English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, April 27, 2008

Karya Nan Indah: Suatu Performance

Saya baru sahaja usai menekuni 'Karya Nan Indah' cetusan ide daripada Faizal Tehrani. Buku ni dibeli sewaktu pesta buku di PWTC tempohari. Tetapi saya tidak membeli sendiri buku tersebut kerana tiada kesempatan untuk ke Kuala Lumpur sewaktu pesta itu berlangsung. Justeru, jutaan terima kasih kepada sahabat saya Mat Gambier Kashmiri yang sudi dan sangat berusaha untuk mendapatkannya bagi pihak saya. Kebetulan beliau pergi ke Kuala Lumpur waktu tarikh terakhir pesta tersebut pada 14 April yang lalu. Saya juga berpesan pada Mat Gambier Kashmiri agar mendapatkan autograf FT sekali untuk buku tersebut dan beberapa buah novel FT yang lain kerana saya maklum bahawa FT akan berada di pesta tersebut pada tarikh 13 & 14 April untuk tujun beramah mesra bersama peminat. Jadi, terima kasih juga buat FT kerana sudi untuk memberikan autograf pada buku-buku tersebut.



Berbicara mengenai Karya Nan Indah, saya kira buku ini merupakan panduan asas yang sangat komprehensif bagi para peminat, pelajar mahupun pendidik bidang kesusasteraan dalam usaha untuk memahami, bukan sahaja teknik penghasilan karya sastera tetapi sekaligus juga untuk menganalisis karya sastera. Struktur Keseluruhan buku ini mengandungi 14 bab yang diistilahkan oleh FT sebagai 'panduan'. Dimulai dengan pembuka bicara dan di sudahi dengan penutup bicara. Di awal halaman disuguhi dengan kata-kata semangat yang dikutip daripada beberapa tokoh pujangga agung. setiap bab diselangi dengan karikatur oleh 'Roy' yang diserikan pula dengan pantun, peribahasa, ungkapan falsafah, hadis nabi serta nas al-quran. Bahagian lampiran pula merupakan bonus kepada pembaca untuk menyantapi 9 buah cerpen FT yang turut dijadikan contoh panduan dalam mengemukakan sesuatu teknik penghasilan karya kreatif. Tidak cukup dengan itu, FT turut menampilkan beberapa pantun sebagai penyudah 'Karya Nan Indah'. Karya ini sebenarnya, bukan sahaja untuk menjadi panduan penghasilan karya kreatif tetapi juga memberikan peringatan kepada peminat dan bakal pengkarya yang berhajat menjadi seorang karyawan. Aspek 'panduan' dan 'peringatan' yang ditegaskan lewat karya ini menepati kehendak estetika bentuk dan estetika makna yang diwacanakan oleh FT wajar wujud dalam setiap hasil karya kreatif yang bertanggungjawab. Justeru, saya melihat 'Karya Nan Indah' bukan sahaja sebagai sebuah buku panduan penulisan kreatif semata-mata. Tetapi keselurahan persembahan buku itu sendiri adalah sebuah karya kreatif yang diadun dengan bahasa yang mudah dalam gaya yang santai dan bersahaja. Dari sudut kacamata performativity pula, keseluruhan buku ini merupakan suatu 'performance' yang menggabungkan elemen linguistik dramatik dan visual, yang menepati ciri-ciri prinsip sebuah 'performance'.

No comments: