Sewaktu mengadakan rehearsal 'storm in a box' di 'site' iaitu 'seafront field opposite St. Xavier's Institution' saya bertemu semula dengan Arif Warran selepas lebih kurang lima tahun taidak berjumpa. Kali terakhir kami bekerjasama adalah dalam produksi kolaborasi 'dance in education' iaitu di antara 'five arts centre' dan Ludus dance company' dari London. pertemuan ini agak mengujakan dan banyak pengalamannya yang diceritakan terutamanya selama hampir lima tahun menjadi 'full time performer' di Eropah khasnya di Humberg, Jerman.
Tapi arif yang kutemui kini masih sama dengan yang dulu cuma yang ketara ialah dia agak lebih matang dan dewasa baerbanding lima tahun dulu. Pengalamannya amat mengujakan untuk direnungi dan diharapkan agar Arif terus success. Kalau boleh nak borak lama lagi dengan Arif tetapi masa tidak begitu mengizinkan.
1 comment:
kim salam kat arif waran tangkap.. tak sangka banyak betul pengalaman berteater dan menari kat tempat orang.. kat eropah lagi tu.. dia dah kawin ke belum? he he.. ke dah berpunya? he he
Post a Comment