English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, October 30, 2008

Belasungkawa

Pagi ini 31.10.08, saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya yang dah lama tidak berjumpa, Mazlan Tahir dari UITM Shah Alam yang memaklumkan bahawa saudara Nasir Ali telah kembali ke rahmatullah. Saya terkedu seketika.... terima kasih abang Lan untuk maklumat tersebut. Nasir Ali adalah penggiat teater yang gigih dan juga pelakon drama dan filem yang memulakan kariernya sejak saya masih kecil lagi. Sewaktu kecil di kampung dulu, saya kerap pergi kerumah jiran untuk menonton TV hitam-putih yang menyangkan 'Drama Minggu ini' dan antara pelakon drama yang ada pada waktu itu adalah salah seorangnya saudara Nasir Ali. Dari situlah saya mengenali beliau sebagai seoran pelakon. Apabila saya meningkat remaja, keinginan saya dalam bidang seni teater mula membuak. Saya mula berjinak-jinak mengenali teater pada sekitar 1988 yang menemukan saya dengan saudara Nasir Ali. Pertemuan pertama kali berlaku apabila kami sama-sama terlibat dalam produksi teater Dato' Syed Alwi yang bertajuk 'Hamba Allah' dipentaskan di panggung Eksperimen Universiti Malaya sekitar 1988. Produksi ini merupakan yang pertama kalinya saya naik ke pentas sebagai pelakon teater walaupun hanya sebagai pelakon tambahan. Nasir Ali pada waktu itu memgang peranan yang agak penting juga. Dari situ, kami mula berkenalan dan saya merasakan bahawa kami mempunyai 'chemistry' yang cocok. Walaupun dari segi jarak usia dan pengalaman kami agak jauh berbeza. Tetapi jurang itu bukan penghalang untuk kami sama-sama memperjuangkan matlamat yang sama. Suasana berteater dalam kalangan penggiat teater amatur di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya pada waktu itu tidak begitu memberangsangkan seperti yang pernah berlaku dalam tahun-tahun 70-an. Jadi, melalui perkenalan dan persefahaman itu, saudara Nasir Ali mengajak saya menubuhkan sebuah kumpulan teater baru dengan beliau sendiri menjadi pengerusinya dan saya sebagai setiausaha. Kemudian kami melantik seorang lagi rakan untuk menjadi bendahari dan beberapa lagi yang lain turut berminat menganggotai kumpulan kami. Bermula dari tarikh persetujuan itu, maka saya menjalankan tugas saya sebagai setiausaha untuk mendaftarkan pertubuhan kami di 'Pejabat Pendaftaran Persatuan' yang terletak di Jalan Ipoh, KL pada waktu itu. Kami bersepakat untuk menamakan kumpulan kami sebagai 'Grup Teater Artis Kreatif' (GERAK). Banyak pengalaman pahit manis yang kami lalui sepanjang terlibat bersama-sama menerajui GERAK. Banyak juga kejayaan yang kami kecapi dalam peroduksi-produksi teater kami sekitar tahun 1988 - 1991. tidak kurang juga produksi yang kadangkala kecundang. Tetapi itu semua pengalam dan pengajaran yang ditimba melalui amalan berteatear. Pada tahun 1991, dengan rasa sedih saya memaklumkan kepada saudara Nasir Ali bahawa saya terpaksa meletakkan jawatan sebagai setiausaha kerana kumpulan teater kami kerana hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran juga dalam bidang drama dan teater. Saya memahami perasaan beliau pada ketika itu tetapi apakan daya, saya mempunyai misi yang lebih jauh lagi dalam bidang teater sebenarnya. Sejak dari 1991 sehinggalah kini, kami memang agak jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing dan lokasi yang berjauhan. Saya menganggap belaiu sebagai abang dan juga guru yang mula-mula mendedahkan saya kepada dunia teater yang sebenar sehinggalah saya menjadi seperti sekarang ini. Segala jasa beliau akan tetap dikenang insyaallah...Sehinggalah pagi ini, saya menerima berita yang amat mengejutkan mengenai pemergian belaiu. Allah lebih sayangkan dia dan moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.... AMIN!

8 comments:

Anonymous said...

Al-fatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Anonymous said...

Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga serta semua ahli-ahli kumpulan GERAK.

Anak Antu Seni said...

al-fatihah- semoga rohnya dicucuri rahmat...

Anonymous said...

al-fatihah...terkejut juga dengan berita ni...
dr.....salmi tanya,body dr.dah macam sazali samad ka
(ashraf@wak....resdongs)

Pegawai Khalwat said...

Amin!

Bin Basra said...

Alfatihah....moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Insyaallah.
hai! Ashraf...perli nampak...Alhamdulullah...berketul-ketul tu tak de la....tapi sihat adanya... by the way, kiram salam kat salmi...

Anonymous said...

http://perginyaseorangseniman-nasirali.blogspot.com/

SATU LINK UNTUK MEMPERINGATINYA

Bin Basra said...

anonymous
tq for the info