Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, September 10, 2007
Aduhai Ramadhan Yang Dirindu
Setelah setahun menunggumu wahai Ramadhan, kini kau datang lagi menjenguk sebagai simbol rahmat dan nikmat Allah untuk makhlukNya. Kerinduanku terhadapmu terubat kini dan kusambutmu dengan penuh rasa kesyukuran serta hamparan kecintaan yang mendalam kepada Yang Maha Esa. Buat semua ingin ku memohon kemaafan andai ada yang tersalah dan silap sepanjang hijrah kehidupan ini. Semoga puasa kita diterima oleh Allah dan semoga dengan kehadiran Ramadhan ini akan membawa keamanan dan kesejahteraan bagi seluruh umat Islam dan umat manusia seluruhnya. Moga sinar Ramadhan kali ini memungkinkan tercapainya keharmonian dunia yang diimpikan, Insyaallah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam ramadan buatmu teman, semoga kita dapat keberkatan...
Insyaallah...Mat Gambier, semoga kita semua mendapat keberkatan...Aminnn..
Post a Comment