English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, May 10, 2023

Korea Selatan 2019



17.4.19 (Rabu) – gerak ke klia2 – tiba di seoul
Ini merupakan pertamanya kalinya saya menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia untuk penerbangan jauh melampaui Asia tenggara. Saya tiada pilihan lain dan masa juga sudah kian suntuk, lalu terus sahaja membuat tempahan penerbangan secara dalam talin hanya beberapa hari sahaja sebelum berlepas. Nak juga tahu macamana agaknya penerbangan Air Asia X nih….kali pertama nak naik….macam biasalah masa membuat tempahan melalui platform online tu harganya tidak termasuk makan, luggage 20 kilo dan pilihan tempat duduk. Jadi bila nak mendaftar masuk dalam talian tu…kenalah tambah kos untuk perkara-perkara tersebut….Tak pe lah…cuba dulu kali ni….nanti tengok macamana…..
Saya bangun seawal jam 3.00 pagi sebab teksi akan mengambil saya dari rumah pada jam 4 pagi….Alhamdulillah….pakcik teksi ni tidak pernah mengecewakan saya…..dia tiba memang lebih awal daripada waktu yang dijanjikan….lazimnya dalam 5 hingga 10 minit lebih awal. Setibanya teksi di hadapan rumah, saya pun terus meninggalkan rumah menuju  ke KLIA2 dan tiba di sana pada jam 5.00 pagi. Saya pun membayar tambang teski sambil mengucapkan terima kasih…..lalu terus menuju ke kaunter daftar masuk, tapi masih belum buka…..saya memutuskan untuk mendapatkan sarapan pagi dahulu…..sehingga jam 5.30am saya kembali ke kaunter tapi masih belum buka dan hanya akan dibuka pada jam 6.00am….saya pun menuju ke mesin automatic untuk mendapatkan tag luggage…kemudian terus beratur di hadapan kaunter…..dan dalam jam 6.15am urusan daftar masuk saya selesai. Saya terus bergerak menuju ke balai pelepasan dan sempat untuk menunaikan soalt subuh terlebih dahulu…
Jam 7.40am penerbangan pun berlepas menuju ke Seoul yang mengambil masa selama kira-kira enam jam. Tiba di Seoul Airport saya ambil airport bus yang tambangnya KRW10,000  dan turun kat station Hyung Jung…. dan terus jalan kaki cari hotel…. tak jumpa. Lalu sya terjumpa Starbuck Hongit University dan singah disutu untuk dapatkan wifi sambil minum kopi. Saya bka google map dan print screen lokasi hotel. Usai mengopi, saya meneruskan perjalanan mencari hotel mengikut arahan google map tu sambil tanya orang yang saya jumpa…..mereka sangat baik hati dan membantu…..akhirnya jumpa juga dengan Kennystory Inn Hotel….Alhamdulillah….check in jam 6.30pm untuk 5 malam. Rehat……..print screen Seoul Metro Map dari internet…