English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 25, 2018

Tiba di SOFIA. BULGARIA


28.1.2018 (Ahad) Alhamdulillah.....akhirnya tiba di Sofia, Bulgaria. Di Central Station ni saya merapatkan perkenalan dengan Umut Avi yang saya mula kenali di stesen Sirkeci, Istanbul semalam. tapi koc keretapi kami berlainan. Jadi, pagi ni kami bertemu semula di Sofia Central Station bila sama-sama nak cari hotel di sini. Sebelum cari hotel tu, kami memutuskan untuk bertanya di kaunter tiket tentang tiket train dari Sofia ke Istanbul pulak. Sebab Umut akan tinggal di Sofia ni selama tiga hari je, jadi dia terus beli tiket balik ke Itanbul pada masa itu juga. Akhirnya Umut terus membeli tiket balik ke Istanbul pada masa itu juga. Hari masih pagi lagi, jadi saya mengajak Umut pergi ke kaunter tiket bas yang terletak bersebelahan dengan Central Station tu je. Di kaunter bas ni saya nak tahu tnetang tiket perjalanan bas ke Skopje, Macedonia sebab esok saya akan betolak ke Macedonia dah....


Kad Jadual bas dari Sofia Ke Skopje, Macedonia

Malangnya....semua tulisan dalam Bulgaria...jadi, saya meminta petugas kaunter bas tu menuliskan terjemahan dalam tulisan Inggeris supaya memudahkan saya untuk melakukan urusan seterusnya. Saya difahamkan bahawa perjalanan bas adalah seperti yan tertera pada kad jaduual tu...katanya perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan ada dua trip iaitu pagi dan petang. Pagi bermula jam 9.30am...Jadi saya tidak membeli tiket lagi sebab esok masih boleh beli dan saya pun memutuskan untuk membeli esok sahaja.....Saya dan Umut meneruskan perjalanan mencari hotel yang telah kami tempah secara dalam talian......



Singgah di Mc Donald, Sofia

Umut Avi di Mc Donald, Sofia

Umut Avi di Mc Donald, Sofia

Umut Avi di Mc Donald, Sofia


Singgah di Mc Donald, Sofia

 Kami pun berjalan santai sambil berbual-bual  dari Central Station melalui jalan utama Sofia yang landmark nya ditandai oleh Lion Gridge yang menjadi pusat Kota Sofia. Puas kami berjalan-jalan tu tapi tak jumpa juga hotel yang dicari. Semasa menempah hotel Aris di mana saya akan menginap tu lokasinya tidak berapa jauh dari Central Station. Bila dah letih tu kami bercadang untuk singgah minum pagi di restoran McDonald yang terdapat di tengah bandar tu. Sambil memesan kopi dan muffin tu, saya pun bertanya kalau ada wifi free di McDonald ni. Malangnya, saya dimaklum tiada wifi di McDonald ni....hhmmmm nampaknya tak dapatlah cari lokasi hotel tu.....

Sofia

Sofia

Sofia


Sofia

Sofia

Sofia

Umut Avi di Sofia


Sofia

Kami pun terus berbual sambil monum kopi di McDonald tu....Saya pun tanya Umut, dia kerja apa....? katanya dia seorang guru yang mengajar di Istanbul dan sekolahnya tidak jauh dari Taksim Square.....kami pun berbual lagi tentang minat yang sam iaitu 'backpack'......setelah hilang lelah dan menghabiskan kopi....kami bercadang untuk meneruskan perjalanan mencarilokasi hotel yang telah ditempah memandangkan orang-orang yang kami temui gagal untuk memeberikan maklumat lokasi hotel yang dituju......kami terus berjalan-jalan di sekitar kota Sofia sambil mengambil gambar di lokasi-lokasi menari di kota ini.....

