English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, May 25, 2017

PENDAFTARAN KONFEREN

6.2.2017 (Isnin) - Hari ni merupakan hari pertama konferen yang bakal saya hadiri. Seawal jam 7.00am saya turun ke kafe untuk mendapatkan sarapan terlebih dahulu sehingga jam 8.00pagi saya naik ke kamar semula untuk bersiap menghadiri persidangan. Kemudian saya terus meninggalkan hotel dan menuju ke perhentian bas yang terletak bersebelahan sahaja dengan hotel saya menginap.



Hari ni saya bercadang nak naik bas sebab semalam saya dah kenalpasti nak naik bas apa dan akan berhenti di mana. Saya boleh mengambil mana-mana sahaja bas yang berhenti di perhentian tu sebab semua bas tu akan lalu dan singgah diperhentian Taksim. Saya pun naik la bas yang berhenti tapi rupanya bas di sini tak terima tunai sebab semua orang menggunakan kad ataupun kupon. Tapisebab saya dah naik dan tak de kedua-dua item tu, maka pemandu tu membenarkan je saya naik dan dia pun terima je lah wang tunai tu yang berjumlah 3.50TL. Nak sampai ke Taksim kejap je dari sin sebab jalan kaki semalam dalam 25 min. sampai. Jadi naik bas ni dalam 6  minit je dah sampai. Itu pun saya terlepas untuk turun di perhentian Taksim sebab tak perasan....terus terlajak sampai perhentian berikutnya dan saya pun turun di situ. Agak jauh sikit la berjalan menuju ke lokasi konferen di Nippon hotel tu...

Nippon Hotel, Lokasi Konferen 2017

Chairman of the conference


Keynotes Speaker

Alhamdulillah.... saya sempat tiba di lokasi konferen tepat pada waktunya, sebab sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran, pengerusi konferen pun memulakan acara dan seterusnya menjemput pengucaptama jemputan untuk memulakan pembentangan yang berlangsung selama satu jam termasuk sesi soal-jawab........

Para pembentang Konferen 2017

Ryhan dari Turki

Muridal dari Sri Langka




Refreshment sepanjang konferen

Usai sesi pembentangan ucaptama jemputan, semua peserta dan pembentang menikmati hidangan yang sentiasa disediakan di ruang logar bilik konferen...saya pun mengambil kesempatan ini untuk berkenal mesra denga para peserta dan pembentang sambil menikmati kopi dan kek yang enak itu....sambil itu tidak lupa juga kemi merakamkan foto kenangan bersama-sama.....kemudian kami diminta untuk mengikuti sesi berikutnya hinggalah menjelang tengahari....makan tengahari turut disediakan di kafe hotel untuk semua peserta pembentang dengan hidangan menu Turki yang hebat dan pelbagai itu...tak larat nak menjamah semua makanan tu......














Usai makan tengahari, sesi petang diteruskan lagi bermula jam 2.00pm hingga 5.00pm. Oleh sebab hari ni belum giliran saya lagi untuk membentangkan kertaskerja, jadi saya hanya menjadi pendengar pembentangan sahaja sehingglah selesai sessi petang dan menandakan berakhirnya sesi konferen pada hari ini dan akan bersambung esok pula..... saya meningalkan lokasi konferen dengan berjalan kaki sahaja untuk pulang ke hotel melalui lalauan Tksim dan Istiklal (tidak mengikut lalauan bas pagi tadi) untuk sampai ke Hilac hotel di Sishane..



Malam ni juga saya tidak keluar untuk mendapatkan makan malam sebab masih kenyag lagi rasanya lepas makan tengahari di hotel Nippon tadi...jadi saya mmanfaatkan waktu yang ada dengan memurnikan lagi powerpoint pembentangan esok hari...

No comments: