Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Thursday, April 26, 2007
Sup Penang Road
Lepas jemput Dr. Zul dari rumah Aida Reza jam 4.50 pm terus bawa balik rumah kat Tmn. Jade View. lepak sambil sembang-sembang kejap sampai jam 7.30pm. Lepas maghrib Aida call untuk pergi dinner kat Penang Road. Malam ni Aida ada meeting dengan Crew 8TV untuk persiapan shooting esok hingga Ahad. Kami jumpa dengan Idora, Haza, Rizal dan Taya sambil makan sup ekor Penang Road. Dr. Zul suka sangat makan sup tu sampai nak tambah lagi. Kebetulan pulak masa tengah syok makan sup, hari hujan tiba-tiba je. Lagi tambah nikmat makan sup ekor. Walaupun kami terpaksa tukar tempat masuk ke dalam. Tapi sup ekor punya pasal kira ok la. Lepas makan, kami terus bawa kesemua crew 8TV tu ke Actor Studio, Green Hall untuk lihat lokasi rehearsal kami malam esok. Jumpa denga manager En. Hanif dan bincang pasal penggunaan ruang dan kemudahaan pencahayaan untuk shooting malam esok. En. Hanif ni senang nak bawa berbincang, tak banyak masalah dan kerenah la. Besok malam start shooting untuk projek kolaborasi terbaru bersama Aida Reza. Harap-harap semuanya ok malam esok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sayangnya, we never went back to the sup place, same with Actors Studio as we weren't granted the use of the space for 8tv shoot, sadly. But we learnt something about planning and well prepared performance. As much as improvisation is much needed, sometimes it has is bad moment!
don't worry about the sup place Dr.Zul, now you have a very concrete reason to comeback to penang. yes you are right being able of aquiring basic managment skill.
Post a Comment