Singgah di Starbuck, Sofia

Setelah puas berjalan-jalan tu tidak terasa waktu telah menghampiri waktu tengahari.....tapi kami masih gagal menemui hotel yang dicari...akhirnya....saya ternampak restoran Starbucks di celah-celah bangunan kota Sofia. Saya pun mencadangkan Umut untuk singgah di Starbuck sebab di situ ada wifi free.....Umut setuju dan kami pun singgah di situ dan memesan caffe latte.....Alhamdulillah... di sini ada wifi free....kami pun terus membuka google maps dan mendapatkan lokasi sebenar hotel masing-masig....Alhamdulillah....saya sudah menemui cara untuk menuju ke hotel Aris dan terus sahaja saya 'printscreen' maps tersebut untuk digunakan sebagai panduan.....hotel saya dan hotel Umut berada pada arah yang bertentangan.....jadi, usai menghabiskan cafe latte masing-masing kami pun berpisah di situ.....

Sofia

Sofia



Tiba di Hotel Aris, Sofia


Alhamdulillah..... berdasarkan google maps tadi tu, saya menemui hotel Aris yang lokasinya tidak jauh dari Lion Bridge dan Central Station. Tadi masa lalu di sini saya tidak nampak hotel ni sebab ia terletak di belakang bagunan hotel yang lebih besar yang terletak betul-betul di tepi jalan raya....

Hotel Aris, Sofia

Hotel Aris, Sofia

Bandar Sofia dari jendela hotel Aris

Setibanya di hotel Aris, saya terus mendaftar masuk dan membuat bayaran di situ.....saya dimaklumkan sarapan pagi esok bermula pada jam 6.00pagi. Usai di kaunter tu saya terus masuk ke kamar di tingkat empat no. 403. Saya terus memkbesihkan diri dan berehat seketika sebelum turun semula untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kota Sofia ni.....

Tram di Sofia

Lion Bridge, Sofia, Bulgaria


Lion Bridge, Sofia, Bulgaria


Sambil berjalan-jalan tu hari pun dah semakin meninggi...tambahan pula di musim sejuk ni hari cepat gelap....perut pun dah lapar dan saya memutuskan untuk singgah makan tengahari di sebuah cafe yang terletak di tepi jalan utama kota Sofia ni, iaitu Olive Cafe. Ia merupakan cafe yang menyediakan makanan halal dan pengusahanya berasal dari Turki. Jadi, menunya lebih kurang macam menu Turki la.....tapi lentil soup di cafe ni rasa macam lebih sedap berbanding yang saya makan di Istanbul...Hmmmm.....

Makan tengahari di Olive Cafe, Sofia

Makan tengahari di Olive Cafe, Sofia

Makan tengahari di Olive Cafe, Sofia


Banya-Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria

Maklumat tentang Banya-Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria

Setelah menghabiskan makan tengahari di Olive Cafe tu, saya singgah kejap di Banya-Bashi Mosque yang terletak berhadapan dengan cafe tu je dan betul-betul berada di tengah pusat bandar Sofia. Usai di Masjid tu, hari pun dah kian gelap...jadi saya pun memutuskan untuk pulang ke hotel semula untuk berehat......

Breakfast di Hotel Aris

Breakfast di Hotel Aris

Breakfast di Hotel Aris

Setelah solat subuh...saya mengemaskan beg dan barang-barang sebab hari cadang nak gerak ke Skopje, Macedonia dah.....lepas tu...jam 6.00 pagi saya terus turun ke cafe hotel untuk mendapatkan sarapan pagi....saya hanya memilih menu yang berasaskan vegitarian sahaja lah....tetapi amat memadai dan cukup untuk mengisi perut sewaktu bersarapan....usai sarapan, saya naik semula ke bilik untuk mendapatkan beg dan terus turun semula untuk mendaftar keluar.....Lebih kurang jam 7.00 pagi la tu....saya bergerak menuju ke Central Station yan gterletak tidak jauh dari hotel Aris....lebih kurang 29 minit je jalan kaki.....Malang tidak berbau....sebaik melangkah keluar dari hotel tu...saya tergelincir sebab terpijak di atas kerak salji yang melekat di atas jalan....Alhamdulillah tidak apa-apa...cuma terkehel sikit jari kelingking yang kesan sakitnya masih terasa hingga kini.....Dalam jam 7.30 pagi saya tiba di Stesen Bas.....





No comments: