersembahkan persembahan Kuda Kepang bagi memeriahkan acara anjuran Penerb it USM itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Congatulations!!! Hope for more books from you...
Tahniah tahniah buku Kuda Kepang. Aku pun dah lama tersimpan hasrat nak kembangkan tari kuda kepang, tapi belum kesampaian, kuda dah beli dua ekor di Jogja, kaalau disimpan lama2 roask pulak dia.
Nurbaya: tq
zubin: elok la tuh! mai la buat kolaborasi 'performance' kuda kepang. dah lama tak berkolaborasi nih...!
Post a Comment