English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, January 15, 2009

INDAHNYA KEMBARA YANG SATU ITU....

Memori ringkas sewaktu kembara Haji di Tanah suci Disember 2008 - Januari 2009



Pandangan Kaabah dari tingkat atas Masjidil Haram. Sewaktu Menanti hari untuk wukuf di Padang Arafah.


Para jemaah bergerak meninggalkan Mekah untuk wukuf di Padang Arafah.


Ketika wukuf di Padang Arafah.


Sewaktu 'mabit' di Muzdalifah.


Mengutip batu di lereng bukit di Mina yang akan digunakan untuk melontar jamrah.


Mama berjalan pulang dari melontar Jamrah di Mina.


Suasana jemaah Malaysia di dalam khemah di Mina pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Di tingkat atas Masjidil Haram. Foto ini merupakan karya fotografi ibu saya yang pertama. Not bad...


Jabal Rahmah terletak di Arafah dan merupakan lokasi pertemuan Adam dan Hawa setelah lama terpisah apabila dicampakkan ke dunia dari syurga.


Tapak asal masjid Hudaibiah. Di sinilah berlangsungnya perjanjian hudaibiah di antara Rasulullah dan kaum musyrikin Mekah. Lokasi masjid ini terletak di tanah halal, jadi boleh memasang niat umrah di sini.


Tempat Saie dari bukit Safwa


Bukit Marwa


Masjid Quba di Madinah, salah satu daripada empat masjid yang perlu diziarahi iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin (sekarang diduduki oleh Israel). Satu solat di masjid ini bersamaan dengan satu umrah.


Permakaman Baqi, impian setiap muslim untuk dimakamkan di sini kerana beroleh syafaat. InsyaAllah...


Bersama mama, berlatar belakangkan 'Jabal Uhud' yang merupakan lokasi berlakunya perang Uhud. Jabal Uhud itu berwarna kemerahan dan akan bertambah lagi merahnya apabila menjelang pentang menjemput senja. Menurut penduduk sini, warna kemerahan itu merupakan suatu ekspresi kerinduan Jabal Uhud terhadap para syuhada yang syahid sewaktu perang Uhud.


Masjid Nabawi yang didalamnya terdapat Raudah terletak dibawah kubah yang berwarna hijau itu.


Ruangan Raudah, tempat yang makbul doa.

5 comments:

zubin said...

suka sungguh tengok gambar-gambar dari pengembaraan yang ini, sungguh mengkagumkan. macamana hang boleh ambik gambar ye. Aku buat umrah hari tu satu gambar pun tak dapat ambik, yang ada semua hilang kat dubai, dok tunggu yang member ambik tak sampai-sampai hingga ke skrang.

Bin Basra said...

Alhamdulillah, saya dapat merakamkan 920 keping gambar yang merangkumi Tanah Suci Mekah dan Madinah. Memang la masa nak masuk Masjidil Haram tu polis Arab cek setiap jemaah yang nak masuk, tapi Alhamdulillah... diaorang tak perasan yang i bawa kamera atau pun saja buat-buat tak perasaan. Wallah waalam. Jadi setiap sudut yang i pergi tu nak snap aje la. Pernah gak sekali kena tengking dgn polis Arab masa nak snap gambar. pas tu i menghilangkan diri di celahan jemaah yang menjangkau 7 juta lebih itu. Ada beberapa lagi la insiden berkenaan dgn mengambil gambar ni yang sentiasa segar dalam ingatan... InsyaAllah...Gambara-gambar inilah pengubat rindu sebenarnya.

Penjejak Badai said...

wah..ni kira tangkap gambar secara sulit ni...mau nya tau kat kerajaan arab mau potong tangan...wahaha

zubin said...

Tuan Haji Dr.Kipli
Nampaknya lama tak update blog ni. Nak tahu juga apa perkembangan persembahan di Penang atau apa travel yang terbaru. Lawati blog saya yang menyebut Dr.Kipli dalam tanah Serendah Sekebun Bunga

sally said...

nice scenery..really..