English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, February 19, 2008

Si Yatim Cilik.....

Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Baqarah: 220)




Si kecil ni namanya Nurhidayah Bt Husin yang kehilangan ayahnya yang meninggal dunia sewaktu Nurhidayah masih lagi dalam kandungan ibunya. Ayahnya merupakan sepupu saya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di persimpangan Putrajaya berhadapan Hospital Serdang sekitar dua tahun yang lalu. Hubungnan kami sebagai sepupu agak rapat sejak dari kecil lagi sehinggalah kami meningkat dewasa dan berjauhan apabila masing-masing meneruskan haluan perjalanan kehidupan di tempat yang berasingan. Walaupun begitu, hubungan persaudaraan itu memang tetap erat dan saya memang amat terasa kehilangannya. Walau bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia... InsyaAllah... Kemalangan berlaku ketika ayah Nurhidayah menunggang motosikal untuk pergi ke pejabat di waktu pagi. Mereka tinggal di Putrajaya kerana ibu Nurhidayah bekerja di Putrajaya manakala arwah ayahnya bekerja di pejabat Kementerian Pertahanan di jalan Semarak Kuala Lumpur. Di pagi yang hening itu, takdir telah menjemput ayah Nurhidayah yang menjadikannya anak yatim sebelum sempat dia melihat dan mengenali ayahnya, jauh sekali untuk merasa dibelai dan bermanja dengan seorang lelaki yang dipanggil ayah.



Bulan lalu saya berkesempatan mengunjungi Nurhidayah di Putrajaya untuk memesrakan lagi tali persaudaraan yang sedia wujud. Menurut ibunya, kerapkali apabila ada orang bertanya mengenai ayahnya dia akan menjawab "ayah ada di rumah".... apa yang dimaksudkan Nurhidayah 'ayah ada di rumah' ialah susunan himpunan gambar-gambar arwah ayahnya yang menjadi dekorasi utama hiasan dalaman rumah. Hampir di setiap sudut dan dinding rumah terpamer gambar arwah ayahnya terutamanya gambar perkahwinan mereka. Mengenangkan nasib si kecil ini saya menjadi semakin insaf betapa berat bebanan jiwa yang dialami oleh anak kecil ini yang sebahagian daripada dirinya adalah darah daging saya sendiri. Bersyukurlah bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu dan bapa serta sayangilah kedua mereka seperti mana mereka menyanyangi kita. Sesungguhnya Nurhidayah tidak dapat merasai nikmat belaian manja seorang yang bergelar ayah..... dan sesungguhnya juga, ada hikmah di sebalik sesuatu yang Allah jadikan itu....InsyaAllah

2 comments:

zubin said...

Selipar Jepun, directed by Zulkifli Mohamad, produced by Svarnabhumi Studio got nominated for Best Original Script (Bahasa Malaysia) at 6th Cameronian BOH Art Award together with P.Ramlee Musical(Adlin Ramlee & Jeffri) Enfiniti Production and Dua Tiga Dalang Berlari(Fahmi et al)Five Art Centre

Anonymous said...

moga adik yang yatim itu membesar bagai johan mejadi anak yang solehah serta berjaya dalam bidang pelajaran, kerjaya dan alam rumahtangga.. suka mendoakan kebahagiaan orang wlapun sendiri tak bahagia..