Stesen Bas Istanbul
Semalaman saya dalam bas sepanjang perjalanan dari Istanbu menuju ke Goreme dan akhirnya pagi ni 12 Jun 2015 (Jumaat) bas yang saya naiki pun tiba di Goreme.
Menuju Goreme
Menuju Goreme
Menuju Goreme
Tiba di Goreme
Tiba di Goreme
Tiba di Goreme
Goreme ni pekan kecil sahaja namun relatif cantik dan exotic yang mengamit ramai pengunjung datang ke sini untuk menikmati keindahannya terutamanya untuk menikmati sensasi naik belon panas yang terkenal itu.
Tiba di Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Setibanya di stesen bas Goreme, saya terus cuba mendapatkan hostel yang berdekatan sebab saya tidak melakukan tempahan awal secara dalam talian. Lagi pun saya tiba waktu pagi dan hari dah terang, jadi tiada masalah untuk berjalan-jalan mencari hostel. Saya cuba bertanya orang-orang di stesen itu dan akhirnya saya dapat hostel yang berdekatan dengan stesen tu....
Stesen bas Metro, Goreme
Goreme
Dari stesen bas tu saya dah ternampak tanda nama hostel Cappadocia yang comel itu. Saya pun tanpa berlengah terus menuju ke situ yang jaraknya kira-kira 2 minit sahaja berjalan kaki. Sampai je di hostel tu, saya terus bertanyakan bilik untuk ditumpangi malam nanti dan nasib saya baik hari Jumaat ni, maka masih ada katil kosong untuk saya. Saya pun membayar harga untuk satu malam kira-kira TL30. Dah bayar tu saya terus masukkan barang ke dalam bilik dan berehat seketika. Kemudian saya menuju semula ke stesen bas untuk membeli tiket bas menuju ke Izmer pada esok hari. Alhamdulillah, saya dapat membeli tiket dari syarikat bas Metro untuk ke Izmer dengan kadar tambang sebanyak 65TL dan akan bergerak pada jam 8.00 malam esok.
Goreme
Goreme
Dah dapat tiket tu, saya terus mencari kedai makan yang terdapat di sekitar pekan kecil Goreme untuk mendapatkan sarapan pagi. Usai sarapan pagi, saya balik ke hostel semula dan terus ke kaunter penerimaan semula dan bertanyakan pakej lawtan untuk saya ambil hari dan esok. Tujuan utama saya ke Goreme ni adalah untuk menaiki belon panas, jadi saya bertanyakan terus tentang pakej itu. Dengan bantuan mesra dari petugas hostel tu saya dapat pakej yang berpatutan, iaitu 100USD dan akan dijemput pagi esok pada jam 5 pagi untuk ke lapangan terbang belon panas.
Goreme
Goreme
Goreme
Dah dapat pakej tu, saya bertanyakan pula pakej untuk aktiviti saya malam ini di Goreme, iaitu menonton persembahan Tari Sufi. Saya pun diberikan tiket untuk tontonan dan saya akan dijemput pada malam ini dari hostel pada jam 8.00 malam dengan harga yang perlu dibayar sebanyak 50TL. Tidak habis di situ, saya kemudian bertanyakan lagi untuk pakej lawatan esok hari sebab naik belon panas tu mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Jadi saya akan selesai pada jam 8 pagi lebih kurang dan saya ada masa 12 jam lagi sebelum bertolak ke Izmir pada jam 8.00 malam.
Goreme
Goreme
Jadi, saya pun mengambil pakej lawatan ke Kappadokia bermula pada jam 9.00 pagi esok dan berakhir pada jam 5.00 petang. Usai urusan tersebut saya terus keluar bersiar-siar menikmati dan mengobservasi pekan kecil Goreme yang indah itu.......
Goreme
Sarapan pagi di Kappadokia Hotel, Goreme
Kopi Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Hostel penginapan di Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Setelah puas bersiar-siar itu, saya kembali semula ke hostel untuk merehatkan diri seketika sebab dalam bas malam tadi tidaklah tidur lena dan tak puas lah rasanya. Saya pun berbaring merehatkan diri sehingga saya terdengan bunyi azan lalu saya pun bergegas bangun dari katil sebab saya terlupa yang hari ni adalah hari Jumaat. Tanpa berlengah, saya terus menuju ke arah bunyi azan tu yang datangnya dari masjid berdekatan yang jaraknya hanya kira-kira 1 minit berjalan kaki.... saya pun menunaikan solat jumaat di Masjid Goreme...
Goreme
Makan tengahari di Maccan Cafe
Makan tengahari di Maccan Cafe
Makan tengahari di Maccan Cafe
Makan tengahari di Maccan Cafe
Makan tengahari di Maccan Cafe
Selesai solat Jumaat, saya terus menuju ke kafe untuk mendapatkan makan tengahari lalu saya singgah di Maccan Cafe. saya memesan telur goreng campur sosej macam telur dadar besar la beserta roti dan jus oren. Sebab dah lapar maka berselera gak la makan di situ sambil santai-santai. Usai makan tengahari, saya balik semula ke hostel yang terletak berhampiran cafe tu je untuk merehatkan diri sebab letih rasanya.....
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Rome Castle, Goreme
Rome Castle, Goreme
Rome Castle, Goreme
Rome Castle, Goreme
Rome Castle, Goreme
Rome Castle, Goreme
Goreme
Goreme
Goreme
Setelah merehatkan diri dan dapat tidur seketika, saya membersihkan diri dan bercadang untuk bersiar-siar semua di sekitar pekan kecil Goreme tu. Saya pun berjalan-jalan dan bila dah agak petang sedikit saya pun memutuskan untuk singgah mendapatkan hidangan malam. Saya teringin nak makan makanan yang oriental sikit sebab lidah ni dah jemu rasanya makan roti, daging dan telur sahaja. Teringin pulak nak makan mee...
Goreme
Goreme
Jadi kebetulan sambil jalan-jalan tu, saya terjumpa sebuah restoran yang turut menyediakan hidangan mee goreng. Saya pun sangat tertarik lalu singgah di situ dan memesan mee goreng campur daging. alhamdulillah, rasanya adal la macam mee goreng oriental dan bukannya rasa pasta kebaratan. Siap bagi cili padi jeruk lagi... fuhh ..... membuka selera sangat sebab dah lam mengidamkan makanan ini......tapi roti tetap dihidangkan sekali...... terima je laaa.... portion hidangan mee ni relatif banyak namun sebab kena dengan selera maka habis lah saya makan....
Makan malam mee goreng di Goreme
Hiasan Minum kopi
Selesai menghabiskan mee goreng tu, rasa teringin plak nak nak minum kopi kerana tertarik dengan hiasan hidangan kopi di restoran tu. Saya pun memesan kopi dan tidak ketinggalan makanan kegemaran saya, iaitu baklava yang manis tetapi enak itu....
Minum kopi dan baklava
Selesai menikmati hidangan malam itu, saya pun pulang semula ke hostel sebab perlu bersiap untuk aktiviti malam ini, iaitu menonton Tari Sufi..... Van akan datang menjemput saya pada jam 7 malam nanti.... jadi kena bersiap segera supaya tidak ketinggalan......